Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Saturday, January 28, 2012

Merentas Desa

Hai.

Minggu lepas, pertandingan merentas desa diadakan. Morning assembly, cikgu cakap pelajar boleh balik rumah pukul 12. Macam biasa, pelajar akan bertepuk tangan tanda setuju 100% dengan perkara itu. Dan mesti sampai sekolah sebelum 2 petang. Aku? Macam mana nak balik rumah. Rumah aku jauh. So, aku stay la kan sekolah sampai pukul 2.

Mula-mula, memang la rasa nak lari. Aku target paling kurang dari 30-40. Tapi keadaan tak mengizinkan, kaki aku sakit. Terpaksa aku buat tindakan drastik iaitu berjalan sepanjang trek merentas desa. Nak buat macam mana lagi. Takkan nak paksa jugak kot?

Oh, Hider sekarang dah 15 tahun. Hepi besday brader!

p/s; pemilihan badminton, aku tak terpilih. Zahir sorang je terpilih
Suke? Meh Like sini :)

Monday, January 23, 2012

Coretan Malam-malam

Hai.

Dengan kerja sekolah yang disusun rapi 13 tingkat, aku hanya mampu merenung pasrah ketinggian buku aku. Aku baru nak tulis, dakwat pen biru kesukaan aku habis. Berbekalkan alasan cikai, aku mengambil peluang untuk melihat perkembangan Running Man di Facebook. Dengar khabar nak datang Malaysia.

Lepas tu, tangan mula gatal-gatal nak tengok siapa yang online waktu-waktu macam ni. Tak sangka betul, tiada sorang pun classmates aku yang online. Apa diorang dah lupa ke macam mana nak search 'Facebook'?

Mungkin diorang study? Secara automatik tangan aku bergerak ke tanda 'X' yang bererti tutup atau dengan bahasa yang lebih mudah difahami, close window.



Suke? Meh Like sini :)

Saturday, January 21, 2012

Leeza's Leaving

Hai.

Seperti yang telah diketahui umum, raya cina hari Isnin dan Selasa. Jadi, kebanyakan sekolah akan mengambil cuti sebanyak mana yang boleh. Paling lama pun mestilah seminggu. Malangnya, sekolah aku hanya akan cuti 2hari, Isnin dan Selasa. Damn! Limau tak beli lagi!



Hari ni hari last Leeza sekolah kat sini sebab dia nak pindah Sabah. Dan sebelum berpisah dan tak tentu lagi jodoh untuk berjumpa balik, classmates aku, 3KRK cadang nak buat jamuan sikit. Nak kasi suprise la katakan. Kami dah lama bermesyuarat. Kalau tak silap, dah hampir 2 hari. Dengan diketuai dengan Aisyah, pakar jamuan, laki-laki hanya mengikut tanpa melawan. Asalkan dapat makan kek. Hehe.

Aku sampai je petang tadi, tengok preparation dah siap. Dengan semuanya berlakon sedang mengemas kelas, diorang mintak Leeza dengan Izatul pergi beli ice blended. Heh, tu semua trick untuk kitorang buat touch up!

Setelah berpeluh-peluh menunggu di kelas lain, kitorang masuk dan SUPRISE!! Aku tak perasan sangat macam mana muka dia tapi 100% aku yakin, dia mesti terkejut. Dengan kek yang biasa-biasa, kami buat jugak suprise. Mula-mula kami cadang untuk beli kek 3 tingkat, tapi disebabkan tiada bajet terpaksa dilupakan niat itu serta-merta.

Yang peliknya, perpisahan kitorang tiada adegan nangis-nangis. Huish, memang kau tabah la Leeza. Boleh tak nangis. Mungkin disebabkan ada budak laki-laki, dia malu. 

Oh Leeza, aku perasan ada beberapa kawan kau kasi kad. Sebenarnya, kitorang memang dah rancang untuk kasi kad tapi kau paham-paham je la macam mana peranagai budak laki-laki. Lupa memanjang! 

Disebabkan aku teringat, ni aku nak kasi sikit repekan dalam blog aku ni.

Hola Leeza.
Sorry kalau aku ni suka menyakat, kacau kau. Sedih jugak bila dengar kau nak pindah. Tapi, aku dah anggap classmates 3KRK macam kawan rapat gila gila haha. Dan sekarang, kitorang kena terima hakikat yang kitorang akan 'kehilangan' lagi sorang kawan. Aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau aku ada marah kau, buat kau sakit hati dan macam-macam lagi. Aku harap kita boleh jumpa lagi. Kalau ada masa, datang la jenguk-jenguk kitorang kat sini. Hurm, macam melampau pulak. Tiket kapal terbang lagi. Tak pe lah, cuma kontek-kontek la dengan kitorang kalau ada masa. I hope you not gonna forget KRK!

Honestly when you gone, we will surely miss your loud voice, sister!











stress Khairul. hehe






muka kotor, nasib baik kek sedap.
from left; Hider, aku, Khairul


'LIMAZAW' group. Maybe this their last picture together.
from left; Leza, Yun, Fara, Wan, Ecah, Shusah, Mimi, Fatihah



with Leeza. cute teddy. hehe






Shaiqal and Leeza



from left; Fara, Mimi, Zahir



Zahir and Leeza




Ah! Teringat pulak dengan Nafisah dengan TJ. Apa kabo diorang agaknya.

p/s: aku dengar kalau dari Borneo nak mesej @ call pakai banyak kredit. betol ke?
Suke? Meh Like sini :)

Saturday, January 14, 2012

Antara Pendidikan Jasmani, Merentas Desa dan Pemilihan Badminton

Lepas perhimpunan Jumaat, ada pengumuman ;

"Kepada sesiapa yang berminat untuk mewakili sekolah dalam pertandingan badminton peringkat daerah, sila beri nama kepada Puan Suhana untuk permilihan hari Selasa petang di Kompleks Rakan Muda. Merentas desa kepada yang menyertai pemilihan dikecualikan"

Omo! Nak masuk! Try nasib, mana la tau terpilih kan? Siapa sangka, ramai dari kelas aku nak masuk pemilihan. So, kena practice awal-awal. Lagipun, no running activies!

Lepas rehat, jadual baru dah dapat. Aku mestilah kanak-kanak yang paling tak sabar untuk tengok bila waktu Pendidikan Jasmani (PJ). Ya, walaupun bulu roma semakin menebal dan menyerupai misai, masih aku anggap aku sebagai kanak-kanak riang yang sihat akal.

Damn! PJ kelas aku dengan 3A hari Selasa! Adoi, macam mana ni. Sekarang aku dalam dilema, nak main bola betul-betul masa PJ atau nak terpilih dalam badminton.

"Setakat main bola masa PJ, main ala kadar je."

Memang la PJ biasa-biasa je, tapi kelas aku dah kalah dengan 3A hari tu. 3-1 lagi. Tak nak la kalah lagi. Maruah tu. Ececeh. Haha.

Petang Jumaat lepas kelas Matematik, laki-laki pergi buat latihan sendiri kat tapak perhimpunan sampai 6.30petang. Kerja keras tu! Oh, kalau nak tengok gambar, tengok kat blog Syamimi. Dia ada sikit gambar kitorang kat post '2nd Week'. 

And congrats to the girls of 3KRK because of the beautiful decoration. Keep it up. I will help what I can. 




Suke? Meh Like sini :)

Friday, January 13, 2012

Tahun Ini Saya 15 Tahun, Harap Maklum.

Yarh! Setelah sekian lama meninggalkan komputer berseorangan hampir 2minggu, kini aku pasti menjahanamkannya. Jahanam? Agak ganas. Tukar. Memusnahkan. Ok?

Sedia maklum, sekarang aku 15 tahun. Dan secara jujurnya, aku masih tidak bersedia menghadapi PMR. Tapi, aku sedang mengumpul kekuatan rohani, fizikal mahupun batin untuk menghadapi PMR dalam bulan 8 gamaknya.

Jadual kelas dan bertukar 2 kali walaupun baru 2minggu sekolah. Entah apa sebabnya, asyik ditukar. Tapi apa aku peduli, yang penting sekarang, kenapa Negeri Sembilan seri 2-2 dengan Selangor? Ha, ni yang tak boleh tahan ni. Boleh hilang feel nak belajar tapi aku cepat-cepat kikis sikap malas kat dalam diri ni. Tak nak macam dulu, dah nak exam baru menghadap buku. Tak. Perkara tu tak mungkin berlaku.

Tadi, ada kelas Math tapi cikgu balik awal sikit. Ada hal. Ohoi, riang ria kelas jadinya. Yang bawak netbook cepat-cepat keluarkan. Kalau ada hard disk dengan pendrive pun nak keluarkan. Yela, masa tu la kita nak bertukar-tukar lagu mahupun movie-movie terkini. Lepas tu, sesi pembersihan kelas bermula.

Yang lelaki ni pulak, main badminton lepas solat. Walaupun angin agak kuat, tetap kami terus berlatih untuk terpilih dalam mewakili sekolah dalam selection Selasa nanti.Yela, dah tengok Chong Wei menang lawan Lin Dan, siapa tak semangat?!
Suke? Meh Like sini :)

Sunday, January 1, 2012

Yeah! Its 2012!

Hai.


Maaf. Post ni sepatutnya di publish semalam tapi disebabkan aku ada job iaitu menemuramah SNSD ataupun Girls Generation, terpaksa di tangguhkan dulu. Menurut kumpulan itu, mereka tidak menggunakan sebarang akaun Facebook mahupun Twitter. Jika kalian jumpa, itu semua palsu. Blog? Lupa tanya la. Hehe.

Tapi bukan itu agenda utama post ni. Kepada yang diluar sana yang mempunyai masalah, chill la! Sekarang 2012!

Dan tahun baru, aku ada azam baru;

  • Mempunyai muka seperti Aaron Aziz, no pimples!
  • Buang sikap pemalas baca buku. C'mon la, PMR kan?
  • Cuba mewakili sekolah dalam bola sepak, kalau dapat.
  • Cuba untuk mendapat 8A dalam semua ujian mahupun peperiksaan.
  • Try to do my best for PMR, straight A's! Insyaallah.

Di sini saya nak ambil kesempatan untuk meminta maaf kepada semua yang mengenali saya jika ada saya terkasar bahasa, terkasar perbuatan ataupun segala-galanya yang kurang. Insyaalah, akan saya tingkatkan lagi kelemahan yang ada. Mana yang jauh dieratkan, mana yang kurang ditambahkan dan mana yang tak paham bahasa ditamparkan.

Mungkin juga selepas ini aku jarang nak update blog tapi aku pastikan yang blog ni terus 'hidup' dengan post-post akan datang. Conclusion, stay happy and don't too stress. Stress makes your face full of pimples.
Suke? Meh Like sini :)