Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Monday, October 29, 2012

Pengorbanan Seorang Ayah

Hai.

So, how are you today? I hope you all fine. Haha. Kali ni bersemangat nak update blog, siap speaking lagi. Hari ni aku cuti sekolah. Eh, bukan ponteng tau. Diulangi, CUTI. Memang sekolah aku kasi cuti kat murid-murid. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin nak biar abang dan kakak yang ambik SPM study untuk saat-saat terakhir kot. Good luck ea korang~ Buat habis baik. Ehem, aku dah sudah. Haha

Nampak video bawah ni? Tengok sekarang.


Dah tengok? Ha, menarikkan? Secara jujur, video ni memang takde kaitan langsung dengan SPM. Haha. Dan video ni pun memang dah popular kalau korang selalu on Facebook la. Okay, sebenarnya aku tertarik dengan video ni sebab dia lain dari yang lain. 

Video ni mengisahkan seorang pemain bola sepak yang akan bersara dan menggantikan anak lelakinya yang berumur 5 tahun. Yang menariknya, semua pemain kat atas padang sporting layan budak kecik tu. Siap bagi gol lagi. Haha

Kalau korang hayati betul-betul video ni, mesti korang tersentuh. Perasan tak, yang pemain yang nak bersara ni sanggup keluar awal dan beri peluang anak dia main? Maksudnya, bapa budak tu nak anak dia pun jadi pemain bola professional macam dia jugak. 

Nampak tak pengorbanan seorang ayah? Besarkan? Memang selalu kita nampak insan yang bergelar ayah, bapa, abi, abah, bapak ni garang tapi percayalah mereka mahu kita semua jadi insan yang berguna. Percaya atau tidak, mereka juga memberi kasih sayang kepada kita tapi dengan cara yang lain. Kalau ada mereka memanggil korang, pergilah. Luangkan masa bersama mereka. Kenapa mereka panggil? Mungkin ramai yang tak perasan tapi sebenarnya kaum bapa nak luangkan masa dengan anak mereka lepas mereka penat mencari rezeki. Bila dah tengok muka anak-anak, hilanglah sikit rasa penat mereka. Dan menjadi kepuasan bagi mereka bila tengok anak mereka gembira.

Jadi nasihat saya kepada semua terutama yang selalu buat salah dengan ibu bapa masing-masing, hormatilah dan berbaktilah kepada mereka selagi mereka bernyawa. Setiap ibu bapa hanya mahu yang terbaik untuk anak-anak. Korang kena ingat, kalau mereka tiada korang pun takkan lahir kat dunia ni. 

p/s: Pak ngah, get well soon!

Suke? Meh Like sini :)

Saturday, October 27, 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha

Hai.

Aku tau aku dah lambat. Dah 2 hari lambat tapi takpe, aku tetap akan mengucapkan....


Macam biasa bila sebut pasal Hari Raya AidilAdha, lembu-lembu yang sihat akan ditumbangkan untuk dibuat korban. Mana yang berkemampuan, import unta untuk dikorbankan. Tapi kalau kat kampung-kampung, lembu je lah yang menjadi target utama korban. Haha




Eh, raya ni boleh dapat duit raya tak? Hehe
Suke? Meh Like sini :)

Tuesday, October 16, 2012

Who wants ice cream?


Suke? Meh Like sini :)

Bye Form 3 Textbooks



Hai.

Finally, PMR is done! Congrats to all form3 and we can have a rest and enjoy now!


I am officially 'free' now since 15 October 2012. Haha. Dah lama betul aku tak update post baru. Kalau tak silap aku, dah sebulan aku tinggalkan blog aku ni keseorangan. Sorry bloggie, aku sibuk la nak buat preparation untuk PMR. Sekarang, boleh la aku mulakan balik kerja-kerja ber-blog-ing ni. Yeah! 


Tapi kami semua kena hantar buku teks form 3 pada esok harinya, Selasa. Mula-mula aku rasa suka betul. Ye la, lepas ni tak payah lagi tengok buku teks. Haha. Tapi masa aku kumpulkan balik buku teks, aku rasa sedih lak sebab kena pulangkan balik buku ni. Ye, aku tau buku ni hanya pinjaman tapi aku rasa aku dah banyak luangkan masa dan kenangan dengan buku-buku ni semua. Nak buat macam mana, nak tak nak kena jugak pulangkan. 



Buku aku semua cukup! Haha. Bangga seyh



This shelf will definitely miss you guys.



Terjumpa getah ni masa cari buku teks. Teringat dulu-dulu, lepas kelas petang main ramai-ramai. :)



In the process to find my text books.



Aku K001. Depaaaaaan sekali. Haha



A few of my exercise books and papers. This is only 'few'. lol



Tali beg ni dah putus. Terima kasih sebab dah berbakti dengan aku dari awal tahun. :)



And this cute purple file. I'm so sorry because I put so many papers inside you that make you 'fat'. Don't worry, I'll make you 'slim' again. :)


Honestly, aku tak pernah rasa sedih nak pulangkan buku. Selalunya, aku suka hati. Haha. Apa-apa pun, terima kasih kepada buku teks yang telah bersama aku dari awal tahun. Maaf juga kalau ada muka surat yang konyok, cover depan dah koyak, kadang-kadang tu aku ada jugak menduakan kau dengan Twitter, FB, game tapi korang steady je dalam almari. Thanks guys. You're the best!

I don't believe that I would say this but somehow I miss to sit in the class and learn, have fun, make noise and do everything together. :')

Suke? Meh Like sini :)