Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Saturday, March 31, 2012

English Drama Competition

Hai.

Hari tu, 29/3/2012, team sekolah kami pergi English Drama Competition di SMK Lui Barat. Team kami memang dah prepare awal-awal memangdangkan hanya 4 sekolah yang ambik bahagian. ( SBPI Jempol, SMK Bahau, SMK Lui Barat dan our school ) So, peluang untuk menang tinggi. Bak kata Que, "advantage tu!"

Hari berkenaan kami berkumpul di kantin sekolah pukul 7.15 pagi. Sementara menunggu cikgu pengiring datang, Teacher Syeida make up Aisyah. Then, Puying punya turn. Cikgu sampai, letak barang dalam bonet dan terus memecut laju ke destinasi. Matlamat kami hanya satu, pergi ke peringkat negeri. Caranya, dapat nombor satu!





Aku, adik aku, Iwan dengan Shaiqal naik kereta Cikgu Cik Che. Tapi kami singgah rumah cikgu. Ambik make up dulu. Memandangkan kami berhenti sekejap, aku agak kami sampai last. Rupa-rupanya, Teacher Syeida yang last sampai. Dia beli pedang mainan untuk King bunuh Sorcerer. Pedang yang teacher beli tu siap dengan anak panah mainan sekali. Ala, yang jenis tembak boleh melekat tu la. Tau tak? So, sementara menunggu cikgu make up budak perempuan, budak lelaki ( kecuali aku dengan Nashriq ) main panah tu. Sasarannya? Tentulah kereta Myvi teacher. Hehe. Lepas pergi cabut nombor giliran, kami bergerak ke tempat pertandingan, Dewan Makan. Kami giliran yang keempat.

Lepas parking barang-barang dalam kantin diorang, kerja-kerja make up diteruskan. Aku pun tak terkecuali make up. Ala, letak bedak je. Tapi yang sedihnya, nampak jelas ketara belang kulit antara yang dah di-make up dengan leher aku. T,T

dengan aisyah. :D



 old king, Shaiqal!

Turn kitorang yang keempat so banyak masa untuk kitorang rehat-rehat, layan lagu kesukaan Que, Cooler Than Me kat YouTube dan sempat juga kami makan nasi lemak. Sambal dia punyalah sedap!




our director, Que



Tiba-tiba, teacher cakap yang kitorang kena perform masa Pegawai PPD sampai. Oklah, janji buat elok-elok.
 sementara tunggu turn kitorang


Then, Show time!

 scene Bella kenal Martha dan Jessica

 scene kelas. Iwan tidur. hehe

 scene sorcerer dengan King


Lepas tamat persembahan kitorang yang agak hot, kami duduk balik kat tempat tadi. Tunggu keputusan. Tempat keempat jatuh kepada.....SMK Lui Barat! Kami nervous sebab fight dengan SBPI. Tempat ketiga,...SBPI Jempol! Bila dah diumumkan SBPI tempat ketiga, kami dah kompom boleh menang. Aku, rileks je. Yang lain dah ready-ready nak bersorak. Tempat kedua jatuh kepada......................SMK Seri Jempol! Dah tentulah SMK Bahau menang. Kami yang dah ready-ready nak bersorak tu agak stress dengan keputusan.
teruja tunggu keputusan.



Que



puying. hehe


So, kami terus la balik. Sampai sekolah, kami terus makan. Oh, lupa pulak. Aku, adik aku dengan Iwan balik lambat sebab takde transport. So kena tunggu Cikgu Muhazir makan baru boleh balik.
hehe, diorang takde kerja. main belon la.



Petang tu, teacher bawak kami pergi jalan. Nanti aku sambung kat post lain kalau aku rajin. Daa~

p/s : trimas kat puying sebab gambar-gambar ni. lap you!
Suke? Meh Like sini :)

Watak English Drama - Cindybella : Twilligt Version


Sebelum aku cerita panjang lebar, meh sini aku terangkan apa watak masing-masing

  1. Prince Edward - Hazim
  2. Cindybella - Fara
  3. Daddy - Aku
  4. Martha - Wan
  5. Jessica - Adik aku
  6. FairyGodMother - Aishah
  7. Principal - Shahira aka junior
  8. Guard / guests /students - aku, Iwan, Izatul, adik aku
  9. Props - Nashriq, Izatul
  10. Sorcerer - Bob
  11. Director - Que
  12. Narrator - Mimi
  13. King - Shaiqal
  14. Queen - Azziera
Ok. Dah tau kan? Sekarang aku ceritakan sinopsis cerita ni.

Bella pulang ke rumah daddy setelah mamanya meninggal. Di rumah itu, dia berkenalan dengan ibu tirinya, Martha dan adik tirinya, Jessica yang agak jahat. Di sekolah, dia berkenalan dengan Edward. Kemudian, dia menari dengan Edward sebelum Edward bertukar menjadi serigala jadian. Rupa-rupanya Edward dah kena sumpah dengan ahli sihir kerana King ( bapanya ) tak nak kasi Edward kepada ahli sihir tu. So, lepas FairyGodMother bagitau Bella cerita sebenar, Bella cari Edward dan diorang berpacaran. The End.


Suke? Meh Like sini :)

Saturday, March 24, 2012

Hello?

Hai.

Dah lama betul aku tak update blog. Orang yang datang jenguk pun dah boring dengan background biru. Lagi-lagi pulak dengan gambar aku makan aiskrim. Tiada masalah. Aku akan tukar secepat yang mungkin tapi sekarang jadual aku memang pack. Bawah ni senaraikan pertandingan yang join.


  • RHB Mighty Mind - 24/3
  • English Drama - 28/3
  • Bola sepak.( kalau aku terpilih la) - 4/4
  • MTAQ (Nasyid) - 7/4
  • Choral Speaking - tak ingat tarikh
Ha, nampak tak? Jadi maaf la kalau ada yang tak aku buat untuk blog ni. Aku memang sibuk sekarang. Bila balik rumah je, aku terus tidur. Tak kira bila masa, aku akan terus tidur. Untuk Mighty Mind ada 1-2 gambar. Nanti aku upload.

Dan aku cerita kan sikit-sikit apa yang dah jadi selama aku menghilangkan diri.

  • Sir Jaib dah tak ajar kitorang lagi. 
  • Hari Rabu ada Teknik Menjawab Sains
  • Latihan drama
  • Latihan nasyid
  • Suntikan untuk tingkatan 3
  • Mesyuarat PIBG
Masa kena suntik, aku rileks. Siap tutup mata lagi. Dan aku tak perasan yang nurse tu dah cabut balik sebab dapat nurse yang molek! Bila keluar, nampak classmates pompuan. Untuk cover sifat kelakian, aku cakap tak sakit pun. Sikit pun tak. Sekarang, dah terasa sakit sikit. = ='

Suke? Meh Like sini :)

Saturday, March 10, 2012

Holiday, Not To Rest

Hai.

Sekarang ni budak-budak sekolah cuti SEMINGGU termasuk aku! Untuk yang tak menduduki peperiksaan, tentulah gembira. Tiada tusyen, kelas tambahan. Tapi macam aku ni, seminggu cuti tak dapat rasa feel nak berehat. Setiap masa kalau boleh nak bersama dengan buku. Ye lah, aku tahun ni PMR. Kena la prepare dari sekarang. Kalau aku tiada kelas, dah lama aku pergi PD, mandi-mandi tak pun bakar meriam. Kasi semua rasa feel raya walaupun raya masih berbulan-bulan lamanya.

Jadual harian (cuti) aku agak padat. Sehari aku mungkin baca 4 subjek paling banyak. Kadang-kadang kalau dah pening, aku pergi tangkap belalang, panjat bukit belakang rumah, tengok TV, main game. Tak pun aku akan isi masa lapang dengan tidur. Paling best la bila dapat mimpi jadi ahli Talitabis, Otromen, dan macam-macam. Tapi rasanya semua orang tahu yang orang yang dah meningkat umurnya payah nak mimpi benda-benda kartun cenggini.

So, kalau dah boring menghadap buku, aku akan on Twitter, baca blog kawan dan mungkin gelak sorang-sorang kalau ayat diorang mengancam. Tapi 2-3 hari ni, nampaknya tengok cerita Twillight je la nampaknya.Trimas kat Mirmo yang kasi aku cerita tu tanpa apa-apa cukai faedah. Aku mungkin dah ketagih dengan cerita tu dengan aksi lawan-lawan diorang. Kalau aku bukak komputer, mesti aku dengar lagu A Thousand Years dendangan Christina Perri. Jiwang pulak aku bila dengar lagu tu. Mengusik jiwa lagu ni.

Suke? Meh Like sini :)

Friday, March 9, 2012

.... menangis.

Hai.


Pagi tadi, Shaiqal bagi tau yang ada 4 orang tak dapat A subjek Pendidikan Islam dan salah seorang daripadanya ialah aku. Dan bila aku dengar, aku gelisah. Sampai aku tak naik sekali kat Anjung Koperasi baca Yaasin sebab hati aku dah tak tenang. Aku pujuk hati aku, cakap yang mungkin Shaiqal nak bergurau.

Waktu agama, ustazah kasi markah dari yang paling rendah. So, it's true. Memang aku dapat B.(aku bukan paling rendah!)  Bila yang lain diumumkan, berlambak-lambak dapat A. Markah penuh pun ada. Aku yang kecewa ni pun buat-buat sibuk cari jawapan yang betul teks sambil dengar yang lain bersorak-sorak dapat A, tahniah kat Wan dengan Magfirah sebab dapat 100%. Masa bagi salam kat ustazah, sedar-sedar yang air mata aku dah jatuh. Tak perasan pulak aku menangis. Sebelum keluar, ustazah pesan nak jumpa 4 orang tadi masa rehat kat Bilik Guru.

Lepas tu, semua yang terlibat dengan drama Inggeris termasuk aku turun ke dewan. Cikgu nak kasi skrip. Seriously, I'm not in mood. Aku cuba jugak pujuk hati, lepas ni buat elok-elok lagi. Dengan suasana yang agak meriah, aku dapat jugak sesuaikan diri; lupakan sekejap gred. Trimas la kepada semua yang kembalikan mood aku balik.

Lepas rehat, kami pergi jumpa ustazah. Trimas kat ustazah yang kasi aku slow talk, sedarkan aku balik. Ustazah cakap ujian lepas ni buat elok-elok, jangan jadi macam ni. Aku yang first time macam ni agak malu kat diri sendiri sebab tak buat elok-elok sampai dapat B. Aku rasa semua cikgu tengok kot. Mungkin cikgu yang tak ajar KRK tanya, kenapa second best student forn 2 2011 jadi macam ni?

Then, aku turun balik kat dewan. Masa cikgu kasi rehat, aku cuma minum air kosong. Cukuplah, selera makan aku hilang. Lapar pun tidak dek mengenangkan nasib aku lepas ni. Mungkin kena sebat, marah. Aku tak tau la tapi yang pasti aku terima je sebab aku dah salah. Aku duduk sorang-sorang, tunggukan barang kawan aku. Bila diorang dah ramai, aku blah macam tu je walaupun ada yang panggil aku. Aku terus masuk bawah tangga, baring-baring kat situ.

Bak kata Cikgu Suhaimi : ni semua dunia belaka. Dan bukan aku nak menafikan pelajaran tu penting. Tidak. Tapi aku akan terus berusaha untuk meingkatkan keputusan dan aku akan berubah. Tak tau la secara berperingkat ke atau keseluruhan.

Haish, nampaknya tittle second best student tu terpaksa aku lepaskan untuk ujian ni. Nanti aku ambik balik tempat tu!
Suke? Meh Like sini :)

Thursday, March 8, 2012

Exam, It Comes To Warn You About PMR

Hai.

Lama betul aku dah tak update post. Maaf. Aku sibuk kebelakangan ni sebab nak buat persediaan untuk Test 1. Alhamdulillah, semua aku dapat jawab. Tapi ada beberapa markah yang aku sendiri tak jangka. BM aku dapat B! Memang terkejut beruk la. Markah tak boleh nak bagi tau. Bagi aku, aku agak malu sebab tak ada lelaki yang dapat A. Cikgu berharap aku dapat A. Sekurang-kurangnya ada wakil lelaki. Tapi tidak. Maaf cikgu. Aku mengaku aku kurang baca buku. Aku ingat Sains dengan BI je susah, tapi BM pun susah.

So, tiada harapan la untuk dapat 8A. Haish!
Suke? Meh Like sini :)