Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Sunday, April 29, 2012

Book Fair 2012

Hai

Minggu ni, aku pergi Pesta Buku 2012 kat PWTC. Pesta buku tu apa benda? Takkan tak tau, ni la masanya semua buku-buku dijual dengan harga murah. Bukan pesta liar tau!

Aku pergi hari Sabtu, hari kedua book fair. Stay a night at KL kat Hotel Seri Pacific. Hotel tu betul-betul sebelah pintu masuk PWTC. So, senang la nak masuk keluar beli buku. Masa nak masuk, aku dah set kat otak nak beli buku rujukan. Disebabkan aku pergi pun dah pukul 7.45pm, masa pun suntuk. Book fair tutup pukul 9pm. Aku pun beli je mana yang aku rasa best. Dah nak pukul 9pm, aku jumpa satu booth 'Kedai Pink Ain Maisara' dan Kak Ain ada kat situ. Aku nak jugak snap picture dengan dia tapi dia agak sibuk berborak dengan member dia. So, niat tu aku batalkan serta-merta.

Ahad, aku pergi kejap je. Masih dengan matlamat aku, buku rujukan. Jalan-jalan, aku jumpa kat booth Pelangi buku rujukan. Punyalah banyak murah pulak tu. Satu buku yang tebal tu harga dia.................................RM5 je. What the? Murahkan? So, aku beli la. Hari ni, aku jumpa DJ Fuzz . Kalau tak silap, itulah nama dia.

Ni list buku aku

  • Under 18 Elite
  • Super Safee
  • Buku rujukan Sejarah, Sains, PI, BI (How I Met Myself)
  • Novel Leftenan Adnan
  • Aku, Kau & Bola (Separuh Masa Pertama, Kedua dan Masa Tambahan)
  • Biografi Nabi Muhammad
  • Zenith 4
Tak banyak kan yang aku beli? Takpelah, nanti kalau sekolah ada buat rombongan pergi Book Fair, aku nak follow. Beli komik Gempak banyak-banyak. Boleh la aku dapat beg free. Yayy!

p/s; Ya Allah, selamatkanlah negaraku dari huru hara. Amin

Suke? Meh Like sini :)

Saturday, April 21, 2012

Hello Class!

Hai.

Hari ni sekolah aku buat sekolah ganti. Hari Sabtu pulak tu. Duh. Urm, sekolah lain pun buat kot. Aktiviti untuk hari ni, masih lagi satu; belajar. Iya lah, kata nak dapat PMR 8A.

But, the problem is my mood. Ya. Mood aku sekarang agak lari sebab dah lebih kurang 2 bulan tak masuk sekolah sebab sibuk masuk pertandingan itu, pertandingan ini. Entah kenapa, tahun ni pulak aku bersemangat nak masuk pertandingan, wakil sekolah. Tahun lepas aku masuk juga, tapi takde la banyak sangat macam ni. Tahun ni sibuk betul. -,-
pelot. :)




Baru hari Khamis lepas, pertandingan Choral Speaking kat SMK Datuk Mansor. Giliran sekolah kami yang ke-9 daripada 11 sekolah. Persaingan tu memang agak sengit. Masing-masing buat yang terbaik. Sampai turn kitorang, kami buat habis baik. Ada satu part aku, aku kena jerit kuat-kuat macam commentor bola.

Safee Sali passes the ball to Syahrul Azuari and he passes to Baddrol Bahktiar andddd... GOAL!

Aku jerit kuat-kuat. Lagi kuat daripada yang aku berlatih selama ni. Then, tiba-tiba kat tulang rusuk belah kiri aku rasa sakit sangat. Macam krem kat kaki. Ha, macam tu lah sakit dia. Rasa macam ada benda tarik kuat sangat kat situ. Adeh! Then, slow-slow sakit tu hilang. Aku pulak tiba-tiba rasa nak tumbang ke belakang. Nasib baik tak jatuh. Kalau tak, mesti dah cacat show kitorang.
ni deh rupa orang yang nak pengsan tak jadi tu. hehe

before our show. :)

the show!

Nak tunggu penyampaian hadiah lambat lagi. Dalam pukul 2petang, ada pertandingan debat final kat atas pentas antara SMK BBS dengan SMK DM(tuan rumah). Disebabkan aku dah ngantuk sangat, aku ajak Shaiqal dengan Zahir tidur kat surau. Maaf ye, kami bukan tak nak dengar tapi dah ngantuk sangat.

Dan, sekolah kami menang nombor 5. Alhamdulillah. Walaupun ada yang kecewa, tapi kami dah buat sungguh-sungguh. Takpe, tahun depan boleh cuba lagi. :)

Suke? Meh Like sini :)

Sunday, April 15, 2012

It's Gone.

Hai.

13/4, Jumaat. Aishah cakap yang cikgu nak nota sejarah. Aku dengan bangganya kata, no hal. Semua dah siap, dah letak dalam fail lalu tergelak dengan senang hati. Sambil tu, sempat juga aku nyanyi lagu Sudirman yang agak popular satu masa dulu - Hip Hip Hooray dengan penuh perasaan. (betulkan tajuk lagu tu macam ni?)

Sampai kelas, aku bukak beg tengok fail. Then, OMG! Aku tertinggal fail!

-skip class scene.-

Sampai rumah, aku cari fail tu tapi tak jumpa. Rupa-rupanya baru aku tau yang fail yang SANGAT PENTING tu dah hilang. Apa yang penting? Hurmm, dalam fail tu ada nota Sejarah bab 3, modul Sejarah dengan PI dan kertas-kertas lain.

Sebelum aku tengok Super Spontan, aku memulakan OPS FAIL dan mencari di setiap ceruk rumah termasuk bawah sinki. Manalah tau kalau ada. Tapi, aku ni kalau bab mencari memang fail. So, peratus nak jumpa balik fail tu tipis la.

Habis satu rumah aku cari fail, aku putuskan untuk menghentikan OPS FAIL tepat pukul 12.30pagi, hari Sabtu. 

Nota? Terpaksa la aku tulis balik. Modul-modul? Terpaksa la aku beli balik kat cikgu dengan ustazah.

p/s; cikgu, saya mintak maaf sebab tak hantar nota Sejarah hari tu. saya dah nakal. T,T

Suke? Meh Like sini :)

Sunday, April 8, 2012

MTAQ

Sekolah aku jadi tuan rumah untuk MTAQ peringkat daerah. Aku dengar lebih kurang 1000 orang termasuk guru pengiring datang. MRSM Serting pun terlibat dengan tempat pertandingan untuk nasyid.

Dalam masa-masa macam ni, ARP main peranan la. Hampir semua ARP dapat datang. Aku datang jadi penunjuk arah. Tapi, aku agak senang hati sebab tiada sorang pun tanya aku. Menyedari yang aku bersenang-lenang, Ustaz Faiz ajak aku follow ustaz round satu sekolah, check loceng dengan jam. Sampai ke MRSM aku follow ustaz.

tu ustaz kat belakang, siap bersamping. 

Sampai satu tempat, aku dapat rehat. Baru aku ingat nak nyanyi sambil menari shuffle dengan kawan aku kat kantin, aku kena hantar pulak makanan untuk para juri. Round satu sekolah lagi. = ='

muka kecewa Hakim sebab tak sempat battle shuffle dengan aku. hehe

Tengah aku jalan-jalan, classmates perempuan aku complain meja sepah.  Macam orang buat party pun ada. Bak kata Zahir, every night is friday night. Haha Bukan setakat itu, habis benda-benda yang ditampal dicabut, dikoyak. Hai, ni dengki la ni. Kalau tak puas hati, tak payah buat macam ni. Bincang la elok-elok.

apa macam? lawa tak?

Habis pusing satu sekolah, aku ingat dah boleh shuffle. Tapi itu semua hanya angan-angan. Aku kena hantar lagi 3 kotak untuk 3 tempat yang berlainan. Nasib baik ada budak tolong. :D Sudah tu, aku pergi tinjau 'baby' jaga masa. Punyalah lama. Entah berapa kali aku naik, tak habis-habis jugak. Tapi aku sabar je la sambil shuffle kat luar tu. Dapat juga shuffle. Yes!


puying dengan korea. 

Suke? Meh Like sini :)

Kereta Baru!

Hai.

Jumaat, ibu dapat panggilan mengatakan kereta baru dah boleh ambik petang tu. Kereta baru? Sorry tak bagi tau lagi. Ibu dengan ayah beli Volkswagen Passat. Kereta Kancil dijual kat Pak Di.

Dalam pukul 5 petang, aku satu keluarga gerak ke KL tapi aku tinggal kat rumah Mak Lang. Sempat juga la aku pergi ARP. Iqbal sorang je ikut ibu ayah. Dapat aku main dota 2 game malam tu. Hehe

Dalam pukul 11.30 malam, aku dapat naik kereta tu. Ibu lambat sampai sebab ayah terlepas simpang kat highway. Apa-apa pun, tahniah kat ibu ayah sebab dapat beli Volkswagen Passat!

masa kat dalam show room Volkswagen, Ampang

Suke? Meh Like sini :)