Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Friday, August 17, 2012

Al-Fatihah Buatmu Kawan.



Hai.

Bulan puasa kali ni, aku kehilangan salah seorang kawan aku. Nama arwah Muhammad Zubair bin Zulkifli. Arwah meninggal pada 24 Julai 2012 (4Ramadan 1433H). Punca arwah meninggal tak pasti tapi aku dengar arwah sesak nafas. Menurut keluarga, arwah sempat lagi bersahur bersama keluarga buat kali terakhir.

Masa aku dapat berita ni, 3KRK tengah belajar Sains dengan Pengetua kat makmal belakang. Semua terkejut bila dapat tahu berita ni. Ada yang terkejut, ada yang nak menangis. Pengetua terus keluar pergi hospital nak tengok arwah. Kawan kelas arwah lagi la sedih. Aku dengar diorang dah pergi hospital ziarah arwah. Aku macam tak percaya lagi, betul ke apa yang aku dengar ni?

Waktu Matematik, Cikgu Sadini kasi kitorang pergi hospital tapi dengan menggunakan kaki sendiri. Sampai je, tengok dah ramai budak kat situ. Cikgu-cikgu pun ramai. Kemudian kami diberi peluang untuk tengok wajah arwah buat kali terakhir. Aku tak dapat tengok dekat sebab bilik tu dah penuh. Wajah arwah tenang je, dan arwah lengkap berpakaian sekolah.

Sepanjang aku kenal arwah, tak pernah aku tengok arwah buat benda tak elok. Arwah ni baik orangnya, sangat menghormati guru dan senior. Dan yang ni mungkin tak ramai tau, arwah cuma mengambil masa seminggu untuk menghafal surah Yaasiin.



Setiap manusia tetap akan mati tapi kenangan akan terus hidup buat selamanya-lamanya. 
Al-Fatihah buatmu Zubair. 

Suke? Meh Like sini :)

2 comments:

komen ?