Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Monday, October 29, 2012

Pengorbanan Seorang Ayah

Hai.

So, how are you today? I hope you all fine. Haha. Kali ni bersemangat nak update blog, siap speaking lagi. Hari ni aku cuti sekolah. Eh, bukan ponteng tau. Diulangi, CUTI. Memang sekolah aku kasi cuti kat murid-murid. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin nak biar abang dan kakak yang ambik SPM study untuk saat-saat terakhir kot. Good luck ea korang~ Buat habis baik. Ehem, aku dah sudah. Haha

Nampak video bawah ni? Tengok sekarang.


Dah tengok? Ha, menarikkan? Secara jujur, video ni memang takde kaitan langsung dengan SPM. Haha. Dan video ni pun memang dah popular kalau korang selalu on Facebook la. Okay, sebenarnya aku tertarik dengan video ni sebab dia lain dari yang lain. 

Video ni mengisahkan seorang pemain bola sepak yang akan bersara dan menggantikan anak lelakinya yang berumur 5 tahun. Yang menariknya, semua pemain kat atas padang sporting layan budak kecik tu. Siap bagi gol lagi. Haha

Kalau korang hayati betul-betul video ni, mesti korang tersentuh. Perasan tak, yang pemain yang nak bersara ni sanggup keluar awal dan beri peluang anak dia main? Maksudnya, bapa budak tu nak anak dia pun jadi pemain bola professional macam dia jugak. 

Nampak tak pengorbanan seorang ayah? Besarkan? Memang selalu kita nampak insan yang bergelar ayah, bapa, abi, abah, bapak ni garang tapi percayalah mereka mahu kita semua jadi insan yang berguna. Percaya atau tidak, mereka juga memberi kasih sayang kepada kita tapi dengan cara yang lain. Kalau ada mereka memanggil korang, pergilah. Luangkan masa bersama mereka. Kenapa mereka panggil? Mungkin ramai yang tak perasan tapi sebenarnya kaum bapa nak luangkan masa dengan anak mereka lepas mereka penat mencari rezeki. Bila dah tengok muka anak-anak, hilanglah sikit rasa penat mereka. Dan menjadi kepuasan bagi mereka bila tengok anak mereka gembira.

Jadi nasihat saya kepada semua terutama yang selalu buat salah dengan ibu bapa masing-masing, hormatilah dan berbaktilah kepada mereka selagi mereka bernyawa. Setiap ibu bapa hanya mahu yang terbaik untuk anak-anak. Korang kena ingat, kalau mereka tiada korang pun takkan lahir kat dunia ni. 

p/s: Pak ngah, get well soon!

Suke? Meh Like sini :)

No comments:

Post a Comment

komen ?