Lepas je buat persembahan koir, cikgu jemput kitorang balik sekolah untuk latihan drama pulak. Mana taknya, dah esok tu pertandingan drama!
Sebelum sampai sekolah, teacher beli ais krim untuk kitorang sorang satu. Muahaha kemain seronok dapat makan ais krim haha. Dah sampai sekolah, kitorang makan dulu. Ada yang siapkan barang prop, ada yang borak. Aku? Main game haha.
Lepas dapat tau result koir, kitorang terus berlatih drama. Dengan harapan dapat tempat. Kalau tak kena rotan la budak 4A dengan Ustazah Basimah haha. Dengan ustazah memang macam tu. Siapa keluar aktiviti koko, pastikan menang atau dapat nombor. Kalau tak kena rotan la. Hari tu aku kena dah sebab bola kalah haha. = = Okay, berbalik pasal drama. Tahun lepas kitorang dapat tempat ke-2 so tahun ni kena target nombor 1 la kan? Takkan target nombor last pulak haha. Petang tu kitorang berlatih full, siap dengan prop, siap dengan baju semua and no more script! Haha aku rileks je sebab line aku pendek. Plus, scene aku tak banyak mana pun haha.
Ahh budak dua orang ni haha
From left; Epul, Nad, Ajim, Shaman
Yang tengah tu ponteng kelas haha
Nad aka toyol pendek haha
Its called passion. :o haha
Lead actress, Shira Surgeon! :D
Aktiviti: lawan pedang guna batang ais krim.
Hmm kreatif haha
Ijam and Ecah :D
24 April 2013
Pagi tu aku pakai baju kuning cap Giordano dan berseluarkan skinny berwarna coklat. Seluar tu takla skinny sangat, aku beli je besar besar haha. Aku datang datang je terus pergi kantin, duduk rileks kat situ sorang sorang. Dah tu, sorang-sorang muncul. Rupanya, diorang tengah ready ready pakai baju siap-siap kat bilik persalinan. Ada je yang pakai dari rumah tapi untuk mengelakkan orang terpikat, terpaksa tukar kat sekolah haha. Bila semua dah siap, kitorang isi barang dalam kereta dan terus gerak ke venue pertandingan, SMK Dato' Mansor. Aku dengan Zahir awal-awal dah cop nak naik dengan Teacher Mas sebab dia bawak kereta besar, Naza Ria haha. Seronok kot duduk belakang tu. Dalam kereta tu ada Wan, Yun, Ecah, aku, Zahir dengan Ajim kecik haha.
Awal betul ni = =
Ecah make up dulu, untunglah haha
Eyka dengan Athirah :)
We're going!
Masa on the way, jumpa la team dari SMK Serting Hilir Kompleks. Teacher Mas seronok betul bila nampak diorang, sebab dulu teacher mengajar kat sana. Bila dah sampai kat sana, kitorang kena parking jauuuuhhhhh. Jauh gila, kat hujung alam betul haha. Okay tipu. Takde la sampai hujung alam tapi jauhlah dari dewan diorang tu haha. Kitorang dapat tempat untuk buat preparation dalam satu kelas tapi kena kongsi dengan sekolah mana entah haha. And the make-up session begin!
Okay, ini hardcore
Lead actor, Hazim.
Zahir dengan Teacher Mas. :D
Sorcerer's couple haha.
Dengan toyol kecik hahaha
Last preparation :o
:D
Ini SBIJempol. Diorang perform memang aku salute. :D
Then, it's our turn! Kitorang pun loaded la prop kat belakang stage tu. Masa tu aku cepat cepat masuk bilik, tukar baju dulu haha. Nanti senang nak tolong orang buat itu ini. Aku keluar je dari bilik tu, tengok belakang tu kemain kelam kabut. Dengan orang nak bersiap, nak susun baju, nak ready kan prop. Dalam kesibukan tu, boleh pulak Shira rakam suasana kat belakang tu haha. Memang masa tu tak terfikir pun nak buat macam tu sebab dah fokus nak berlakon. Tapi dia boleh lagi rakam. Kemain rilekss lagi dia haha. Terima kasih la kat budak kecik tu, kitorang ada la kenangan 'kesibukan' kat belakang stage tu haha. Masa tu memang agak sesak la haha. Tapi nasib baik bila turn kitorang, sorang hakim tu keluar kejap, entah mana dia pergi. So, masa kitorang nak prepare tu panjang la sikit haha. Sebelum mula, teacher suruh kitorang cakap dengan suara yang kuat sekuat-kuatnya sebab dewan tu besar gila! Aku? Takde hal lah bab nak kuatkan suara ni haha. Masa tu, aku perasan ada ex-cikgu aku. Haha nanti aku ceritakan kat bawah. Fokus kat berlakon dulu haha
After 5 minutes rasanya, kitorang mulakan show! Masa tu semua buat sungguh-sungguh, boleh nampak kesungguhan semua orang yang bersungguh-sungguh nak dapat nombor satu. Hahahaha punya banyak "sungguh". Masa scene aku, aku rasa aku yang paling tenang sebab aku berlakon jadi orang buta. Tutup je mata sampai habis scene aku haha. Pasal suara? Kemain kuat lagi haha. Ada sampai part akhir tu, Hazim kena bukak topeng yang melekat kat muka dia, tapi takdapat. Haha dia berguling punya lama untuk cabut topeng je haha. And we did it! The end! Sampai habis semuanya smooth je.
Wajah puas lepas show! hahaha
Baru mood bergambar aku naik, teacher dah panggil semua suruh makan. Ahhh, pedulikan dulu pasal gambar ni, campakkan kamera Nikon dan Canon, perut dah lapar haha. Sampai je kat kantin, kitorang terserempak dengan ex-pengetua, Teacher Hajah Norlida bt Jantan yang sekarang jadi pengetua kat sana. Dulu, cikgu tu ajar aku Sains dari 1KRK - 3KRK haha. Haha kemain meriah budak-budak ni masa jumpa cikgu kat kantin. Masa tu aku perasan, budak lain pandang je haha. Mungkin budak sana tak rapat dengan cikgu tu macam kitorang kot. Alaaaah jeles lettew haha. Dah tu, snap balik. Dalam kemeriahan tu, cikgu teringat, "Aishah mana?" Budak ni cakap Ecah entah mana. Nasib baik la ada aku pergi cari dia kat dalam dewan tu, kalau tak maybe tak jumpa pun cikgu haha. Bila Ecah jumpa cikgu, haaa lagi la bising kantin tu haha. "Bagus persembahan you'all. Good luck ea? Haa nanti belajar elok elok", cikgu pesan sebelum tinggalkan kitorang. Katanya, ada kerja. And then, makan time :D
Tirah menari? Hahaha
Scary face huh? Hahaha
Lepas makan, aku lepak dalam dewan main game bola haha. Ditemani oleh Zahir dan Ajim, pertandingan drama kitorang tak pedulikan lagi. Yang penting, persembahan sudah buat, perut pun sudah kenyang haha. Masa kitorang menghabiskan bateri laptop teacher, boleh pulak budak budak ni pergi snap kat luar. Cehh sempat lagi, tak ngajak seyhh! Dah tu, ada pulak yang sempat buat bio kat kantin. Okay,, diorang rajin haha. Main punya main, akhirnya sampai la ke acara kemuncak; Penyampaian Hadiah. Masa tu kitorang main lagi bola tu non-stop, tak pedulikan apa yang jadi kat sekeliling haha.
We met Sir Jaib!
Zahir kelihatan sedang fokus terhadap permainannya.
Bagus dia ni, sekarang susah nak cari lelaki fokus hahahaha
Okay, sekarang untuk keputusan top
Tempat ketiga
.
.
.
.
.
.
.
SMK
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seri Jempol!
Noooooooooooooo! D: Aku meraung kat dalam dewan tu, raungan senyap haha. Hmm takpelah, maybe kitorang ada buat major kesalahan sampai potong banyak markah = = Tapi itu tidak menjadi masalah sebab teacher bermurah hati untuk belanja kitorang makan pizza petang tu jugak! Haha terubat la kesedihan dan kelukaan hati ini hahahaha.
Result:
First; SBPI Jempol
Second; SMK Dato' Mansor
Third; SMK Seri Jempol
Tahniah kat SBPIJ yang menang. Korang layak menang, korang punya lakonan aku rasa seronok. Enjoyable hahaha tahniah. Nanti peringkat negeri, buat elok-elok. Kasi menang nombor 1 jugak!
Okay, makan time ... again haha
Nice picture. Yang belakang tu, jejaka yang keriangan haha
From left; Shayne and prop man.
Mula-mula, aku ingat diorang ni sombong but act they are nice. :D
Haa yang ini Sri, the photographer haha
Aktiviti? Tiru aksi dalam gambar belakang.
Sama tak? Sama tak? haha
Okay, fokus kat sebelah kanan.
Itu Teacher Syeida. Nampak? Okay hahaha
Jejaka keriangan.
From left; Ajim, Ijam, Zahir, and hurmm me haha
Nyam nyam hahaha
And again.
Kami dah kenyang haha. :D
..and together!
Tempat ni famous gila. Asal ada makan kat Pizza mesti snap kat sini hahaha
Troublemaker muahahahaha!
Entah bila dapat buat macam ni lagi hahaha.
Good job guys!
..and thanks to the Teacher Mas, Teacher Syeida and Cikgu Salwana!
Aww, I will miss the moment, the crew. All of them :D
p/s; kalau pernah baca ayat ni mana-mana, senyap saja hahaha :D
No comments:
Post a Comment
komen ?