Dari 26 - 30 November 2012 (Maaf, cerita ni dah lama tapi takde masa nak update), aku dengan beberapa orang member dapat tawaran pergi program Giatmara. (kitorang memang ada isi borang tu sebelum cuti sekolah. dan memang yang dapat tawaran ni untuk yang terpilih je.)
Masa hari pertama aku rasa excited jugak la sebab aku rasa ramai jugak classmates aku yang dapat tawaran. Bila dah sampai, *sigh* so disappointed. -_______________-"
Tapi takpe, tak kisah sebab ramai jugak member sekolah aku yang datang. Kat sana ada empat kursus; komputer, mengecat kenderaan (airbrush), automotif (part enjin kereta) dan sulaman manik (jahitan). Kos manik tu terpaksa ditunda ke minggu depannya (3 - 7 December) sebab cikgu diorang ada hal.
Aku ambik kos komputer, haha okay lah. Aku nak ambik automotif tu tapi dalam bab enjin ni aku lemah sikit la. Satu benda pun aku tak tau. Haha. Sebelum pergi belajar, kitorang ambik baju dulu kat pejabat Giatmara tu. Dah selesai baru masuk kelas. Dan bermulalah pembelajaran di Giatmara selama seminggu dan semua yang masuk tu secara 'official'nya dah jadi ahli Kelab Teknologi Bumiputera (KTB). Tahniah tahniah.
Ni senior-senior yang belajar kat situ.
Nampak je muka diorang macam tu tapi dalam bab komputer, fuhh dasat gila beb.
Pali dengan Afiq. Diorang kos automotif.
Budak kos jahitan.
*Maaf budak kos mengecat kenderaan. Aku tak dapat nak masukkan gambar korang.
12 December 2012 or 12/12/12
Cantikkan tarikh tu? Haha. Hari tu (Rabu) kitorang kena pergi Rembau untuk ambik sijil KTB. Kitorang kena berkumpul kat Giatmara pukul 11.30am. Masa berkumpul, aku terkejut gila sebab ramai jugak muka-muka baru yang aku tak jumpa. Bila aku tanya, diorang cakap "Kitorang masuk lepas korang." Ohhh, patutlah tak jumpa. Dan separuh daripada muka baru tu budak kos jahitan. Lepas abang Helmi ambik kedatangan, kitorang bergerak dalam pukul 12.30pm ke Rembau menaiki bas MRSM Serting. Pinjam bas ye. Hehe
Sharp 2.35pm kitorang tiba kat Rembau. Nama tempat tu Dewan Sri Rembau. Masa masuk je, orang dah ramai kat dalam tu. Eh, lupa nak bagitau yang program ni melibatkan semua Giatmara di Negeri Sembilan. So, meriah la kat dewan tu. Kalau tak silap, ada 300 orang peserta KTB tu. Ramai gila. ~. .~
VIP, YB Khairy Jamaluddin selaku ahli Parlimen Rembau tiba dan disambut oleh Adun Rembau (tak tau nama. maaf orang Rembau) orang lain.
Kemudian terus menyanyikan lagu Negaraku, dan bacaan doa.
After that, speech by Giatmara punya apa entah. Tapi yang aku ingat nama dia orang panggil Kak Yam. Tapi yang boleh panggil Kak Yam tu untuk orang yang besar-besar je, budak-budak tak boleh. Nanti tak memasal di label "kurang ajar". Haha.
Lepas tu, YB Khairy pulak. Lama gilos diorang punya speech. Dah lapar. -. .-"
Act, pagi tu aku makan kuih je.
Aku tak tau la budak mana ni, aku main ambik je. Haha
Sampai la ke acara kemuncak, iaitu penerimaan sijil KTB. Yang kesiannya YB Khairy tu la, sebab dia terpaksa sampaikan sendiri 300 sijil tu. Punyalah lama dia kena ada kat atas stage tu. Budak yang dah dapat sijil terus makan. Tak tau malu betul. Sekurang-kurangnya tunggu la VIP makan dulu. Aku tak macam diorang tau. Aku tunggu VIP. *bangga* Hehe
Masa aku sedang mengunyah donut tu, datang sorang abang ni mintak kitorang yang duduk satu meja ni untuk beratur salam YB Khairy. Aku agak abang tu reporter, terus budak-budak ni beratur nak salam. Dengan harapan muka masuk paper Utusan Malaysia. Haha. FYI, akhbar Utusan pun terlibat dengan program ni. Yang budak giatmara daerah lain tengok je. Haha.
Masa nak salam ni, Afiq beria-ia tolak aku suruh ke kiri sikit sebab nak masuk dalam gambar sekali.
Haha
Tengok Ijam kat belakang tu, sempat lagi posing. Haha
Dah nak sampai pintu, abang reporter tu nak snap gambar. Berebut-rebut budak ni nak masukkan muka. Haha. Aku kat belakang. = ='
Dah sudah tu, terus naik bas pulang ke Giatmara Jempol. Masa balik tu, sempat jugak la aku main PES kat dalam PSP. Bukan aku punya, tu Aidil punya. Haha. Aku tak mampu lagi nak beli PSP, lagipun kat rumah dah ada PS2.
p/s : Ada lagi gambar tapi Sri belum upload kat FB lagi.
p/s/s : Semua gambar ni aku ambik kat orang. Ada je gambar dari kamera aku sendiri tapi gambar tak lawa.
Credits ; Sri , YB Khairyl , Ayun
No comments:
Post a Comment
komen ?