Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Friday, December 28, 2012

Result PMR 2012.


Hai.

*sambungan post 'Holiday; 4 - Kuantan'*
Kitorang bermalam kat sana 3 hari, dari hari Isnin sampai Rabu (hari keluar result PMR). Malam tu aku memang terlupa pasal result sampai la mak lang bagi tau, "nampaknya malam ni ada orang yang tak tidur." Haha. Masa tu baru la aku teringat esok keluar result. Malam sebelum result PMR keluar alhamdulillah aku tenang. Sempat lagi lepak kat lobby dengan sepupu aku, minum-minum kat kedai makan, main game sampai 2 pagi, usha awek FB, online Twitter sekejap. Haha

19 December 2012 , Rabu
Aku ingat bangun-bangun je kitorang terus nak check out, pergi sekolah sebab nak ambik result. Lagipun perjalanan dari Kuantan ke Serting tu makan masa 3 jam. Lama gilos. Haha, tapi dibatalkan niat tu bila dapat tau boleh check guna sms je. So lepas breakfast pagi tu, kitorang terus turun ke pantai mandi-manda. Dalam pukul 10.30pagi, ayah dapat msg pasal result tu and alhamdulillah aku dapat 8A. Masa tu kitorang baru lepas mandi laut. Haha, so aku tak la rasa sangat berdebar tu. Bila dah dapat result, kitorang sambung mandi balik. Hehe.

Around 12.30pm, kitorang masuk bilik lepas mandi kolam. Masa nak siap-siap, ayah dapat panggilan dari cikgu (tak dapat dikenal pasti), tanya aku kat mana sebab aku kena naik atas pentas untuk sesi fotografi untuk masuk paper. Reporter yang datang tu Sinar dengan Utusan. Wah! Gila la, Utusan beb. Mesti femes budak-budak ni nanti. Haha. Takpe lah, nak buat macam mana lagi kan? Kalau nak pergi balik masa tu memang dah tak sempat la. And then dapat tau yang sekolah aku ada 6 orang 8A. Tahniah tahniah!

Congrats to them. Straight A's. Good job guys!
From left; Mimi, Wana, Habil, Yun, Fara

And here another one.

Okay, ni list yang dapat keputusan 8A/7A/6A
8A
Habil 
Yun 
Mimi 
Fara
Wana
and lastly, me. Hehe

7A
Hakim 
Wan 
Syakir 
Qila

6A
Ecah 
Zahir 
Amirul 
Teha 
Sarihah 
Syahleen 
Murni

I'm so sorry kalau ada nama yang aku terlupa nak mention.

And so, congrats to all who pass with flying colours. You deserve it. Yang tak dapat capai target tu rileks, mungkin belum rezeki korang. Mana tau kalau rezeki korang masa SPM nanti? Siapa tahu kan? Wallahualam. Tapi itu semua bergantung kepada usaha masing-masing. What you give, you get back. Eh, betul tak? Haha, aku bantai je. Dah lupa la. Haha

Kepada yang tak dapat 8A/7A/6A sila baca ni. *found this on Twitter*


So, jangan sedih-sedih. Korang ada lagi peluang untuk buktikan yang korang boleh berjaya nanti. Yang penting sekarang fokus untuk SPM. InsyaAllah boleh dapat. Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya. Peluang sentiasa ada. :)

p/s; Terima kasih kepada ibu dengan ayah, cikgu-cikgu dan ustazah-ustazah yang sudah mengajar kami selama 3 tahun untuk menghadapi PMR dan orang lain yang banyak berkorban dalam bentuk duit, tenaga, masa dan selalu mendoakan kejayaan kami. Tolong doakan kejayaan kami, batch '97 untuk SPM nanti. :D

p/s/s; Kalau korang nak baca lagi pasal result ni, korang boleh baca kat blog kawan aku. Dia ada kat sekolah masa result keluar. So, korang boleh paham lagi la situasi masa tu. Aku punya story tak macam tu. Hehe
Suke? Meh Like sini :)

No comments:

Post a Comment

komen ?