Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Sunday, September 2, 2012

Makan Makan

Hai.

Masih lagi dalam hari yang sama iaitu Jumaat, 31 Ogos 2012. Petang tu, aku dikunjungi kawan-kawan yang datang nak beraya. Dulu ramai betul yang tanya, "Weyh Azhan, rumah kau macam mana?" Petang tu, semua soalan dah terjawab.

Dalam pukul 3.15petang, datang budak lelaki yang naik motor. Diorang sampai awal sebab Syafiq tahu jalan ke rumah aku. Syafiq dulu pernah datang ke rumah aku dengan Tajudin, Shaiqal dengan Arab lepas diorang mandi-manda kat Jeram Serting Ulu. Yang datang awal, Syafiq, Shaiqal, Khairul, Shamsul, Ajit, Burn, Amir, Hamzi. Kebetulan pulak petang tu ibu ayah kena pergi Melaka. Jadi ibu dah siap-siap masak. So, aku cuma kena layan diorang je la. Duit raya pun aku dah siapkan.

Lepas tu, Yun mesej yang dia dah nak sampai. Aku start enjin Citra, turun bawah cari diorang. Tapi aku ada teman yang sempat naik dengan aku; Syafiq, Shamsul dengan Shaiqal. Budak yang lain ada yang lepak kat anjung, ada yang main PS2. On the way aku nak ke simpang taman, aku terserempak dengan diorang. Sebenarnya, aku tak perasan pun itu diorang sebab cermin kereta tu gelap. Aku tau pun sebab Shaiqal bagitau. Sampai je, turun la classmates perempuan aku; Yun, Aishah, Mimi, Wan, Fatihah. Diorang dapat datang sebab ada driver. Tak payah bayar pun. Haha

Tak lama tu, datang lagi satu group motor. Enol, Apit dengan Yusri sampai. Budak ni cakap dia dah salah jalan. Adoih, entah jalan mana diorang ambik pun aku tak tau. 10 minit kendian, Cikgu Masri sampai. Aku sekali lagi turun dengan passenger yang sama. Aku saja la ambik jalan jauh sikit, biar nanti tak payah buat U-turn. Dalam perjalanan nak cari Cikgu Masri, ada beberapa budak perempuan pergi jalan raya. Shamsul turun tingkap, usha budak tu "Hai, nak pergi mana lawa-lawa ni?" Budak tu jawab "Diam ah!" Wah kerek gila! Sombong seyh! Tapi maaf, kitorang buat suka-suka je. Jangan ada salah faham pulak. Ehhem ehhem. :p

Cikgu Masri dah sampai atas. Aku pergi tunjuk jalan, suruh cikgu masuk dulu. cikgu tumpangkan Zahir, Hakim, Syuhada dengan Syafiqah. Aku ada pesan kat Zahir suruh dia bawak lagi satu joystick PS2 dannn dia bawak! Yeaa!

Cikgu sampai, semua makan dihidang. Yang perempuan makan dulu dengan cikgu, Shaiqal dengan Syafiq sempat menyelit. Budak lelaki yang lain, main game sampai lupa diri. Agak meriah petang tu. :)

Lepas makan, kitorang dikejutkan dengan berita sedih; atuk Mimi sebelah ayah meninggal. Al-Fatihah.

Kemudian beransur-ansur budak ni balik. Aku follow Zahir dengan Hakim pergi rumah pengetua naik kereta Cikgu Masri.

p/s:  To be honest, aku terlupa nak tangkap gambar. Kamera aku dah letak kat dapur. Maaflah, post ni tak best. Memang tak best bila takde langsung gambar. Adeh. s(=,='')s
Suke? Meh Like sini :)

Merdeka!





Hai.

Jumaat lepas, 31 Ogos 2012, seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55. Merdeka! Tapi untuk perlajar tingkatan 3 masih belum 'merdeka'. Lagi pulak tingkatan 5, minggu depan je Trial SPM. Memang tak la diorang nak rehat-rehat. Apa-apa pun, good luck untuk semua candidates SPM!







Suke? Meh Like sini :)