Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Thursday, August 23, 2012

Salam Aidilfitri.

Hai.

: : Pak cik ni dah pencen ke? Aisey, rindu la nak dengar suara dia. : :



 Ayah aku cakap; Bermula dari solat asar hari terakhir ramadan, semua roh-roh orang islam dibenarkan 'pulang' ke rumah sehingga waktu solat subuh 1 Syawal. Jika ada ahli keluarga yang mendoakan mereka, mereka akan pulang dengan muka yang ceria tapi jika tiada yang mendoakan mereka, maka pulanglah mereka dengan muka yang masam. :)


Firstly aku nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua mengenali diri ini, readers blog aku, cikgu-cikgu, pak cik dan makcik dan semua umat Islam di dunia. Dan aku minta maaf kalau aku ada buat salah secara sedar atau tak sedar. Aku tau aku ni kalau bergurau agak kasar tapi aku tak berniat pun. Halalkan segala makan minum dan juga hutang-hutang. Hehe.

Maaflah, aku ucapan ni agak terlewat sebab aku sibuk nak mengumpul duit raya sebanyak yang boleh. Hari lain tak dapat duit free kalau datang rumah orang. :p

Tapi kena ingat, tujuan beraya rumah orang bukan untuk duit raya semata-mata. Tapi untuk mengeratkan silaturahim. Ingat tu! Budak-budak kecik sekarang datang rumah tau nak duit je. -_____-"

Selamat hari raya semua. :D
Suke? Meh Like sini :)

Friday, August 17, 2012

Al-Fatihah Buatmu Kawan.



Hai.

Bulan puasa kali ni, aku kehilangan salah seorang kawan aku. Nama arwah Muhammad Zubair bin Zulkifli. Arwah meninggal pada 24 Julai 2012 (4Ramadan 1433H). Punca arwah meninggal tak pasti tapi aku dengar arwah sesak nafas. Menurut keluarga, arwah sempat lagi bersahur bersama keluarga buat kali terakhir.

Masa aku dapat berita ni, 3KRK tengah belajar Sains dengan Pengetua kat makmal belakang. Semua terkejut bila dapat tahu berita ni. Ada yang terkejut, ada yang nak menangis. Pengetua terus keluar pergi hospital nak tengok arwah. Kawan kelas arwah lagi la sedih. Aku dengar diorang dah pergi hospital ziarah arwah. Aku macam tak percaya lagi, betul ke apa yang aku dengar ni?

Waktu Matematik, Cikgu Sadini kasi kitorang pergi hospital tapi dengan menggunakan kaki sendiri. Sampai je, tengok dah ramai budak kat situ. Cikgu-cikgu pun ramai. Kemudian kami diberi peluang untuk tengok wajah arwah buat kali terakhir. Aku tak dapat tengok dekat sebab bilik tu dah penuh. Wajah arwah tenang je, dan arwah lengkap berpakaian sekolah.

Sepanjang aku kenal arwah, tak pernah aku tengok arwah buat benda tak elok. Arwah ni baik orangnya, sangat menghormati guru dan senior. Dan yang ni mungkin tak ramai tau, arwah cuma mengambil masa seminggu untuk menghafal surah Yaasiin.



Setiap manusia tetap akan mati tapi kenangan akan terus hidup buat selamanya-lamanya. 
Al-Fatihah buatmu Zubair. 

Suke? Meh Like sini :)

Thursday, August 16, 2012

Salam Ramadan al-Mubarak

Hai.

Bila dibaca balik tajuk ni, macam tak sesuai sebab sekarang dah penghujung Ramadan dah pun. Sekarang orang dah berduyun-duyun ucap 'Selamat Hari Raya'. Maaflah dah sebulan aku tak update post baru. Bukan apa, aku sibuk sekarang. Macam-macam benda nak kena buat. Korang tak payah la tanya aku buat apa, korang agak je la apa biasa yang dilakukan oleh remaja yang usia 15 tahun. Tau tak?

Apa-apa pun, selamat menjalani ibadah puasa. :)





Suke? Meh Like sini :)