Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Sunday, December 30, 2012

20/12/2012


Hai.

"Weh korang, esok pengetua ajak makan kat pizza, pukul 10am. Datang tau sebab esok last jamuan kita dengan cikgu. Tahun depan cikgu bertugas kat sekolah lain. Kau tolong inform budak lelaki yang lain"
Petikan msg yang aku dapat dari Ecah, bertarikh 19 December 2012.  *dah macam kes jenayah pulak. haha*

A day after we got the result. (20/12/2012)
Pagi tu aku bangun awal dari yang biasa sebab kena hantar ibu pergi mesyuarat kat sekolah. Lepas tu aku gerak pergi sekolah, ambik result. Orang lain ambik semalam, aku ambik lambat sikit. Hehe. Aku tengok kat mak cik kerani tu, ada banyak lagi slip. Woah, gila budak-budak ni. Tak nak ambik ke slip diorang? Haha. Lepas tu, beli buku tulis untuk adik-adik aku. (Tahun depan ada lagi sorang adik aku naik sekolah menengah. Habislah aku, kena bahan dengan budak ni nanti. Haha) Then, dapat msg dari Qila. Katanya datang pukul 11am. Huh? Adoi, lama lagi. = ='  So, aku pun lepak la kat tempat jual buku tu dengan Shaiqal, Syafiq, akak koperasi dan beberapa budak junior yang akan jaga koperasi untuk rehat menengah rendah tahun depan. Hehe. Masa tengah lepak tu, Syakir call aku tanya aku kat mana. Dia cakap dia sorang je kat sana, budak lain belum sampai. Haha, betul semangat nak makan pizza. Dah dekat pukul 11am, aku gerak pergi Bahau.

Dah sampai sana, kitorang lepak dulu sambil tunggu pengetua sampai. Masa nak menunggu tu, aku dengan Hakim pergi kedai topap sebab ada hal sikit. Kesian dia, rugi besar dia petang tu. Haha.






Ini kerja gila. Haha

Bila aku naik je, classmates aku dah ramai sampai. And so, aku terus cari tempat duduk sambil menanti pizza yang diorder dengan penuh kesabaran. Honestly, aku lapar sangat masa tu. Dari malam sebelum tu aku tak makan. Haha. Bila roti bawang putih tu datang, aku ambik sikit sebab dah tak tahan. Lepas tu, waiter tu hantar la menu yang dah di'order' sikit-sikit. Bila dah cukup semua, aku pulak kena baca doa. Haha, takpe lah. Tanpa melengahkan masa yang berharga, aku terus baca doa and nyum nyum. Hehe


Sebelum nak balik tu, kelas kitorang ada la kasi cenderamata kat cikgu. 
Barang tak mahal pun, murah je tapi nak buat macam mana. Itu je yang termampu. Hehe. 
Tapi pengetua cakap, "Bukan dilihat pada nilainya. Tapi keikhlasan hati yang utama" T^T

And after that, sesi fotografi beramai-ramai. Yeah! Haha

The girls.
From left (depan); Wana, Murni, Teha, Athirah, Sushahira
From left (belakang); Fara, Wan, Qila, ex-principal, Mimi, Yun, Syahleen, Sarihah, Ecah


Laki-laki
From left (depan); Syakir, ex-principal, Habil
From left (belakang); Qimie, Hakim, Amirul, Shaiqal, Khairul, aku, Syafiq


And all of us. :) 
Gambar ni aku tak nak bagi tau itu siapa, ini siapa. Kalau nak tau, tengok gambar tadi. Hehe

Aku ingat lagi ayat-ayat cikgu; 'Shame on you!' and 'Sit with your backbone straight'. Ayat ni la mengingatkan kitorang kalau kitorang ni leka. Teacher, terima kasih sebab dah 3 tahun ajar dan sabar dengan kerenah kitorang. Terima kasih terima kasih terima kasih atas segala-galanya!

p/s; kalau nak tengok lagi gambar, klik SINI
Suke? Meh Like sini :)

Friday, December 28, 2012

Result PMR 2012.


Hai.

*sambungan post 'Holiday; 4 - Kuantan'*
Kitorang bermalam kat sana 3 hari, dari hari Isnin sampai Rabu (hari keluar result PMR). Malam tu aku memang terlupa pasal result sampai la mak lang bagi tau, "nampaknya malam ni ada orang yang tak tidur." Haha. Masa tu baru la aku teringat esok keluar result. Malam sebelum result PMR keluar alhamdulillah aku tenang. Sempat lagi lepak kat lobby dengan sepupu aku, minum-minum kat kedai makan, main game sampai 2 pagi, usha awek FB, online Twitter sekejap. Haha

19 December 2012 , Rabu
Aku ingat bangun-bangun je kitorang terus nak check out, pergi sekolah sebab nak ambik result. Lagipun perjalanan dari Kuantan ke Serting tu makan masa 3 jam. Lama gilos. Haha, tapi dibatalkan niat tu bila dapat tau boleh check guna sms je. So lepas breakfast pagi tu, kitorang terus turun ke pantai mandi-manda. Dalam pukul 10.30pagi, ayah dapat msg pasal result tu and alhamdulillah aku dapat 8A. Masa tu kitorang baru lepas mandi laut. Haha, so aku tak la rasa sangat berdebar tu. Bila dah dapat result, kitorang sambung mandi balik. Hehe.

Around 12.30pm, kitorang masuk bilik lepas mandi kolam. Masa nak siap-siap, ayah dapat panggilan dari cikgu (tak dapat dikenal pasti), tanya aku kat mana sebab aku kena naik atas pentas untuk sesi fotografi untuk masuk paper. Reporter yang datang tu Sinar dengan Utusan. Wah! Gila la, Utusan beb. Mesti femes budak-budak ni nanti. Haha. Takpe lah, nak buat macam mana lagi kan? Kalau nak pergi balik masa tu memang dah tak sempat la. And then dapat tau yang sekolah aku ada 6 orang 8A. Tahniah tahniah!

Congrats to them. Straight A's. Good job guys!
From left; Mimi, Wana, Habil, Yun, Fara

And here another one.

Okay, ni list yang dapat keputusan 8A/7A/6A
8A
Habil 
Yun 
Mimi 
Fara
Wana
and lastly, me. Hehe

7A
Hakim 
Wan 
Syakir 
Qila

6A
Ecah 
Zahir 
Amirul 
Teha 
Sarihah 
Syahleen 
Murni

I'm so sorry kalau ada nama yang aku terlupa nak mention.

And so, congrats to all who pass with flying colours. You deserve it. Yang tak dapat capai target tu rileks, mungkin belum rezeki korang. Mana tau kalau rezeki korang masa SPM nanti? Siapa tahu kan? Wallahualam. Tapi itu semua bergantung kepada usaha masing-masing. What you give, you get back. Eh, betul tak? Haha, aku bantai je. Dah lupa la. Haha

Kepada yang tak dapat 8A/7A/6A sila baca ni. *found this on Twitter*


So, jangan sedih-sedih. Korang ada lagi peluang untuk buktikan yang korang boleh berjaya nanti. Yang penting sekarang fokus untuk SPM. InsyaAllah boleh dapat. Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya. Peluang sentiasa ada. :)

p/s; Terima kasih kepada ibu dengan ayah, cikgu-cikgu dan ustazah-ustazah yang sudah mengajar kami selama 3 tahun untuk menghadapi PMR dan orang lain yang banyak berkorban dalam bentuk duit, tenaga, masa dan selalu mendoakan kejayaan kami. Tolong doakan kejayaan kami, batch '97 untuk SPM nanti. :D

p/s/s; Kalau korang nak baca lagi pasal result ni, korang boleh baca kat blog kawan aku. Dia ada kat sekolah masa result keluar. So, korang boleh paham lagi la situasi masa tu. Aku punya story tak macam tu. Hehe
Suke? Meh Like sini :)

Wednesday, December 26, 2012

Holiday~!

Hai.

Tajuk post ni nampaknya macam tak kena dengan situasi sekarang sebab minggu depan dah mula sekolah. Tapi takpe, sebab sekarang ni cuti lagi kan? Haha. Kali ni aku nak cerita sikit ke mana aku pergi sepanjang cuti hujung tahun ni,

1- Thistle Hotel, Port Dickson







Teman Iqbal mandi. Hehe


2 - Swiss Garden Hotel, Kuala Lumpur



 Kolam tu dalam tapi kecik je. Haha





3 - Cameron Highlands (Lupa pulak nama hotel tu.)

 Tea Plantation, Bharat


Kat sana, aku dengan adik aku yang lain pergi jog. Puas berlari-lari, tapi peluh keluar sikit je. Haha


4 - Swiss Garden Kuantan, Pahang. 
Yang ini best sikit sebab pergi dengan sepupu, walaupun tak ramai tapi seronok! Kat sana kitorang banyak habiskan masa sama-sama. Hehe, harap-harap tahun depan ramai yang nak join.



 Abang taiko, Zuhair






Pasal kat Kuantan ni ada sambungannya, nanti aku sambung kat post baru. Hehe

p/s; Post kali ni tak payah nak tulis banyak-banyak sebab orang kata satu gambar mempunyai seribu kata dan makna. Entah la, aku ikut je. Haha
Suke? Meh Like sini :)

Sunday, December 23, 2012

Jamuan Akhir Tahun 3 KRK; Pt 2


Hai. (ini sambungan post sebelum ni, seperti yang dijanjikan)

Lepas dah snap gambar ramai-ramai, kitorang semua berjalan dari Pizza Hut sampai la ke Kiara. Actually, bukan semua yang berjalan. Budak perempuan naik kereta mak Ecah rasanya. Yang lelaki ni takde transport so kena la berjalan. Takpe la, tak jauh pun jarak dari tempat tu nak ke Kiara. Lagi pun, tempat pejalan kaki dah ada tepi tu. Memang la banyak habuk, asap kenderaan tapi boleh la usha awek dalam kereta atau naik motor. Haha.

Kitorang dah sampai, terus beli tiket untuk budak lelaki. Mula-mula tu, gaduh jugak la diorang. Ada yang nak tengok cerita Life Of Pi, ada yang tengok cerita tu, cerita ni. last-last, semua pakat nak tengok cerita menarik, Twilight; Breaking Dawn Part 2! Girls dah beli dulu, semua kirim kat Ecah, Mimi dengan Yun. Yang bestnya, beli tiket tu pun pakai duit kelas. Wahahaha! Punyalah banyak duit kelas, dari makan kat Pizza sampai la beli tiket wayang guna duit kelas je. Haha, seronok! Dah beli tiket, kitorang main game token kat sebelah panggung tu. Kitorang keluar la sikit duit, nak beli token. Hehe. Mula-mula ingat nak masuk KBox tapi tak jadi la, kat dalam tu penuh sesak.

Berbalik kepada game token tadi, aku ada satu cerita menarik. Haha. Masa masuk tempat game tu, aku tengok ramai jugak la orang melabur kat situ. Hari tu akak cashier tu memang masyuk, kejap-kejap ada je orang kasi duit nak beli token. Lepas tu, Hakim tertarik dengan satu permainan ni. Entah apa nama dia. Tapi cara nak main dia, kita kena hentak tempat tu kuat-kuat pakai satu alat tu.


Ha, ni la permainan yang menjadi mangsa tu. Dah jahanam dah pun. 

Dia ada ajak aku hentak sekali dengan dia, tapi aku tak nak. Aku kasi alasan, aku tak kuat. Haha, cikai punya alasan. So, dia main la dengan Zahir. Masa dia hentak sekali, dia dapt highscore; 915! Punyalah kuat! Haha, lepas tu turn Zahir pulak. Zahir pukul tak kuat sangat, tak sampai pun atas. Disebabkan Hakim dapat highscore tadi, dia dapat lagi satu turn bonus. Kali ni dia hentak lagi kuat! Dapat pecah lagi highscore; 930! Gila budak ni! Lepas tu, tempat nak pukul tu naik lagi. Aku pelik, apsal pulak ni?  Dah tu, akak cashier tu datang tengok permainan tu. Rupa-rupanya dah rosak sebab Hakim hentak kuat sangat. Haha. Last-last, aku tarik dia keluar dari tempat tu. Nanti tak memasal akak tu mintak ganti rugi, payah. Haha.

Lepas tu terus beli pop corn. Ingat nak masuk dulu tapi Fara dengan Wan mintak tunggu. Lagipun, Hakim dengan adik aku pergi tandas mas t. Yang lain dah masuk dulu, so, kitorang ni kira yang last la. Bila masuk kat hall 2, tengok cerita lain pulak. Aku tanya abang tu, dia cakap betul la hall 2. Haha, malu malu. Kitorang terus masuk cari tempat duduk dalam gelap tu. Bila aku dah duduk je, terus cerita tu start. Haha.


Cerita ni memang gempak la. Haha, nanti kalau aku rajin, aku buat post pasal cerita ni. 

*After one hour 45 minutes*
Cerita dah habis, keluar terus cari tandas. Haha, sejuk gila weh dalam tu. Mula-mula tak la sejuk sangat, bila dah lama-lama tu menggigil aku. Haha. Bila dah keluar dari situ, aku pergi balik tempat game token tu sebab nak habiskan token. Bila aku masuk dengan budak lelaki, ada sorang akak tu perhati je Hakim main. Haha, dia takut lagi kalau ada permainan rosak kat situ. Aku rasa, Hakim memang dah tak boleh masuk situ. Nanti ada orang asyik ikut je dia. Haha.

Then, aku perasan semua balik macam tu je. Why? Because true friends never say goodbye. :)

p/s; Lain kali kalau balik, bagi tau. Takde la orang risau nanti. -____________________-"
Suke? Meh Like sini :)

Jamuan Akhir Tahun 3 KRK


Hai. (ini lagi satu post lambat, maaf)

1 December 2012
Seperti yang telah dipersetujui semua classmates aku, 1 December menjadi tarikh untuk kitorang buat jamuan akhir tahun. Masa last day sekolah hari tu tak sempat sebab ada macam-macam hal, lagipun masa tu kitorang tak prepare apa-apa. So, nak tak nak kena jugak buat jamuan akhir tahun ni walaupun dah lambat. Kalau tak buat nanti duit yang kitorang kumpul 50sen sehari tu macam mana? Takkan nak burn macam tu je. Nanti tak memasal classmates lelaki aku riot. Haha

Jadi sebelum pukul 2pm, classmates aku pun datang kat venue jamuan, Pizza Hut! Masa tu memang tak sabar dah nak makan pizza. Ada kawan aku sanggup makan roti cicah milo je pagi tu semata-mata nak biar perut kosong sebab nak makan banyak-banyak pizza. Haha, punyalah semangat.


Aku tau la apa yang diorang tengok masa ni, awek rasanya. Haha


Menu kitorang petang tu, kecuali pizza yang kat atas tu. 

Kitorang ada jugak jemput semua cikgu yang mengajar kitorang tapi yang dapat datang ayah aku, Cikgu Suhaimi dengan Cikgu Sadini je. Ok lah tu, janji ada yang datang. Kitorang order 4 keping. Eh? 5 keping. Eh, dah lupa la. Haha. (sebenarnya yang order pizza tu Ecah, Mimi dengan Yun je, hehe) Bila semua dah duduk, waiter tu pun mula menghidang. Firstly, dia letak air (sedap air tu tapi aku tak tau tu air apa, hehe), sotong goreng tepung, roti bawang putih dan sup cendawan. And lastly, the pizza! Nyum nyum! Pizza mesti la sampai last, kalau pizza sampai awal memang yang lain tu tak usik la. Haha. Bila semua dah ada depan meja, Zahir terus baca doa makan dan ngap! Haha




Bila dah habis semua, alhamdulillah kenyang perut. Hehe. Aku rasa puas hati la sebab duit 50sen kitorang kumpul setiap hari tu mampu tampung kitorang makan kat pizza. Aku tak tau jumlah duit kelas tu ada berapa, mungkin RM1000+? Haha. Aku tak tau pun, aku agak je. Bila dah bayar, kitorang ada la snap gambar sikit. Hehe


Smile~! Haa, gambar ni aku buat besar-besar. Senang nak tengok muka. Hehe
From left; Zahir, (duduk, atas) Hakim, adik aku, aku, Khairul, Qimie, Habil, Shaiqal
(duduk, bawah) Cikgu Suhaimi, Ecah, Yun, Wan, Fara, Mimi, Teha, Cikgu Sadini, anak cikgu

Walaupun ada beberapa orang tak datang (Hider, Syakir, Syafiq, Amirul, Magfirah, Wana, Murni, Susha, Sarihah, Syahleen), but we had a great time together! And maybe after 10 years, we will have our reunion on the same date. :) Tak sabar nak tunggu, mungkin masa tu ada yang dah berkahwin, ada yang dah ada anak, ada yang masih bujang, ish tak sabar la! Haha.

And then, movie time! Cerita Twilight; Breaking Dawn Part 2! *nanti aku sambung kat post lain*

p/s; Ouh, I wish I can control the time, and we can all gather and spend our time together. Honestly, I miss them.
Suke? Meh Like sini :)

Saturday, December 15, 2012

Program Giatmara ; Kelab Teknologi Bumiputera

Hai.

Dari 26 - 30 November 2012 (Maaf, cerita ni dah lama tapi takde masa nak update), aku dengan beberapa orang member dapat tawaran pergi program Giatmara. (kitorang memang ada isi borang tu sebelum cuti sekolah. dan memang yang dapat tawaran ni untuk yang terpilih je.)

Masa hari pertama aku rasa excited jugak la sebab aku rasa ramai jugak classmates aku yang dapat tawaran. Bila dah sampai, *sigh* so disappointed. -_______________-"

Tapi takpe, tak kisah sebab ramai jugak member sekolah aku yang datang. Kat sana ada empat kursus; komputer, mengecat kenderaan (airbrush), automotif (part enjin kereta) dan sulaman manik (jahitan). Kos manik tu terpaksa ditunda ke minggu depannya (3 - 7 December) sebab cikgu diorang ada hal.

Aku ambik kos komputer, haha okay lah. Aku nak ambik automotif tu tapi dalam bab enjin ni aku lemah sikit la. Satu benda pun aku tak tau. Haha. Sebelum pergi belajar, kitorang ambik baju dulu kat pejabat Giatmara tu. Dah selesai baru masuk kelas. Dan bermulalah pembelajaran di Giatmara selama seminggu dan semua yang masuk tu secara 'official'nya dah jadi ahli Kelab Teknologi Bumiputera (KTB). Tahniah tahniah.


Ni senior-senior yang belajar kat situ. 
Nampak je muka diorang macam tu tapi dalam bab komputer, fuhh dasat gila beb.


Pali dengan Afiq. Diorang kos automotif.


Budak kos jahitan.

*Maaf budak kos mengecat kenderaan. Aku tak dapat nak masukkan gambar korang.

12 December 2012 or 12/12/12
Cantikkan tarikh tu? Haha. Hari tu (Rabu) kitorang kena pergi Rembau untuk ambik sijil KTB. Kitorang kena berkumpul kat Giatmara pukul 11.30am. Masa berkumpul, aku terkejut gila sebab ramai jugak muka-muka baru yang aku tak jumpa. Bila aku tanya, diorang cakap "Kitorang masuk lepas korang." Ohhh, patutlah tak jumpa. Dan separuh daripada muka baru tu budak kos jahitan. Lepas abang Helmi ambik kedatangan, kitorang bergerak dalam pukul 12.30pm ke Rembau menaiki bas MRSM Serting. Pinjam bas ye. Hehe

Sharp 2.35pm kitorang tiba kat Rembau. Nama tempat tu Dewan Sri Rembau. Masa masuk je, orang dah ramai kat dalam tu. Eh, lupa nak bagitau yang program ni melibatkan semua Giatmara di Negeri Sembilan. So, meriah la kat dewan tu. Kalau tak silap, ada 300 orang peserta KTB tu. Ramai gila. ~. .~


VIP, YB Khairy Jamaluddin selaku ahli Parlimen Rembau tiba dan disambut oleh Adun Rembau (tak tau nama. maaf orang Rembau) orang lain. 


Kemudian terus menyanyikan lagu Negaraku, dan bacaan doa.


After that, speech by Giatmara punya apa entah. Tapi yang aku ingat nama dia orang panggil Kak Yam. Tapi yang boleh panggil Kak Yam tu untuk orang yang besar-besar je, budak-budak tak boleh. Nanti tak memasal di label "kurang ajar". Haha. 


Lepas tu, YB Khairy pulak. Lama gilos diorang punya speech. Dah lapar. -. .-" 
Act, pagi tu aku makan kuih je.


Aku tak tau la budak mana ni, aku main ambik je. Haha

Sampai la ke acara kemuncak, iaitu penerimaan sijil KTB. Yang kesiannya YB Khairy tu la, sebab dia terpaksa sampaikan sendiri 300 sijil tu. Punyalah lama dia kena ada kat atas stage tu. Budak yang dah dapat sijil terus makan. Tak tau malu betul. Sekurang-kurangnya tunggu la VIP makan dulu. Aku tak macam diorang tau. Aku tunggu VIP. *bangga* Hehe

Masa nak makan, aku tengok bihun dah habis. Yang tinggal, oren, jelly laici, karipap yang kurang rasa karipap, donut yang tak berapa lembut dan air tea yang lebih kurang rasanya dengan air kosong. Woow! Yummy! Aku jamah donut tu sikit, minum air tea best satu cawan, makan limau. Dah kenyang. *penipu*

Masa aku sedang mengunyah donut tu, datang sorang abang ni mintak kitorang yang duduk satu meja ni untuk beratur salam YB Khairy. Aku agak abang tu reporter, terus budak-budak ni beratur nak salam. Dengan harapan muka masuk paper Utusan Malaysia. Haha. FYI, akhbar Utusan pun terlibat dengan program ni. Yang budak giatmara daerah lain tengok je. Haha.

 Masa nak salam ni, Afiq beria-ia tolak aku suruh ke kiri sikit sebab nak masuk dalam gambar sekali.
Haha


Tengok Ijam kat belakang tu, sempat lagi posing. Haha


Dah nak sampai pintu, abang reporter tu nak snap gambar. Berebut-rebut budak ni nak masukkan muka. Haha. Aku kat belakang. = ='

Dah sudah tu, terus naik bas pulang ke Giatmara Jempol. Masa balik tu, sempat jugak la aku main PES kat dalam PSP. Bukan aku punya, tu Aidil punya. Haha. Aku tak mampu lagi nak beli PSP, lagipun kat rumah dah ada PS2.

p/s : Ada lagi gambar tapi Sri belum upload kat FB lagi.

p/s/s : Semua gambar ni aku ambik kat orang. Ada je gambar dari kamera aku sendiri tapi gambar tak lawa.
Credits ; Sri , YB Khairyl , Ayun


Suke? Meh Like sini :)

Sunday, December 2, 2012

Konsert Jalinan Budi


Hai.

Aku ingat lagi masa aku baru balik dari pertandingan Bakat Terpendam Ku Serlahkan, aku tak sengaja terjumpa Aisyah dengan Mimi kat dewan terbuka masa diorang nak balik. So, Aisyah bagi tau pasal konsert okestra yang Cikgu Rosli cakap.

"Konsert tu hari Jumaat, 9 November 2012 kat Auditorium RTM di Sungai Gadut, Seremban. Pergi petang, balik malam dalam pukul 10pm. Free je."

Woahh! Masa aku dengar tu, aku excited gila sebab Cikgu Rosli dah cakap pasal konsert ni masa aku form 1 lagi tapi takde apa-apa pun. Haha. Tanpa memikirkan soal ekonomi dunia yang dikhabarkan merudum, terus aku isi nama aku. Haha

Pagi Jumaat tu, ada penyampaian hadiah untuk budak form 3 yang dah masuk pertandingan yang pihak sekolah anjurkan. Sepatutnya aku banyak kali kena pergi naik ambik hadiah tapi aku malas, lagipun aku duduk kat belakang susun hadiah. Hehe. Lepas rehat, Cikgu Muhazir nak jumpa semua budak yang nak pergi konsert tu. Cikgu cakap
"Sekolah kita dijemput untuk menghantar 40 orang pelajar ke konsert ni untuk memeriahkan lagi konsert tu."

Aku naik bas kat Melang. *Tau Melang? Melang tu kat area Kuala Pilah. Kalau tak tau jugak, Google la. Sekarang ni macam-macam kemudahan dah ada. Hehe.* Kitorang berhenti solat maghrib kat Giant Senawang. Berhenti pun sekejap je. Memang sempat untuk solat je. Malam tu, kitorang kebulur. -_____________-"

Dah sampai sana, Cikgu Rosli dah tunggu kat luar. Kitorang semua masuk ikut pintu belakang or backstage. Kat belakang tu boleh nampak la budak-budak yang akan buat persembahan. *Ohh lupa nak bagi tau, semua yang persembahan tu budak sekolah lagi. Yang paling senior pun form 4 sebab masa tu SPM.* Masa nak keluar dari backstage tu, aku perasan ada Hafizi kat situ. Eh? Dia main apa?

Kitorang cari tempat duduk kat atas, betul sebelah VIP. Tapi kitorang terpaksa tukar tempat duduk sebab takut mengganggu VIP. Masa tengah cari tempat duduk, aku perasan ada Ayun, Aina dengan adik-adik dia. Aku terus duduk sebelah diorang. diorang pun duduk line kedua depan. Memang seronok la tempat tu. Haha.

And the show begins!


*bawah ni ada satu video yang aku jumpa kat YouTube. Enjoy!*


Ni list lagu yang diorang nyanyi malam tu :-

  • Drumline Overture ( ni show je, takde orang nyanyi. kebanyakan main gendang. And Hafizi terlibat dalam show ni )
  • Anak
  • Terukir Di Bintang
  • That Thing You Do
  • The Moon Represent My Heart
  • Ombak Rindu
  • Seiring Sejalan
  • Bila Cinta
  • Kisah Hati
  • Kanavellam Neethane
  • Cubit-cubitan
  • Sangkar CInta
  • Ingatan Manis Di Bulan September
  • Nour El Syam
  • Karma
  • Bunga-bunga Cinta
  • Rindu Lukisan
  • Kenangan Terindah
  • Medley In Cinta
  • Seluhur Budi Melunas Bakti
Wallaa! Banyakkan? Haha. Tapi malam tu kitorang enjoy sangat. Kat sana jugak telah menyatukan dua insan. Cheewaah! Haha. Maaf, aku terlupa nak bawak kamera tapi ada dah ada orang yang upload kat FB. Tengok kat SINI. Tapi, jangan macam-macam dengan budak perempuan tu. Dia dah berpunya. Diulangi. DIA DAH BERPUNYA. Haha. Harap maklum. Sekian.


p/s : Harap-harap tahun depan ada lagi. Nak pergi. Haha
Suke? Meh Like sini :)

Friday, November 30, 2012

Bakat Terpendam Ku Serlahkan.

Pada satu hari lepas PMR yang cerah, Cikgu Masri panggil aku, Zahir, Wan dengan Fara. Tanpa banyak tanya, kitorang jumpa cikgu. Cikgu suruh kitorang masuk pertandingan syair. Aku dengan Zahir terus cakap okay sebab pagi tu budak lelaki ada main bola. Memang aku tak tentu arah dah kalau macam tu. Haha

Beberapa hari lepas tu, cikgu panggil aku dengan Zahir. Cikgu cakap pertandingan dah tukar, syair takde, Yang ada menyanyi, azan, nasyid dan sajak. Menyanyi pulak, kena nyanyi lagu yang melambangkan Malaysia. Masa tu budak tengah main sepak takraw, aku takde la fikir-fikir sangat. Aku terus on, masuk menyanyi. Haha. Sebelum balik, cikgu kasi aku tajuk lagu. Aku dapat lagu SM Salim - Selamat Tinggal Bungaku. Bila aku dapat, aku puas fikir lagu apa ni? Tak pernah pulak dengar tajuk dia.

Balik rumah, aku bukak YouTube search tajuk lagu tu. Bila dengar, aku cakap "Klasik gila lagu ni." Serius, aku memang tak pernah dengar. Ini bukan gurauan. Haha. Aku masuk bilik, aku kunci pintu dengar banyak kali. Masa aku dengar tu baru aku fikir balik, betul ke apa aku buat ni?

Lepas tu, skip 4 hari tak datang sekolah sebab pergi Langkawi. Kat sana aku practice dua tiga kali je walaupun notebook aku ada bawak. Haha. Campur hari Isnin aku tak datang sekolah. Pertandingan pulak hari Rabu - 7 November 2012 bertempat di dewan SMK Bandar Baru Serting (BBS). Aku ingat lagi tarikh dan tempat aku debut sebagai penyanyi klasik peringkat daerah. Haha.


 Masa practice. Hewhew




Sekolah aku hantar ramai jugak budak untuk masuk pertandingan tu. Ni ha list budak yang masuk

  • Menyanyi solo - Aku, Zahir, Fara, Syahleen
  • Nasyid - 3 kumpulan ( 1 kumpulan lelaki, 2 kumpulan perempuan )
  • Sajak - Habil, Aishah, Wan, Mimi
  • Azan - Aidil, Hider, Khairul, Ikram
 Team nasyid budak perempuan. 


This is Aidil. Dia masuk 2 pertandingan, azan dengan nasyid. 
Dua-dua dia menang.

Masa nak cabut undi angka giliran, aku kena panggil budak sajak. Bila aku datang balik, tengok tinggal satu je. Masa aku ambik, aku dah boleh nampak nombor berapa. Aku dapat nombor 1. Ceet! Tak payah ambik pun takpe dah. -,-

Aku cuba untuk positifkan diri aku. Macam-macam aku buat dah, tapi tetap berdebar-debar. And, it's my turn. Masa aku pegang mikrofon tu, aku tak perasan yang tangan aku menggigil. Aku tukar pegang mikrofon tangan kiri pulak. And well, sama je. Takde perubahan langsung. Dah tu, aku pegang mikrofon tu dua-dua tangan. Hehe.

Masa ni memang menggigil. Terketaq-ketaq. Haha

Time aku dah ready nak nyanyi, orang yang jaga lagu tu boleh pulak dia play lagu sajak. Aku pergi kat dia, aku tunjukkan lagu yang mana satu. And then, I sang! Tengah feeling nyanyi, orang tu boleh pulak TERSTOP kan muzik tu. Haih, nak buat macam mana. Sabar je la. -,-

Masa dah habis tu, aku perasan Aishah dengan Mimi suruh aku buat pergerakan. Haha. And yess, aku memang tak terfikir langsung nak bergerak. Lagu tu pulak slow, so tak tau nak buat movement apa. Nak menari Zapin, tak kena pulak. Nak menari Sorry Sorry-Super Junior, tak reti pulak. Haha


Dah turun tu, aku buat tak tau terus on notebook aku dengar lagu yang boleh tenangkan aku. Langsung tak berkesan! Haha. Lantak la, yang penting aku dah buat habis baik. Good job, Azhan!



Then, sajak. And lastly, nasyid. Diorang semua hebat-hebat. Aku tengok pun jeles. 

Zahir ; Zapin Budi


 Fara ; Awallah Dondang


 Syahleen ; Bahtera Merdeka


Habil terpaksa jadi bidan terjun sebab ada budak tarik diri.


This was our winner, Wan!


 Nasyid SMKBBS


 Team nasyid yang lain







"Mesti diorang semua menang Aku mesti tak menang."
And like I said, aku tak menang. Haha. Pertandingan lain semua sekolah aku yang pegang nombor satu. Menyanyi je terlepas. Budak SMKBBS  yang menang. And this were the result:-
  • Azan - 1st, Aidil. 2nd, 3rd aku tak ingat siapa. Budak BBS rasanya
  • Nasyid - 1st, kumpulan budak lelaki sekolah aku. 
  • Sajak - 1st, Wan. 2nd, Aishah. 3rd, Mimi.
  • Menyanyi - 1st, budak BBS. 2nd, Zahir. 3rd, Fara.
 Saguhati je. Haha


 That's Fara. Mula-mula dia cakap kat aku dia tak nak masuk. Macam-macam dia cakap.
Aku cakap, kau boleh buat. Terus dapat nombor 3. 





Wakil nasyid (saguhati)


 Wakil nasyid (tempat ketiga, rasanya la. tak ingat la.) -,-

wakil nasyid (first place)







Congrats to all of you. Korang dah buat habis baik. Mungkin aku takde rezeki. At least, aku dapat pengalaman baru dan dah debut sebagai penyanyi klasik. Haha. Sebenarnya, dua buah sekolah je yang menang. Shhh, jangan bagi tau orang lain tau. Haha

p/s; Sepatutnya post ni dipublish dah lama, tapi asyik tertangguh je. -,-

Suke? Meh Like sini :)