Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Friday, November 30, 2012

Bakat Terpendam Ku Serlahkan.

Pada satu hari lepas PMR yang cerah, Cikgu Masri panggil aku, Zahir, Wan dengan Fara. Tanpa banyak tanya, kitorang jumpa cikgu. Cikgu suruh kitorang masuk pertandingan syair. Aku dengan Zahir terus cakap okay sebab pagi tu budak lelaki ada main bola. Memang aku tak tentu arah dah kalau macam tu. Haha

Beberapa hari lepas tu, cikgu panggil aku dengan Zahir. Cikgu cakap pertandingan dah tukar, syair takde, Yang ada menyanyi, azan, nasyid dan sajak. Menyanyi pulak, kena nyanyi lagu yang melambangkan Malaysia. Masa tu budak tengah main sepak takraw, aku takde la fikir-fikir sangat. Aku terus on, masuk menyanyi. Haha. Sebelum balik, cikgu kasi aku tajuk lagu. Aku dapat lagu SM Salim - Selamat Tinggal Bungaku. Bila aku dapat, aku puas fikir lagu apa ni? Tak pernah pulak dengar tajuk dia.

Balik rumah, aku bukak YouTube search tajuk lagu tu. Bila dengar, aku cakap "Klasik gila lagu ni." Serius, aku memang tak pernah dengar. Ini bukan gurauan. Haha. Aku masuk bilik, aku kunci pintu dengar banyak kali. Masa aku dengar tu baru aku fikir balik, betul ke apa aku buat ni?

Lepas tu, skip 4 hari tak datang sekolah sebab pergi Langkawi. Kat sana aku practice dua tiga kali je walaupun notebook aku ada bawak. Haha. Campur hari Isnin aku tak datang sekolah. Pertandingan pulak hari Rabu - 7 November 2012 bertempat di dewan SMK Bandar Baru Serting (BBS). Aku ingat lagi tarikh dan tempat aku debut sebagai penyanyi klasik peringkat daerah. Haha.


 Masa practice. Hewhew




Sekolah aku hantar ramai jugak budak untuk masuk pertandingan tu. Ni ha list budak yang masuk

  • Menyanyi solo - Aku, Zahir, Fara, Syahleen
  • Nasyid - 3 kumpulan ( 1 kumpulan lelaki, 2 kumpulan perempuan )
  • Sajak - Habil, Aishah, Wan, Mimi
  • Azan - Aidil, Hider, Khairul, Ikram
 Team nasyid budak perempuan. 


This is Aidil. Dia masuk 2 pertandingan, azan dengan nasyid. 
Dua-dua dia menang.

Masa nak cabut undi angka giliran, aku kena panggil budak sajak. Bila aku datang balik, tengok tinggal satu je. Masa aku ambik, aku dah boleh nampak nombor berapa. Aku dapat nombor 1. Ceet! Tak payah ambik pun takpe dah. -,-

Aku cuba untuk positifkan diri aku. Macam-macam aku buat dah, tapi tetap berdebar-debar. And, it's my turn. Masa aku pegang mikrofon tu, aku tak perasan yang tangan aku menggigil. Aku tukar pegang mikrofon tangan kiri pulak. And well, sama je. Takde perubahan langsung. Dah tu, aku pegang mikrofon tu dua-dua tangan. Hehe.

Masa ni memang menggigil. Terketaq-ketaq. Haha

Time aku dah ready nak nyanyi, orang yang jaga lagu tu boleh pulak dia play lagu sajak. Aku pergi kat dia, aku tunjukkan lagu yang mana satu. And then, I sang! Tengah feeling nyanyi, orang tu boleh pulak TERSTOP kan muzik tu. Haih, nak buat macam mana. Sabar je la. -,-

Masa dah habis tu, aku perasan Aishah dengan Mimi suruh aku buat pergerakan. Haha. And yess, aku memang tak terfikir langsung nak bergerak. Lagu tu pulak slow, so tak tau nak buat movement apa. Nak menari Zapin, tak kena pulak. Nak menari Sorry Sorry-Super Junior, tak reti pulak. Haha


Dah turun tu, aku buat tak tau terus on notebook aku dengar lagu yang boleh tenangkan aku. Langsung tak berkesan! Haha. Lantak la, yang penting aku dah buat habis baik. Good job, Azhan!



Then, sajak. And lastly, nasyid. Diorang semua hebat-hebat. Aku tengok pun jeles. 

Zahir ; Zapin Budi


 Fara ; Awallah Dondang


 Syahleen ; Bahtera Merdeka


Habil terpaksa jadi bidan terjun sebab ada budak tarik diri.


This was our winner, Wan!


 Nasyid SMKBBS


 Team nasyid yang lain







"Mesti diorang semua menang Aku mesti tak menang."
And like I said, aku tak menang. Haha. Pertandingan lain semua sekolah aku yang pegang nombor satu. Menyanyi je terlepas. Budak SMKBBS  yang menang. And this were the result:-
  • Azan - 1st, Aidil. 2nd, 3rd aku tak ingat siapa. Budak BBS rasanya
  • Nasyid - 1st, kumpulan budak lelaki sekolah aku. 
  • Sajak - 1st, Wan. 2nd, Aishah. 3rd, Mimi.
  • Menyanyi - 1st, budak BBS. 2nd, Zahir. 3rd, Fara.
 Saguhati je. Haha


 That's Fara. Mula-mula dia cakap kat aku dia tak nak masuk. Macam-macam dia cakap.
Aku cakap, kau boleh buat. Terus dapat nombor 3. 





Wakil nasyid (saguhati)


 Wakil nasyid (tempat ketiga, rasanya la. tak ingat la.) -,-

wakil nasyid (first place)







Congrats to all of you. Korang dah buat habis baik. Mungkin aku takde rezeki. At least, aku dapat pengalaman baru dan dah debut sebagai penyanyi klasik. Haha. Sebenarnya, dua buah sekolah je yang menang. Shhh, jangan bagi tau orang lain tau. Haha

p/s; Sepatutnya post ni dipublish dah lama, tapi asyik tertangguh je. -,-

Suke? Meh Like sini :)

Saturday, November 17, 2012

Trip Langkawi 1-4 Nov 2012

Hai.

1-4 November lepas, aku ikut rombongan sekolah ke Pulau Langkawi! Kebetulan pulak adik aku, Najibah ada trip sekolah dia pergi Terengganu 1-3 November. Dia balik awal sikit. Sebenarnya, aku nak buat post ni lepas balik dari trip tu tapi penat la. Haha. :b

1 November 2012 - Khamis
Kitorang kena berkumpul kat sekolah sebelum pukul 9 malam. Petang tu, aku dah siap gunting rambut dah. Siap buat fesyen holiday gitu. Haha. Dalam pukul 9.10pm, bas pun bergerak ke destinasi.

2 November 2012 - Jumaat
Dah beberapa kali aku tidur bangun tidur bangun, akhirnya kitorang singgah kat RnR Gurun, Kedah. Cikgu kasi kitorang masa dari 5.30am sampai 7.30am untuk tukar baju, solat subuh dan sarapan. Aku sempat jugak la mandi kat sana. Haha. Lepas solat, kitorang sarapan sama-sama.


Let me introduce to you, from left ; Ijam, me, Aidil, Zahir, Shamsul, Azfar and Syakir. 
(Act, Hider dengan Nazmi takde. Diorang pergi shopping kat Shell rasanya.)




Lepas snap dua tiga gambar, bas pun bertolak pergi ke Padang Besar, Perlis. Perjalanan nak pergi ke sana kitorang tak rasa jauh sangat sebab kitorang layan Maharaja Lawak Final. Walaupun Astro dah ulang rancangan tu banyak kali, tapi kitorang layan jugak. Haha. Tup tup dah sampai Padang Besar. Kitorang boleh jalan-jalan kat situ dalam 2 jam. Haha. Lama gila weyh, kedai pun baru nak bukak.







Lepas round satu bangunan tu, Jumpa Ustaz Asyraf kat kedai minum. Rezeki kitorang agaknya, datang-datang je ustaz cakap nak belanja air. Hehe



Nampak orang yang berjanggut tu? Tu la Ustaz Asyraf.









Tepat pukul 11.30am, semua kena naik bas. Lepas ni nak bertolak pergi Jeti Kuala Perlis pulak. Sampai kat jeti tu, kitorang berkumpul kat satu tempat. Kat sana memang sesak sebab jeti tu dalam proses menaik taraf.  Dengan pelancong asing, dengan rombongan sekolah lain. Ramai gila manusia kat situ. Tak lama lepas tu, sampai la feri kitorang. Maka, bersesak sesak la orang nak masuk feri yang dah ditunggu-tunggu. Tour guide kitorang dah tau mana kitorang duduk dan diorang panggil kitorang masuk lalu pintu belakang. Masa nak pilih seat tu, memang tak tentu arah. Orang ramai masuk macam tu je, ruang kecik pulak tu. = ='














After a moment, we reached Langkawi Island! Yeah! Sampai sana, kitorang parking barang-barang kat satu tempat dan boleh la pergi jalan-jalan sementara tunggu bas sampai. Laki-laki pergi Dataran Helang dulu, nak snap-snap gambar. Kat sana memang ramai pelancong asing. Lepas snap dua tiga gambar, kitorang sempat snap dengan budak kacukan arab-cina, rasanya la. Tapi dia memang cun. Haha. Dah penat snap, kitorang pun pergi makan apa yang patut. Mahal seyh! Nak buat macam mana, makan je la. -,-











Dengan tourist yang aku cakap tu. Tapi tak nampak sangat muka dia. -,-


Gambar ni entah bila ambik pun aku tak tau. Tapi bila aku tengok balik, dah macam 1D dalam video OneThing dah! Haha




Sirap bandung. :)



Makan time!




Habis je makan, abang tour guide tu cakap bas dah sampai. So, semua bergerak ke bas dan menuju ke hotel. Yeah! On the way ke 'hotel', kitorang nampak banyak hotel besar-besar. Mana satu la agaknya 'hotel' kitorang. Haha.

Then, sampai kat 'hotel'. Rupa-rupanya, bukan hotel tapi motel! Haha. Takpela, janji ada tempat nak tidur. Aku sebilik dengan Shamsul, Zahir dengan Hider. Lepas dapat kunci bilik, kitorang rehat, keluarkan barang, sepahkan bilik. Haha. Disebabkan kat motel tu hanya rombongan sekolah kitorang, Shamsul dengan Hider pergi ambik sabun dengan bantal banyak-banyak  Mana diorang tak ambik, pintu bilik tu pun tak bertutup.  Haha.

Annnd welcome to the hotel! Opps, sorry. Motel! 


It's Seri Manis Motel. Manis la jugak. Haha












Jersi yang sempat beli kat Padang Besar. 
Tottenham = Hider.
Man Utd = Zahir.
Real Madrid = Nazmi.
Chelsea = Me. :D


It's same right? Haha


Sebelum pergi dinner, kitorang sempat tengok cerita Naruto. Walaupun dapat tv kecik, kitorang rasa lagi seronok pulak bila tengok ramai-ramai. Haha. Dalam 8.15pm, kitorang bersiap-siap dan terus dinner kat luar.

Lauk untuk dinner. Sedap air sirap tu. Haha










After that, free! Kitorang boleh pergi ke Pekan Kuah tapi berkumpulan dan balik sebelum 10.30pm. Berjalan je pun, tak jauh sangat dari motel kitorang. Malam tu kitorang pergi asing-asing sebab budak laki-laki malas nak tunggu budak perempuan. = ='

Shamsul dan buah hati. Haha




Masa diorang snap dengan topeng tu, aku perasan akak cashier tu asyik pandang je diorang. Marah gamaknya. Haha











Kitorang semua decide nak beli barang malam esoknya sebab malam tu nak pergi jalan-jalan je. Hehe. Cuma aku ada la beli Ferrero Rocher. Budak lain pun ada la beli sikit untuk makan-makan kat bilik. Dah balik tu, kitorang borak-borak kat lobby. Nazmi dengan Azfar ikut abang drebar bas pergi CC. Haha. Lantak la diorang.

Malam tu, meja dalam bilik tu bersepah-sepah. -,-


3 November 2012 - Sabtu
Cikgu pesan malam semalam bangun awal, 7.30am kena breakfast. Aku TERbangun pukul 5.30am tapi aku tidur balik. 7.15am baru kitorang bangun, tu pun sebab Zahir kejut. Tak lama lepas tu Syakir datang nak tengok kitorang dah bangun ke belum. Haha. Terima kasih bro. Kalau tak kitorang mamai lagi. Aku tengok kat luar cikgu tengah makan. Kitorang pun kelam kabut la, mandi pun tak lagi. Tapi kitorang mandi kejap je, 20 minit dah siap. Hehe

Lepas breakfast, kitorang naik bas semalam dan ada lagi satu tour guide yang memang khas untuk kat Pulau Langkawi. Nama abang tu Abang Lan. Dia kalau bab bercerita, memang seronok dan dia akan bercerita sepanjang perjalanan kitorang ke tempat lain. Kalau jauh, lama la abang tu bercerita. Mula-mula, kitorang pergi ke kedai kain batik. Ramai yang beli belah kat sana tapi aku tengok je. Abang Lan ada pesan kalau nak beli kain batik boleh tapi jangan lebih dari 3 sebab nanti kastam rampas.



Gudang Batik Jawa Asli.


Then, kitorang ke kilang perusahaan minyak gamat. Bukan minyak je ada kat sana, tapi macam-macam lagi. Aku tak beli pun, kat rumah ada banyak lagi tak pakai. Hehe. Nazmi pergi sana beli pistol getah. = ='





Rasanya ni tempat proses gamat







Kepada yang tak kenal gamat, ni ada gambarnya. Yang melekat tu la gamat




Bas yang dah bawak kitorang pusing pulau.

Dah sudah beli minyak gamat, kitorang pergi ke Makam Mahsuri. Jarak antara satu tempat ke tempat lain tak jauh pun. Tak sempat pun aku nak tidur. Hehe. Kedatangan kitorang disambut dengan muzik caklempong. Masa persembahan tu, budak lelaki paling fokus walaupun dah biasa dengar kat sekolah. Kenapa? Sebab kakak tu cantik. :D













Tu gambar Mahsuri.


Abang Lan cakap, buaian tu pernah digunakan oleh Mahsuri masa dia kecik. 


Telaga Mahsuri.


Sawah padi yang ada sebelah Telaga Mahsuri


Makam Mahsuri.


Diaorang sempat snap dengan akak yang buat show caklempong. Akak ni pun rupa-rupanya penyanyi. 


Kitorang spend time kat situ lama jugak. Lepas tengok dokumentari pasal Mahsuri, kitorang terus keluar sebab dah lambat. Lepas tu, kitorang pergi ke tempat Beras Terbakar. Abang Lan cakap, 

"Kejadian beras terbakar ni terjadi masa Siam menyerang Pulau Langkawi. Pembesar kat Langkawi ( lupa nama ) nak sorokkan beras dari Siam dengan tanam beras tu, tapi Siam dapat tau dan bakar semua beras. Biasanya beras yang terbakar ni akan keluar dari tanah dalam bentuk hitam dan keras, sebijik macam batu. Orang tua dulu-dulu selalu ambk dan buat perubatan tapi sekarang dah dipagar takut generasi lain tak dapat tengok lagi." 

Masa dah sampai, Abang Lan cerita, 

"Kalau turun nanti, jangan pandang kiri kanan. Takut hilang! Sebab dulu pernah berlaku kat satu rombongan sekolah, masa turun bas cukup 3 orang cikgu 35 orang pelajar. Bila dah sampai kat tempat tu, tengok tinggal 1 orang cikgu 4orang pelajar je. Yang lain hilang! Haha, nak tau kenapa? Sebab kat sana nanti banyak gerai-gerai jadi nanti kalau pandang kiri kanan, ada singgah kat kedai situ, kedai sini. Nanti tinggal berapa je. Haha." 

Haha. Kitorang ingatkan apa tadi. Pandai abang tu cerita. Respect la! Masa turun bas, ada orang snap gambar kitorang. Semua cover muka masing-masing masa turun. Haha



Yang kat dalam pinggan tu la sebahagian Beras Terbakar








Dengan Puan Datin. Haha


Lepas tu, Abang Lan bawak kitorang semua makan kat satu gerai makan.Yang speselnya kedai makan tu, minum air free! Kalau nak bungkus, kena bayar la RM1. Shamsul dengan Zahir tak bayar langsung terus blah macam tu. = ='  Haa, ni rasanya ramai tak tau. Masa kitorang dah nak balik, aku perasan ada sorang budak perempuan ni elok je jalan dengan kawan-kawan dia. Mula-mula aku buat tak layan. Lepas tu Aisyah perasan yang tu budak hot Facebook! Eh? Aku tengok balik, baru aku kenal siapa. Rupa-rupanya tu Ima. Tak kenal? Try search kat FB korang taip Ima Sahaja. . Masa tengok kat FB, tengok macam biasa je. Bila dah dapat tengok face to face ni, "Comel rupanya kakak Ima tu. Aku baru tau." Ceewaaah! Haha. Gambar? Takde la. Dia nak makan, lagipun malu la aku. :3  Masa nak naik bas, ada orang jual gambar kitorang masa turun kat Beras Terbakar tadi. Aku pun belilah, RM5 je. Ramai jugak yang beli. Nak buat kenangan. :)

Lauk aku masa lunch. Jadilah. Hehe


Perut dah kenyang, so kitorang bergerak ke Cable Car. Jarak nak ke Cable Car tu agak jauh sebab tempat tu macam kat pedalaman, jalan lak macam Bukit Putus. -,-

And finally, we reached Cable Car! Yeay!




Nak masuk ke kawasan Cable Car tu kena lalu jambatan gantung. Bawah tu ada air dari air terjun. Mencabar lalu sini, siap goyang-goyang. Haha




With a couple of tourist. :)






Aku sempat la naik benda ni dengan Hider sementara tunggu gilirang kitorang naik cable car. Bayar RM10 untuk 15 minit. Tapi main 10 minit je, cikgu dah panggil. -,-















Tourist from Marukku. Eh, Moroco. Haha








Untunglah Zahir kena peluk. Haha





What a beautiful scenery!








Masa nak balik tu, terserempak dengan Nadia AF. Eh, aku lagi rendah la dari dia. :b


Then, kitorang turun dan naik bas balik. Kitorang tak boleh lama-lama kat atas sana sebab kena pergi Kilim Geoforest Park pulak.

Tak lama lepas tu, welcome to Kilim Geoforest Park! Kitorang sampai bukan terus turun kat jeti tu, tapi kena berjalan sikit sebab bas tak boleh masuk kat situ.





Firstly, we going to Gua Kelawar.




Model pokok bakau. 








Next, Sangkar Ikan
Visit a couple of stingray named Fatimah and Omar. And lagi 2 ekor tapi dengar khabar 2 ekor tu dah mati. 



"Kalau nak tau, ikan pari berekor putih 100% tak berbahaya"
Kata abang tu la


Explanation about belangkas.


Nazmi's solo stage. Haha


Nazmi cakap lepas letak belangkas kat rambut dia, kepala dia gatal-gatal. Haha



Ni aku tak tau apa nama tempat. Abang drebar tu cakap, ni tempat kasi helang tu makan.


Pokok bakau. Saja letak gambar ni. Hehe


Covering my pimples, maybe. Haha




See that? It's like Red Indian Apache


Pulau Kasut

Baby face


And finally, to the open sea! Abang tu cakap, boleh nampak Thailand tapi aku tak nampak apa-apa pun.
Warna laut kat situ memang cantik. Rasa macam nak terjun je. Haha














Seluar Shamsul basah lepas abang drebar tu lap habis. Haha







And after the amazing adventure, we went back to the small jetty. Sebelum bertolak ke tempat lain, cikgu suruh kitorang solat dulu kat surau. Takut nanti tak sempat nak solat kat motel. So, lepas je solat terus la naik bas. Ingatkan kitorang yang paling lambat sampai, rupa-rupanya, ada lagi budak perempuan kat surau. Masa tunggu diorang tu, hujan pun turun. Merasa la diorang hujan kat Langkawi. Hehe

Ingatkan terus balik, tapi kitorang singgah kat Idaman Suri. Aku tengok cikgu-cikgu banyak betul beli barang-barang. Aku pusing-pusing je kat situ, tak nak beli apa-apa. Budak ni cakap, kat Haji Ismail Group murah. Lepas aku dah pusing kedai tu tiga empat kali, aku ajak Shamsul, Zahir dengan Nazmi jalan-jalan kat luar. Rupa-rupanya, ramai jugak lepak kat kedai beli makanan dengan minuman yang ada. Aku perasan Cikgu Suhaimi elok je borak dengan siapa tak tau, kawan dia kot. Yang paling kesian, kawan aku yang ada kontrak dengan cikgu untuk angkat barang. Haha.

Singgah lagi kat satu tempat, Rams. Kalau tak silap aku, dulu aku datang takde pun tempat tu. Cikgu Suhaimi cakap bangunan tu memang baru dibangunkan. Aku kat situ tak beli banyak, beli coklat Kisses je. Hehe. Simpan sikit duit, malam nanti beli lagi. On the way nak naik bas, aku ada nampak budak perempuan shopping baju. Aku pun beli la satu. RM5 je pun. Hehe. Sampai kat motel dalam pukul 8.15pm.


Balik tu letak je barang dalam bilik, cikgu panggil suruh makan sebab ramai orang check in kat motel tu hari tu. Masa nak ambik makanan, aku perasan Hider kena soal siasat dengan sorang akak yang kerja kat motel tu. Haha. Aku dah agak, mesti pasal bantal. Bila akak tu keluar, akak tu 'rampas' 5 bantal. Aku tanya Hider, apa kau cakap. Dia cakap
"Semalam budak-budak ni tidur kat dalam ni ramai-ramai"

Nasib baik Hider pandai buat alasan. Kalau tak, mesti kena marah dengan cikgu. Haha. And we had our dinner. Yaay! Masa dinner, cikgu cakap esok pukul 7am, kita sarapan dan terus check out sebab feri kita pukul 8.30am. Jadi kena kemas barang malam tu. 

Lepas mandi, kitorang semua gerak pergi ke Pekan Kuah. Kitorang pergi lambat kot, dah dekat pukul 9pm rasanya. Mula-mula, kitorang attack Haji Ismail Group. Shopping coklat banyak-banyak! Haha. Tapi aku ni jenis yang tak berapa minat dengan coklat, so aku cuma beli apa yang ibu pesan : Kisses, Ferrero Rocher dengan Kacang Gajus. Barang aku tak banyak so aku volunteer kat budak perempuan untuk angkat barang. Kebanyakan diorang memang dah target untuk habiskan duit malam tu jugak. Mana taknya, beli coklat banyak-banyak. 

From left, Fatihah, Fara, Aidil, Wan, me, Aishah. 
Zahir yang kat bawah tu





Masa nak gerak tempat lain, aku perasan budak lelaki yang tinggal dengan group tu cuma aku, Ijam dengan Aidil. Puas aku call diorang, rupa-rupanya diorang kat CC. Suka hati koranglah. = ='

Jalan-jalan kat pasar malam. Tapi aku rasa, pasar malam tu bukak hari-hari.








10.15pm. Sepatutnya kena sampai sebelum 10pm. Cikgu Suhaimi telefon Aqila, tanya mana budak ni. Cikgu pergi jemput diorang naik kereta yang cikgu sewa. Haha. Entah bila cikgu sewa kereta tu pun aku tak tau. Lepas hantar dulu budak perempuan, cikgu datang balik nak jemput aku dengan 4 lagi budak perempuan. Ingatkan terus balik, tapi cikgu bawak kitorang jalan-jalan pergi jeti, pantai. Haha. Tapi pantai tu gelap, tak nampak apa-apa pun. -,-

Balik tu, aku online sekejap pakai notebook kat lobby Datang la Aishah, Mimi, Wan, Fara, Fatihah, Hider, Ijam. Fatihah pun rupanya bawak notebook dia. Kitorang borak-borak. Haha. Budak ni ajak aku pergi minum kat kedai, boleh tengok bola sekali. Aku malas nak ikut. Then, Cikgu Suhaimi balik. Cikgu cakap dia baru lepas minum. 12.15am, baru budak yang pergi minum tadi balik. Malam tu, lama gila kitorang borak. Sampai tak perasan dah pukul 1am. Haha. Barang tak kemas lagi. -,-

Masuk bilik, aku kemas terus barang aku. 1.30am baru tidur. Fuhh

4 November 2012 - Ahad.



Meja dah bersih. Haha


Aku bangun awal sikit. Tu pun Zahir yang kejut. Siap-siap terus sarapan, check out. Dah sampai kat Jeti Kuah, baru perasan yang ustaz tertinggal kat motel tu. Tapi barang ustaz dah masuk dalam bas. Haha. Tapi kitorang masuk dulu dan tunggu ustaz kat satu tempat.








And again, sesak masa nak naik kat feri. Masa tour guide kitorang yang dari serting tu dah nak masuk feri, dia jerit
"Rombongan Along naik seat atas! Tempat duduk VIP!"

Bangga rasanya. Haha. Aku, Shamsul dengan Zahir kena tolong angkat barang ke dalam feri. Memang penat la kerjanya.



Bila semua barang dah habis, aku masuk ambik tempat duduk. And our ferry departed! Masa feri bergerak, Shamsul dengan Zahir ajak Cikgu Suhaimi keluar pergi kat belakang feri tu. Aku join. Bial bukak pintu tu, bunyi macam bising sikit. Angin kat luar tu kuat betul. Seronok duduk luar tu. Baru snap dua tiga gambar, ada abang yang kerja situ suruh masuk. Dia cakap penumpang tak boleh keluar masa feri bergerak. Bahaya. Okayy.







After awhile, Jeti Kuala Perlis! Aku perasan ada rombongan sekolah rendah dari Negeri Sembilan jugak, sekolah mana entah. Lupa pulak. Hehe.



Lepas tu, cikgu suruh parking barang kat satu tempat sambil tunggu bas sampai. Dah masukkan barang, kitorang terus berangkat pulang.




Sebelum balik, kitorang singgah Pekan Rabu, Alor Setar. Budak lelaki tak tau nak beli apa. Kitorang lucnh, terus masuk bas balik. Malas nak pergi jalan kat situ. Haha.






Ada la kitorang singgah kat RnR. Ingat nak beli jambu tapi masa tu aku ada masalah ekonomi. Haha. Makan malam kat RnR Ulu Bernam, kot.


p/s: Lama gila aku nak siapkan post satu ni. :)  Ohh, if you want to see more picture, click here and here. :)  And if you want to read another story about this trip, click here.

Credits (Picture) ; Cikgu Suhaimi, Ijam and Aidil, Mimi

Suke? Meh Like sini :)