Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Saturday, October 29, 2011

Congrats Negeri Sembilan!


'Apa? Terengganu dah dapat gol?! Cis!'

Ini reaksi aku bila tengok bola msuk ke dalam gol Negeri Sembilan. Ingin saja aku mencarut dengan kuat tapi dibatalkan niat memandang masih ada 30 minit sebelum masa tamat. Penyokong Terengganu pun memekak sambil bersorak keriangan. Aku hanya terdiam kaku melihat jaringan tadi. Tiada apa yang dapat dikatakan lagi.


Dan secara tidak bersedia untuk menjerit, Kunalan yang berniat untuk menghantar bola kepada Hai-O terus menyepak dan secara tiba-tiba, GOL! Wah! Ajaib ni! Penyokong-penyokong Negeri Sembilan kembali memekak-mekak tanda gembira. Aku yang berada di rumah menghempas-hempas kusyen beberapa kali kerana terlalu gembira sehingga ibu marah. Mujur ibu ada, kalau tidak kusyen tadi mungkin tinggal sejarah.


Pemain Negeri Sembilan kembali bersemangat untuk mencari gol kemenangan. Dan trimas kepada Hai-O yang menghasilkan jaringan cantik daripada cross Shukor Adan. Tergamam penyokong Terengganu. Masa untuk pasukan Penyu semakin suntuk. Dan akhirnya tiupan wisel penamat dibunyikan.

Aku pula menjerit kepuasan sehingga mengejutkan anak jiran sebelah yang sudah tidur. Maaf ya.







Tahniah!



Suke? Meh Like sini :)

Friday, October 28, 2011

Running Man

Holla! Kali ni, aku akan ceritakan sikit pasal rancangan TV korea, Running Man. Dah episod ke 46 baru aku tau kewujudan cerita ni. Sekarang dah masuk episod ke 50. Memang tergelak-gelak la bila tengok cerita ni. Petang Jumaat, aku mesti menghadap tv tengok Running Man. Tak pernah miss!


Dalam episod ke 50 ni, Running Man buat pengembaraan kat Thailand. Rancangan yang dibintangi oleh Lee Kwang Soo, Yoo Jae Suk, Kang Gary, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, Haha dan Ji Suk Jin. Dan kali ni ada 2 orang artis jemputan iaitu Kim Min Jung dan Nickhun(2PM).


kwang soo, yang paling tinggi antara semua


gary, monday couple with ji hyo


suk jin, bespren jae suk


ji hyo, monday couple with gary


jong kook, lelaki berkuasa atau lebih dikenali sebagai Komander


jae suk, hos rancangan


haha @ haroro


jong ki(dalam ep 50, dia takde)


artis jemputan, nickhun!



artis jemputan, min jung!


Sorry, aku terus skip. Sampai 1 babak, diorang pergi rumah Nickhun. Yang peliknya, semua ahli keluarga dia ada kat situ. Aku pun fikir balik, bukan ke Nickhun ni orang Korea? Kalau family dia orang Thailand, maknanya dia orang Thailand la. Tapi macam mana pulak la dia boleh jadi artis Korea? Ahh! Layan dulu Running Man! Habis je Running Man, aku buka internet. Oh! Rupanya si Nickhun ni orang Thailand. Patut la.

Opp, lupa nak cakap yang cerita ni hanya ada kat pelanggan Astro Beyond yang ambil pakej HD. Yang takde tu jangan sedih-sedih sebab aku da jumpa kat mana tempat nak tengok cerita ni.

Klik bawah ni


Suke? Meh Like sini :)

Thursday, October 20, 2011

Pahit Getir Final Exam

Lolololololo. So happy final exam sudah habis! Let's shout to release your tension! C'mon!

Huarghhhh!

Tak berani nak tunjuk muka aku masa menjerit. Karang, risau reader terkejut pulak. OK, kembali ke tajuk sebenar.

Soalan final exam. Ahh, tak payah cakap la. Gerenti la tahap gila-gila babun untuk yang malas baca buku. Nasib baik la aku tidak di golongan yang macam tu. Dan nak tau target aku kali ni? Aku target 8A1!

Whatta fish?! Yeah, whatta fish! Memang aku target tinggi-tinggi. Yela, nanti kalau sikit je A, kena turun kelas. Apabila turun kelas, tiadalah kelas Muzik. Nooooooooooo! Aku akan bertahan kat kelas aku. Harap-harap dapat 8A1. Aminn!

Lagipun, boring la bila tengok takde langsung budak lelaki dapat cabar budak perempuan. Dan kalau dapat 8A1 atau 7A, aku mungkin dapat beli BlackBerry dan pergi jalan-jalan di Singapura! Wohooo!

Aha! Dan aku takkan putus-putus support Negeri Sembilan untuk sampai final Piala Malaysia dan jadi juara Piala Malaysia 2011. Hobin Jang Hobin!


Suke? Meh Like sini :)

Sunday, October 9, 2011

Sunday, No Activities


What a lazy Sunday! Hari ni, asyik nak tidur je. TV? Takde rancangan best. Game? Dah muak. Asyik menang je. FB? No new stories.

You! Stop you're day dreaming! Read your book now!




Yes sir! Masa untuk baca buku dengan 'sedikit pemandangan indah dan angin petang'. Fuhh~

Suke? Meh Like sini :)

Tuesday, October 4, 2011

I Made It!



Setelah sekian lama membodek pegurus Manchester United, akhirnya aku berjaya mendapat tempat kesebelasan utama dalam pasukan itu.

Sir Alex Ferguson memberi peluang kepada aku mengisi ruang penyerang yang di tinggalkan oleh Tevez yang sakit perut ketika itu selepas aku belanja beliau dengan lempeng cicah sos cap Aminah sambil tengak drama petang-petang.



Ha! Nampak tak aku sebelah Van Der Sar tu?


Abg Ngah (kanan,bawah) mengambil tempat David Ngog gamaknya



Suke? Meh Like sini :)