Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Saturday, December 31, 2011

Tata Cuti~

Hai.

Disebabkan cuti hampir habis, perasaan berdebar-debar nak ke sekolah tu memang ada kat dalam diri aku walaupun dah 2 tahun masuk sekolah menengah. Tak tau sama ada berdebar nak jumpa kawan-kawan atau nak menghadap buku 7 jam. Tapi yang penting, PJ! Memang tak boleh ditahan lagi kesabaran untuk menyepak bola. Bagi aku, dapat sepak bola dapat hilangkan stress.

Masa lapang, aku akan baca balik post-post aku. Oh my card! Ayat aku totally berubah. Punca? Maybe sebab menghadap komputer 6jam untuk siapkan karangan. Mungkin ayat aku tidak menyentap jiwa, tapi aku berjaya siapkan jugak.

Oh, Aleeza. Hope you can find friends in Sabah! Chill ok!
Suke? Meh Like sini :)

Monday, December 26, 2011

Last Week Of Holiday

Ok. Seperti semua sedia maklum, sekarang cuti dah hampir ke penghujungnya dan 2011 akan menutup tirai lebih kurang seminggu. Dan aku mendapat kejutan yang tak sangka-sangka, ibu beli Samsung Galaxy Tab dan ni post pertama aku guna tab yang semakinmenjadi kegilaan para peminat barang elektronik.

Sebelum tu takziah kepada keluarga Muaz sebab ayahnya telah meninggal. Al-fatihah.

Minggu last ni bukannya ada aktiviti menarik seperti menangkap belalang atau menghalau lalat, namun masa lapang diisi dengan membaca buku teks. Iyalah kan, buku teks dah dapat awal. Dah takde kerja sangat, baca buku la. Ada juga faedahnya.

Semalam pergi sekolah sebab ada mesyuarat pengawas untuk tahun 2012. Cikgu cakap tak nak macam tahun ni, lambat buat perlantikan. Dalam pukul 10 pagi habis, aku pergi kelas lama untuk ambik buku-buku tulis yang tertinggal, hari tu tak sempat ambik. Punyalah hampa sebab buku semua kena buang. Sayonara buku~

Kedudukan kelas pun dah bertukar. Sepatutnya Form 3 duduk kat dewan tapi bertukar, kami kena belajar kat tingkat 2, tempat Form 2 dulu. Haish. Kelas kitorang punyalah 'unik'. Kipas macam kipas pembunuh. Bahaya!
Suke? Meh Like sini :)

Thursday, December 22, 2011

Result PMR 2011

Hula! Ha, sesiapa yang selalu tengok perkembangan blog aku mesti dah perasan yang blog aku ada perubahan contohnya aku dah pasang lagu ( maaf, lagu korea sahaja. lagu lain tak dapat menawan hati ) dan wallpaper belakang yang hanya 10% yang dapat dilihat. Hampeh!

Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah satu peperiksaan besar yang wajib untuk pelajar Tingkatan 3. Dan apabila mencecah umur 15 tahun, mulalah mengeluh, risau, tiba-tiba terasa tekun dan macam-macam lagi perasaan lebih-lebih lagi kepada kelas depan. Terasa sedikit beban yang dipikul memandangkan kelas depan ialah kelas harapan guru-guru untuk mendapat keputusan yang 'kaw-kaw'.


Dan tahun depan, 1 Januari 2012 secara rasminya aku menjadi pelajar Tingkatan 3 ataupun dengan bahasa yang selalu budak-budak pakai : PMR Victim. Walaupun aku masih berumur 14tahun sehingga 20 Febuari, aku akan cuba untuk tekun, rajin dan akan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru walaupun terpaksa menempuh duri ranjau yang boleh melemahkan mental mahupun fizikal. Itu azam aku!

SMKSJ, berapa orang agaknya 8A?
Suke? Meh Like sini :)

Friday, December 16, 2011

Having Fun In Port Dickson!


Pada mulanya, kami berhasrat untuk ke Perak tahun ini. Tetapi akibat ekonomi dunia yang meleset tempoh hari, kami hanya ke Port Dickson. Gila. Gegar keting dengar bila nak ke PD. Tak sabar-sabar rasanya. Iyalah kan, holiday ini aku pergi dengan sepupu. Punyalah ramai!

Malam, aktiviti biasa bagi seorang belia yang sihat ialah ke lobby hotel dengan membawa RM3 untuk ditukarkan kepada token. Bukan nak main game, tapi snooker. Dah lama gila tak main sampai nak pukul bola pun tak betul.

Bergambar adalah satu benda yang penting. Setiap saat, mesti ada kamera yang ada untuk merakamkan detik-detik manis. Bawah ni ada la sikit gambar-gambar kami.









Suke? Meh Like sini :)

Tuesday, November 29, 2011

Jambori Pengakap


Hello blogers! Dah lama aku tinggalkan blog aku sampai ada yang tanya 'bila nak update blog?' Amboii, tak sangka pulak ada yang ikut perkembangan pasal aku. Dengan air mata yang berlinangan laju seperti sungai, aku cakap 'tak lama lagi. ko tunggu lah'

Mungkin semua tak tahu yang aku pergi Jambori Malaysia Ke-12 dan Terengganu International Scout Jamboree 2011. Aku pergi ni bukan 2-3 hari tapi SEMINGGU! Dan aku pun mula fikir yang bukan-bukan. Nak tarik diri dah terlambat pulak sebab nama dah hantar, baju pun dah beli. Aku dengan sedikit perasaan risau, aku pun pergi. Opp, lupa nak bagitau yang pergi ni bukan sorang-sorang tapi berteman. Dari sekolah aku je dah 8 orang termasuk lah adik aku sendiri. Tu tak termasuk daerah. Tapi kalau tak silap kontinjen Negeri Sembilan ialah kontinjen kedua terbesar selepas Selangor(kot). Dan jambori kali ni international! Pengakap dari Indonesia, Thailand, Brunei, Kazahkstan, Singapura dan banyak lagi yang datang!

Sabtu-19 Nov 2011
Semua kontinjen Negeri Sembilan Daerah Jempol berkumpul di PPD Jempol kecuali SMK Palong 11 dengan SMK Seri Perpatih. Yang ada berkumpul kat situ ialah Smk Seri Jempol, SMK Batu Kikir dan SMK Dato' Mansor. Kami diberi taklimat oleh En Sulaiman, Pesuruhjaya Pengakap Jempol. Lepas tu kami bergerak ke Muadzam Shah untuk tunggu bas-bas daripada daerah lain. Sebelum tu kami singgah kat mana entah sebab nak ambik kawan kitorang dari SMKP11 dengan SMKSP.

Perjalanan nak pergi kem tu punyalah lama. Kalau tak silap 7-8jam baru sampai. Sampai-sampai je, ada abang tu suruh kitorang pasang khemah dulu. Aku, Syakir dengan Iskandar pun pilih tempat strategik. Tiba-tiba kena pindah sebab sebelah khemah kitorang kosong. Tak pelah sebab dekat dengan bilik air.

Malam tiada aktiviti. Cuma perlu berkumpul dan kami diberi tag nama dan pasport yang mempunyai 5warna berlainan. Setiap warna mempunyai berlainan jadual daripada yang lain. Aku dapat warna hijau.


Ahad-20 Nov 2011
Jadual agak padat sebab pagi petang ada aktiviti. Sebelah pagi warna hijau ada aktiviti air. Kami berkumpul kat 1 tempat dan pergi ke kawasan aktiviti(sungai). Lupa nak cakap yang kem kami sangat dekat dengan pantai dan kem tentera. Kalau nak pergi, kami perlu menaiki trak tentera. Trip pertama, budak negeri lain yang lepas dulu. Kami yang tinggal ni kena la tunggu dengan keadaan basah sebab hujan. Bila tiba time trip kedua, aku cepat-cepat naik sebab tempat duduk terhad. Yang lambat tu terpaksa berdiri sekejap. Dengan keadaan dalam tu gelap-gelita, tak memasal aku boleh terbayang macam perasaan orang nak pergi perang. Takut, berdebar-debar dan yang paling pasti kena sentiasa bersedia kalau diserang musuh.

Tak lama lepas tu, kitorang sampai. Rasanya memang jauh dari kem kami. Hujan pun berhenti sekejap. Aku dengan basah kuyup tu buatlah aktiviti yang ada. Dan disebabkan aku keseorangan, tiada orang nak jaga pasport. So, basahla buku kecik yang penting tu.Hujan pun turun balik. Aku dah siap buat 3 aktiviti, terus balik dengan trak tentera tadi. Sampai je aku terus mandi dan berehat kat dalam khemah. Oo, manyak penat!

Sebelah petang pulak, hijau ada aktiviti lasak. Aku buat la yang mana aku suka tapi aku tersalah pilih aktiviti. Aku pilih paintball yang terpaksa beratur panjang. Dan aku tak sempat nak habiskan. Aku pun balik dengan keadaan penat. Nak tidur!

Malam tu ada Malam 1Malaysia dimana setiap kontinjen harus membuat persembahan mengikut sub kem. Kebetulan pulak malam tu Negeri Sembilan ada jugak buat show. Aku pun berkobar-kobar la nak tengok. Sokong nogori! Entah kenapa, mungkin faktor kepenatan, aku rasa ngantuk dalam pukul 10.30pm. Aku ajak la Syakir balik kem. Bila aku sampai je kem, time Negeri Sembilan pulak buat show. Cis! Nak buat macam mana. Dah ngantok. Aku balik je la khemah. Tiba-tiba, kawan-kawan lain kejut. Diorang cakap ada kontinjen Negeri Sembilan kena berkumpul. Semua yang tengah tidur pun bangun balik. Aku dengan keadaan mamai terus beratur mengikut daerah. Ingat kan ada apa, rupa-rupanya kitorang semua dapat beg, baju hujan, lencana jambori, lencana kontinjen, baju jambori dengan baju kontinjen. Ha, kan bes macam ni!


Isnin-21 Nov 2011
Warna hijau pergi lawatan. Kitorang kena beratur dan tentukan mana tempat kitorang dapat pergi. Aku dapat badge no 14 dan ikut sorang akak ni. Nak pergi bas punyalah jauh. Bas parking dekat stadium. Sampai je kat bas, aku duduk sorang-sorang. Entah macam mana ada sorang perempuan dari Indonesia nak duduk sebelah aku. Nama dia Septi. Baik je dia. Aku pulak pemalu nak tegur dia. Then, akak yang iringi kitorang pun bagitau yang kitorang akan pergi ke Muzium Losong. Nasib baik pergi muzium. Kalau tak, basah la kitorang. (sebenarnya baju hujan yang kami dapat seperti tiada gunanya kerana pakai baju hujan pun boleh basah jugak).Dalam muzium, kami pun tengok la apa yang best. Bagi aku, tak ada apa yang best kecuali pasal haiwan-haiwan yang pihak muzium dah awet.

Malam, kitorang ada Forum Perdana-Cabaran Masa Kini Membentuk Keluarga Cemerlang. Ha, macam tu lah tajuk forum tu. Sebelum mula, Syakir ajak teman dia beli air mineral kat gerai. Aku terkejut beruk bila tengok ada tv kecik yang menyiarkan perlawanan siaran langsung antara Malaysia vs Indonesia, final Sukan Sea XXVI. Aku ingat nak pergi forum tapi disebabkan penceramah lambat sampai, aku pun pergi sokong Malysia. Yeah!
(p/s: budak Malaysia siap tengok bola sama-sama dengan budak Indonesia. kami kawan!)

Belum 10 minit tengok, hujan turun. Maklumlah, pantai timur. Hujung tahun biasanya hujan memanjang. Aku pun berlari-lari pergi ke khemah. Nak tukar seluar. Aku tengok kawasan kem macam tak de orang. Cuma guru dengan beberapa orang kelana. Lain semua keluar. Lepas tu, aku pergi sokong Malaysia balik tapi ada sorang pegawai tu cakap tak boleh tengok sebab takut budak-budak Malysia dengan Indonesia gaduh. Kempunan kami. Aku pun ingat nak pergi jalan-jalan. Tiba-tiba nampak 1 gerai ni penuh nak mampos. Rupa-rupanya budak-budak ni tengak bola lagi. Yang kesiannya ialah acik yang berniaga tu. Penuh sesak kedai dia. Aku try tengok sikit tapi habuk pun tak nampak. Entah macam mana aku ternampak pegawai tadi datang balik. Aku pun cuak dan senyap-senyap lari dari tumpuan penyokong bola tadi.

Habis forum, semua budak balik ke kem kontinjen masing-masing. Ingatkan dah habis pasal bola, tapi cikgu yang jaga kitorang sanggup call kawan dia sebab nak dengar pengulas sukan cakap masa penalti. Fullamak! Semangat bola!


Selasa-22 Nov 2011
Hijau ada permainan tradisional. Heh, aku bukan main sangat pun. Aku cuma hantar pasport dan terus cop. Tak main pun. Ehehe. Lepas tu aku terus habiskan cop untuk aktiviti lasak.

Selesai akhirnya. Aku pun bersihkan kasut, pakai selipar dan terus lepak kat dewan. Boring sangat, aku pergi warna batik sekejap. Tengah syok aku warna batik, datang 2orang budak perempuan dengan suka hati naik pentas dan karoeke. Memang tak dinafikan, suara diorang memang sedap. Macam penyanyi gitu! Bila aku tanya orang lain, baru aku tau yang diorang tu sebenarnya peserta Idola Kecil3. Patutlah sedap sangat suara!

Malam pulak diadakan Malam 1Malasyia ke-2. Kali ni memang happening sangat sebab peserta boleh buat wave. Memang cantik! Dan bila sampai masa nyanyi lagu 1Malaysia, semua nyanyi tanpa segan silu! Dan yang paling syok bila peserta semua sporting dan menyokong negeri-negeri lain yang membuat persembahan. Persembahan yang paling gempak malam tu ialah persembahan daripada kontinjen KL. Diorang nyanyi lagu Malaysian Boy! Semua enjoy!


Rabu-23 Nov 2011
Hijau ada kraf tradisional. Aku habiskan cepat-cepat dan duduk kat dewan. Memandangkan hari tu ada pertangdingan karoeke, aku hanya duduk situ and wait patiently. Mula-mula budak Sabah yang nyanyi. Best suara dia. Aku cuma tunggu wakil Negeri Sembilan. And finally, sampai turn budak Nogori! Dia nyanyi lagu Some One Like You. Nama dia aku lupa la tapi dia nyanyi ok. Tempo tak lari, pernafasan dia jaga. Bagi aku, perfect! Last-last, dia cuma dapat saguhati. Ok la tu. Siap dapat duit lagi. RM50 untuk saguhati tau!

Petang tu jugak, kontinjen Negeri Sembilan ada jamuan negeri. Setiap negeri mempunyai wakil untuk hadir ke jamuan tu. Setelah ada ucapan yang panjang lebar lagi berisi dan separuh daripada kami tak dengar langsung, kami pun makan dengan rakusnya memandangkan tak makan lagi.

Bila balik kem, aku terkejut sebab semakin ramai yang cedera. Hai, tu lah. Seronok sangat! Dan petang tu, 'kegembiraan' bermula! Kami diarah untuk membersihkan kawasan kem dan kutip segala sampah yang ada. Jika ada cikgu tu jumpa 5sampah, kami akan menyapu lumpur dimuka. Haish, kebetulan lumpur memang dekat tempat kami selalu berkumpul. Aku memang dah agak yang kitorang akan 'rasa' lumpur yang kemerah-merahan tu. Kami juga kena menunggu dengan cara menyangkung selama hampir 1jam. Dan kami letak lumpur tu kat muka ala-ala Fair and Lovely gitu. Hehe

Malam pulak, kami dapat peratuan baru. Siapa nak keluar kena isi nama dan tandatangan. Memandangkan ramai sangat yang beratur, aku pun membatalkan niat untuk keluar. Terus aku masuk khemah dan lepak-lepak bersama Iskandar dan Syakir. Kebetulan pulak aku masuk khemah, hujan terus je turun. Nasib baik la tak beratur, kalau tak 'mandi' lagi la aku nampaknya. Hujan kali ni bukan macam biasa sebab dah macam ribut. Khemah macam nak terbang sebab angin kuat. Dan sepanjang aku camping kat situ, malam tu je aku dengar guruh.

Macam biasa untuk setiap malam, kami kena beratur untuk kira jumlah semua pengakap kontinjen Negeri Sembilan. Dan, kami bernasib baik sebab hujan dah berhenti. Kalau tak memang kuyup la kitorang. Oh, dan kami hanya dengar ucapan untuk konsert terakhir dari tempat kami berkumpul.


Khamis-24 Nov 2011
Hari ni semua lepak-lepak. Semua dah start pack barang sikit-sikit. Ye lakan, esok nak balik. Bila fikir balik, rasa macam tak nak balik sebab kat sini kitorang ada konsert, jumpa kawan baru dan macam-macam lagi perkara yang tiada kat rumah.

Aku pun ingat nak pergi jalan-jalan untuk hari terakhir, tiba-tiba jumpa ayah kat kem Kontinjen. Lepas salam ayah, aku pergi jumpa Udo kat luar. Walaupun jauh, tapi ayah dengan udo datang jugak sebab nak jenguk aku dengan kngah.

Then, aku bersiap-siap untuk majlis penutupan. Kontinjen kami lambat sampai jadi yang lambat terpaksalah duduk atas lantai. Nasib baik tak hujan. Masa aku lepak-lepak dengan budak jempol, aku jumpa la 4orang sekawan dari STJ.

Carol(nickname), Hidayah, Husna dengan Sakinah. Aku ingat diorang semua Form2 tapi form4! Akak aku rupanya! Sorry sis. Oh, FYI Sakinah ni perangai dia sebijik macam Nafisah! Kat sana, kitorang panggil 'abg/kakak' untuk Kelana saja. Yang lain aku panggil 'bro/sis/aku/kau'. Diorang semua sporting!

Petang, aku dengan Iskandar, Syakir pergi jalan-jalan kat pantai. Ternampak pulak budak Jempol yang lain main baling selipar kat pantai. Woo, macam syok! Then, kitorang terserempak dengan Cikgu Lail dengan ladies-ladies dari SMKSJ. Alang-alang semua dah ada, cikgu belanja la!


Bawah ni ada sikit gambar masa kitorang kt pantai






Dan malam terakhir merupakan malam kami semua masih bersama-sama di tempat kami berkumpul aka lumpur. Aku dengar yang pemadam api dah hilang. Tak tau siapa yang ambil dan kami terpaksa mencangkung selama 1jam 30minit sementara abang n kakak kelana cari kat semua khemah kontinjen N9. Then, cikgu cakap yang pukul 7pagi, khemah dah turun dan bas dah tunggu.


Jumaat-30 Nov 2011
Aku bangun pukul 4pagi sebab nak pack lagi sikit barang yang tertinggal. 5.30 baru mandi. 6.15, khemah aku dah turun. 7pagi, berkumpul kat flying fox. Tiba-tiba, datang abang kelana suruh lelaki kemas campsite yang memang bersepah dengan sampah-sarap, sependa basah mahupun kasut yang kehilangan tapak. Bertolak balik pukul 8.30 pagi.

Perjalanan balik, rasa rilek je. Pukul berapa entah baru kitorang makan. Perut masa tu memang dah berbuny-bunyi. Dan perjalanan bas kami diteruskan selama 8jam dengan bas yang rosak aircond. Sampai kat bumi serting, pukul 2.30 kot.

But, jamboree is the best! Next year, I wanna go JAMNES in June! (hope that form3 don't have any activities in June)

Suke? Meh Like sini :)

Wednesday, November 9, 2011

Bukit Merah Laketown Resort

Maaf, sepatutnya post ni dipublish dah lama tapi diebabkan faktor kemalasan dan kesihatan, sekarang baru habis ditaip.

Cuti hari Isnin dan Selasa aku diisi dengan trip dengan budak-budak form 3 ke Bukit Merah. Baru ingat nak stay kampung cuti ni, tak pun lepak kat rumah sambil mencuba game Fifa 2012 tapi bila difikir-fikir, best jugak kalau dapat ikut. Dah lama jugak aku tak main air.


First day

Kami berhenti di depan Istana Iskandariah dan bergambar sekejap dengan berlatar belakangkan pintu pagar yang besar dan pokok-pokok hijau.





Kemudian, kamu singgah di Muzium Diraja. Malang tidak berbau apabila muzium itu tak dibuka sebab kerja-kerja pemulihan. Kempunan kami.



Then, kami bergambar pula di masjid apa entah. Tapi masjid tu memang jadi tarikan pelancong asing sebab seni bina masjid yang memang, entah la. Tak tau nak cakap macam mana. Memang lawa la!




Lepas tu, kami gerak ke Kampung Sayung di mana Kilang Labu Sayung terletak dan kami dapat tengok sendiri macam mana proses nak buat labu sayung. Bila tengok macam senang, tapi bila dah try sendiri, hasilnya seperti hampas kelapa yang dihempas-hempas berulang kali ke tanah.


pak cik yang buat labu sayung ni serupa macam Shukor Adan(kapten n9) cuma badan pak cik ni berisi sikit.


pembikinan labu sayung.

Oh! Dah smapai tempat yang best. Tempat apa? Haa, jeng jeng jeng~ Kuala Kangsar. Apa yang specialnya dengan tempat ni ialah terdapat laksa dan cendol yang sedap-sedap. Kat sini la tempat aku isi perut dengan makanan puas-puas.



Dan tempat terakhir petang tu ialah melawat pokok getah tertua di Malaysia. Wah! Memang besarlah pokok tu. Kalau tak silap Residen Perak yang bawa masuk pokok tu kat Malaysia masa British jajah Tanah Melayu.


inilah pokok yang aku ceritakan tadi

Malam pun ada aktiviti lagi. Takkan nak rehat je kat hotel kot. Tak thrill la. Malam tu kami pergi Zoo Taiping untuk melawat sedara. Hehe. Mula-mula excited nak masuk tengok binatang, tapi semuanya bertukar tragedi(?). Bukanlah tragedi cuma kami sedikit kesal kerana samar-samar nak tengok haiwan waktu malam. Nasib baik pusing zoo naik kenderaan yang macam kereta api. Tak adalah penat sangat.


Apa? Dah penat nak baca? Sabar. Sikit lagi.

Second day


Perkara yang paling ditunggu-tunggu ialah MAIN AIR! Semua tak sabar nak main. Tapi mula-mula kami melawat Pulau Orang Utan. Ada pulak anak orang utan yang ditempatkan di tempat khas.



Tour Guide kami cakap, orang utan
  • Mengandung 9bulan seperti manusia
  • Betina juga haid
  • ada 98% genetik seperti manusia
geram aku tengok muka anak orang utan ni. COMEL!


Then, benda yang ditunggu-tunggu sampai. Apa lagi? Berendam la kami sampai tangan dah kecut Best!


Trimas kepada Kak Yun sbb gambar-gambar yang cun!

Suke? Meh Like sini :)

Saturday, November 5, 2011

Persiapan Raya AidilAdha


ini lemang buatan sendiri


sepupu dari Perak



dia ni tak de kerja, menghadap komputer je 24 jam

p/s; kebanyakan gambar yang tiada kaitan dengan persiapan raya. maaf

Suke? Meh Like sini :)

Friday, November 4, 2011

Esok Ke?

Hari ni, aku balik kampung. Fuh! Lama tak pulang ke kampung. Macam-macam benda 'unik' boleh dilihat kat kampung. Contohnya sawah padi, sungai mahupun taik-taik ayam yang masih segar lagi hangat.

Orang sibuk, saudara-mara pulang dan jalan sesak. Fenomena ini biasa dilihat ketika menyambut perayaan besar. Oh, dan tidak tinggal juga akan banyak lembu-lembu ditumbangkan. Ye la, nama pun Hari Raya Aidil Adha.

Nanti aku masukkan gambar persiapan hari raya nanti. Ada kerja sikit nak buat. Daa~

Suke? Meh Like sini :)

Saturday, October 29, 2011

Congrats Negeri Sembilan!


'Apa? Terengganu dah dapat gol?! Cis!'

Ini reaksi aku bila tengok bola msuk ke dalam gol Negeri Sembilan. Ingin saja aku mencarut dengan kuat tapi dibatalkan niat memandang masih ada 30 minit sebelum masa tamat. Penyokong Terengganu pun memekak sambil bersorak keriangan. Aku hanya terdiam kaku melihat jaringan tadi. Tiada apa yang dapat dikatakan lagi.


Dan secara tidak bersedia untuk menjerit, Kunalan yang berniat untuk menghantar bola kepada Hai-O terus menyepak dan secara tiba-tiba, GOL! Wah! Ajaib ni! Penyokong-penyokong Negeri Sembilan kembali memekak-mekak tanda gembira. Aku yang berada di rumah menghempas-hempas kusyen beberapa kali kerana terlalu gembira sehingga ibu marah. Mujur ibu ada, kalau tidak kusyen tadi mungkin tinggal sejarah.


Pemain Negeri Sembilan kembali bersemangat untuk mencari gol kemenangan. Dan trimas kepada Hai-O yang menghasilkan jaringan cantik daripada cross Shukor Adan. Tergamam penyokong Terengganu. Masa untuk pasukan Penyu semakin suntuk. Dan akhirnya tiupan wisel penamat dibunyikan.

Aku pula menjerit kepuasan sehingga mengejutkan anak jiran sebelah yang sudah tidur. Maaf ya.







Tahniah!



Suke? Meh Like sini :)

Friday, October 28, 2011

Running Man

Holla! Kali ni, aku akan ceritakan sikit pasal rancangan TV korea, Running Man. Dah episod ke 46 baru aku tau kewujudan cerita ni. Sekarang dah masuk episod ke 50. Memang tergelak-gelak la bila tengok cerita ni. Petang Jumaat, aku mesti menghadap tv tengok Running Man. Tak pernah miss!


Dalam episod ke 50 ni, Running Man buat pengembaraan kat Thailand. Rancangan yang dibintangi oleh Lee Kwang Soo, Yoo Jae Suk, Kang Gary, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, Haha dan Ji Suk Jin. Dan kali ni ada 2 orang artis jemputan iaitu Kim Min Jung dan Nickhun(2PM).


kwang soo, yang paling tinggi antara semua


gary, monday couple with ji hyo


suk jin, bespren jae suk


ji hyo, monday couple with gary


jong kook, lelaki berkuasa atau lebih dikenali sebagai Komander


jae suk, hos rancangan


haha @ haroro


jong ki(dalam ep 50, dia takde)


artis jemputan, nickhun!



artis jemputan, min jung!


Sorry, aku terus skip. Sampai 1 babak, diorang pergi rumah Nickhun. Yang peliknya, semua ahli keluarga dia ada kat situ. Aku pun fikir balik, bukan ke Nickhun ni orang Korea? Kalau family dia orang Thailand, maknanya dia orang Thailand la. Tapi macam mana pulak la dia boleh jadi artis Korea? Ahh! Layan dulu Running Man! Habis je Running Man, aku buka internet. Oh! Rupanya si Nickhun ni orang Thailand. Patut la.

Opp, lupa nak cakap yang cerita ni hanya ada kat pelanggan Astro Beyond yang ambil pakej HD. Yang takde tu jangan sedih-sedih sebab aku da jumpa kat mana tempat nak tengok cerita ni.

Klik bawah ni


Suke? Meh Like sini :)

Thursday, October 20, 2011

Pahit Getir Final Exam

Lolololololo. So happy final exam sudah habis! Let's shout to release your tension! C'mon!

Huarghhhh!

Tak berani nak tunjuk muka aku masa menjerit. Karang, risau reader terkejut pulak. OK, kembali ke tajuk sebenar.

Soalan final exam. Ahh, tak payah cakap la. Gerenti la tahap gila-gila babun untuk yang malas baca buku. Nasib baik la aku tidak di golongan yang macam tu. Dan nak tau target aku kali ni? Aku target 8A1!

Whatta fish?! Yeah, whatta fish! Memang aku target tinggi-tinggi. Yela, nanti kalau sikit je A, kena turun kelas. Apabila turun kelas, tiadalah kelas Muzik. Nooooooooooo! Aku akan bertahan kat kelas aku. Harap-harap dapat 8A1. Aminn!

Lagipun, boring la bila tengok takde langsung budak lelaki dapat cabar budak perempuan. Dan kalau dapat 8A1 atau 7A, aku mungkin dapat beli BlackBerry dan pergi jalan-jalan di Singapura! Wohooo!

Aha! Dan aku takkan putus-putus support Negeri Sembilan untuk sampai final Piala Malaysia dan jadi juara Piala Malaysia 2011. Hobin Jang Hobin!


Suke? Meh Like sini :)

Sunday, October 9, 2011

Sunday, No Activities


What a lazy Sunday! Hari ni, asyik nak tidur je. TV? Takde rancangan best. Game? Dah muak. Asyik menang je. FB? No new stories.

You! Stop you're day dreaming! Read your book now!




Yes sir! Masa untuk baca buku dengan 'sedikit pemandangan indah dan angin petang'. Fuhh~

Suke? Meh Like sini :)

Tuesday, October 4, 2011

I Made It!



Setelah sekian lama membodek pegurus Manchester United, akhirnya aku berjaya mendapat tempat kesebelasan utama dalam pasukan itu.

Sir Alex Ferguson memberi peluang kepada aku mengisi ruang penyerang yang di tinggalkan oleh Tevez yang sakit perut ketika itu selepas aku belanja beliau dengan lempeng cicah sos cap Aminah sambil tengak drama petang-petang.



Ha! Nampak tak aku sebelah Van Der Sar tu?


Abg Ngah (kanan,bawah) mengambil tempat David Ngog gamaknya



Suke? Meh Like sini :)

Wednesday, September 21, 2011

No Good, No Good.


Compare to 2010's celebration, 2011's celebration is the worst.

Sebelum jamuan makan bermula, antara pukul 7.50pagi-11pagi murid-murid belajar. Ni kira pengalaman baru la sebab belajar pakai baju melayu dan baju kurung. Walaupun berbaju lawa-lawa, kami tak dapat menawan hati cikgu supaya tidak memberikan kami kerja sekolah. Sebelum ke Makmal Komputer, datang cikgu suruh serahkan phone. Dan kebetulan aku bawa phone. Aiseyy. Cikgu cakap, kalau tak mengaku cikgu check sorang-sorang dan kalau cikgu jumpa, cikgu akan hempas phone. OMG! Aku yang terlalu baik pun menyerahkan phone kt cikgu. Baik tak aku? Dan ada beberapa orang kawan sekelas aku jugak yang serahkan phone diorang. Cikgu cakap akan pulangkan pada pukul 1.30 petang. Aku ingat tu.

Waktu rehat, aku tak makan sebab nak kosongkan perut. Dengar-dengar, kelas aku order makanan sedap-sedap. Uihh, makin difikirkan, makin lapar. Tapi aku tahan jugak. Finally, time to eat! Aku makan nasi ayam dan soto. Berbaloi jugak aku bayar duit jamuan ni. Tak mahal pun, RM3 je.

Before 1.30 pm, murid-murid yang phone mereka dirampas berpakat untuk mogok. Cheewahh! Ramai-ramai datang kat cikgu mintak phone. Tup-tup, cikgu suruh ambik besok dengan ibu bapa atau penjaga atau salah seorang. Hai, memang aku tak dapat balik la phone aku. Selamat tinggal phone.

1.30 pm now! Murid-murid diarahkan membersihkan dewan terbuka setelah jamuan diadakan. Well, semua dengar arahan.

2pm, murid-murid mogok balik sementara aku ingatkan balik lagu Hands Up-2pm. Takut-takut terlupa. Hehe. Biasalah, budak-budak memang degil. Seorang pun tak nak tinggalkan depan pejabat. Tapi semua balik bila dengar suara ustazah. Yang dasyatnya, ada pulak yang nak buat benda bahaya seperti bakar sekolah. Tapi bila aku tanya betul-betul, beliau hanya nak bakar dalam mimpi.

Begitulah ending hari ni. Semua tak puas hati. Dan Sambutan Hari Raya tahun ni, kurang best berbanding tahun 2011.

Suke? Meh Like sini :)

Sunday, September 18, 2011

So Many Chances But..


tiket untuk orang dewasa-rm8

'Woih, sepak la bola tu cepat! Ko tunggu apa lagi?!'

Haa, beginilah situasi di stadium. Penyokong akan menjerit seperti ketua jurulatih pasukan tersebut. Mana tidaknya, player sepak pun macam pondan. Lari terlalu sopan. Menyampah aku tengok. Okey, mungkin reader tak faham. Aku cerita dari awal. Jangan risau.

Mula-mula masuk stadium, macam biasa tempat tengah akan penuh dulu. Aku pergi cari tempat dekat atas sekali. Tempat baik punya! First half, pasukan NS mengawal permainan. Banyak cubaan bahaya. Kalau tidak, NS dah dapat gol pertama dari penalti tapi Shahruain sepak tinggi sangat. Semua kecewa.
first half. NS kickoff

Second half, NS hilang rentak. Bola banyak di kaki player Selangor PKNS. Ntah macam mana, diorang gol dari corner. Padahal game baru start 5 minit. Semua orang terdiam. Tapi gol PKNS memang lawa. Laju player diorang tanduk. Gol kedua pun dari corner jugak. NS cuba dapatkan gol jugak tapi semua taktik yang doirang pakai, player PKNS dah tau. Diorang sekat semua pemain penting.
second half

Dan gagal la NS dlm usaha mengekalkan rekod tanpa kalah. Tapi, aku masih penyokong NS!


p/s; nth macam mana boleh jumpa orang yang serupa dengan Cikgu Sadini.

Suke? Meh Like sini :)

Wednesday, September 14, 2011

Huh! Egonya Aku!

Moshi-moshi sekalian reader! Harap semua kali ni jaga kesihatan. Cikgu aku cakap sekarang musim demam. Walaupun nampak macam saranan budak-budak tadika Kemas, tapi ni kenyataan.

Alahai! Tak sangka boleh jadi sampai macam ni! Tulah Azhan, terlalu ikutkan perasaan. Aku dah cuba kawal, tapi aku tak boleh. Aku nak sangat dengar suara dia panggil nama aku. Heh! Benda macam tu tak akan berlaku. Mesti perasaan anti-Azhan dah makin menebal kt diri dia.

Trimas budak! Dengan gambar kau ni, dah wakilkan aku untuk ucap perkataan bermakna. Secara tak sengaja aku tak perasan dia waktu petang yang tragis tu. Serius! Tak tipu punya.

Kalau la aku dapat borak-borak dengan kau macam dulu, kan best.Kalau la aku tak buat semuanya jadi macam ni. Tapi semuanya bermula dengan perkataan 'kalau'. Bila difikirkan sekali-sekala, best jugak jadi macam Amirul. I mean, everyone like him.
Suke? Meh Like sini :)

Sunday, September 11, 2011

Eid Walking




Bila dibaca balik title post nie, mcm pelik. Nak tergelak pon ada.

Tahun ini, 2011 aku diberi peluang untuk pergi 'Eid Walking' atau lebih mudah difahami dgn 'Jalan Raya'. Gmbr2 ni semua aku snap mse jln raya yg meriah. Actually, xde sorg pon yg berjln. Sume de kenderaan masing2. De jgk yg menumpang spt aku. Nasib baik Zahir dgn Shaiqal baik. Boley aku gilir tumpang motor diorg.

Mula2, aku dgn Zahir n Shaiqal g rumh Azziera. Smpai2 je, Hakim dgn Izatul da lepak2 kt sne. Dlm 10 minit isi perut, kitorg gerak g umh Wan pulak. Dan kt sini lah aku melantak sebyk mungkin. Yelah, mknan yg disediakan sedap. Feveret plak 2. Oh, lupa nk g tau. Wan kasi kiteorg mkn Kuey Tiaw.

Then, gerak g umh Leeza. Mcm bse, aku mkn lg. Tp kali ni kuantiti mknan yg aku ambik 2 da kurang la. Perut hampir full. Krg, x memasal naik berat aku.

Lpas slm dgn tuan rumah, kteorg gerak g umh Ckgu Syariff. Kt sni pon kteorg kjap je. Nk kne kosongkan perut. Jap lg nk g rye lg. Bdk pompuan g rumh Izatul. Yg laki2 plak g rumah ckgu yg tinggal berempat. Lupa la nme ckgu 2.

Otw ke sne, sket lg nk berlaku kemalangan jln rye yg melibat Zahir dgn Shaiqal n aku. Nasib baik aku sempat tolak motor Zahir. Klo x, mkn jln tar la jwbnye. Aiseyy! Punya la ramai org kt situ. Aku pun da x boley nk mkn lg. Takat minum air 2-3 gelas, sudahlah.

Rumah Ckgu Masri penuh akibat murid2 yg x reti makna lapar. Diorg mkn habis-habisan kuih ckgu. Aku? Minum tea o. Sedap seyy.

Minggu dpn da start tusyen. Aku pun da beli bola. Lps habis tusyen je, yg laki2 g men bola kt pdg. Kt bes. Da la bola official EPL 11/12. Fuh!

Suke? Meh Like sini :)