Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Sunday, February 26, 2012

Sakit Pinggang, Aku Dah Tua.

Hai.

Petang tadi, aku main badminton dengan Iqbal kat halaman rumah. Dengan membalas pukulan Iqbal dengan pelbagai aksi yang mencuit hati, entah macam mana pinggang sakit. Ini bukan sakit biasa, rasa nak bongkok pun sakit.Ini jelas menunjukkan aku dah semakin tua seiring dengan bulu roma yang sudah membentuk misai dan sedikit janggut di dagu.  = ='

Dengan menyapu minyak panas cap unta yang aku beli kat Pulau Pangkor dulu, aku pun terus main balik. Biasalah bila dah sakit cenggini, kalah tu dah komfem. Tapi disebabkan ego, tak nak kalah dengan budak kecik aku pun terus main. Akhirnya, seperti yang dijangka aku kalah dengan Iqbal dalam set 1, 23-25.

Disebabkan tadi angin tak berenti tiup meniup, maka diputuskan set 2 akan bersambung esok. Hehe
Suke? Meh Like sini :)

Saturday, February 25, 2012

Pelanduk Dua Serupa

Hai.

Kali ni, aku nak tulis pasal pelanduk dua serupa antara artis kita dengan artis Korea.

Inilah dia! Serupa tak?

Shila Amzah, seorang penyanyi yang tak asing lagi sekarang. Dia pun boleh dikatakan antara penyanyi yang hebat sebab dah berkoloberasi dengan Jaclyn Victor dengan Ning Baizura. Power tu! Bukan setakat nyanyi, berlakon pun dia boleh. Baru hari tu aku tengok Patah Seribu tapi tengok sikit je. Banyak kerja sekolah nak kena siapkan.

Yang kiri tu, Jessica. Dia ni group SNSD atau lebih dikenali sebagai Girls Generation. Kalau dengar lagu SNSD, dia ni antara yang banyak dapat solo dengan Taeyeon( group leader SNSD ) sebab suara best! Group dia ni pun memang dah popular. Popular sangat dah. Mungkin satu dunia dah tau siapa dia. Dia ni pun berlakon jugak. Kalau sesiapa nak tengok dia berlakon, bukak chanel 391 dan info drama tajuk Wild Romance. (untuk yang ada Astro)


Suke? Meh Like sini :)

Friday, February 24, 2012

Happy Birthday To Me!

Hai.

Ahad malam Isnin dalam pukul 12.30 gitu, aku wish kat diri aku sendiri hepi besday. Macam-macam aku cakap kat aku. Kiranya, aku cakap sorang-sorang la ni.

Esoknya lepas perhimpunan, aku dapat wish bertubi-tubi dari pelbagai arah. Tak sangka yang budak kelas sebelah boleh tahu birthday aku. Apa-apa pun, trimas!

Sekarang empunya badan dah berumur 15 tahun. Rasa-rasa, tak pernah aku dapat hadiah hari jadi ni. Kalau ada pun mungkin aku dah lupa. Trimas la kat Mirmo dengan Aisyah! Walaupun umur dah meningkat, masih tidak ku lupa rancangan feveret aku satu masa dulu, Teletabis.


hepi besday azhan! semoga panjang umur dan tercapai apa yang dihajat!

p/s; Happy Birthday Iqbal!


Suke? Meh Like sini :)

Saturday, February 18, 2012

생일 축하 해요, 언니!

mirmo, puying

Hai.

Ha! Hari ni birthday Mirmo. 13/2 birthday Puying. Diorang berdua ni boleh dikatakan sebagai kakak saya sebab tarikh lahir dekat sangat. Walaupun diorang ni kakak, aku bedal je cakap macam biasa. Karang kalau panggil kakak pulak, tak kena tempat. Nanti tak memasal dicop aku sebagai ngada-ngada dan manja. 

To Mirmo and Puying yang sudah 'tua' daripada aku, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. Maaflah, tiada apa-apa dapat kasi korang. Nanti Isnin aku belanja korang air kotak singgit. Ok?

Suke? Meh Like sini :)

Program Aku Janji KRK

Jumaat, pelajar kelas KRK ada Program Aku Janji. Pukul 3 petang, semua sampai dalam Bilik Utiliti dengan penjaga masing-masing. Dalam semua yang datang, aku sorang je yang pakai baju melayu. Mula-mula, segan pulak rasanya pakai baju yang lain dari orang ni, tapi bila dah tengok cermin terasa pulak macam M. Daud Kilau. Hilang rasa segan. Ceh!

Aku kena isi satu surat, untuk keputusan target PMR. Ayah pulak suruh letak semua 100%. Walaupun macam mustahil, tapi secara tak langsung benda ni dah jadi pembakar semangat untuk capai 8A. C'mon PMR! Lepas baca ikrar Aku Janji, kitorang pergi kantin, makan apa yang ada. Air sirap kantin tu memang menggoda sampai aku terlupa yang aku sakit tekak.

p/s; minggu depan dah mula kelas malam. yeah!
Suke? Meh Like sini :)

Saturday, February 11, 2012

Farewell Ray Ban!


Tahun lepas, aku beli Ray Ban atas ni. Apabila aku dapat tahu yang sunglasses ni harga RM20 je, aku terus merembat tanpa berfikir dua tiga kali. Pada mulanya aku tak minat nak berkaca mata hitam ni tapi bila dapat tahu yang Bruno Mars ambik Anugerah Grammy pakai cermin mata ni, terus disentap jiwa ini untuk membeli satu untuk aku. Bila pakai, rasa macam artis sikit pun ada.


Kisah tragik ni berlaku pada petang Jumaat yang cerah dimana aku lapang. Tiada kelas pada petang tu. Dalam pukul 6 petang, aku ajak adik aku main badminton. Disebabkan matahari masih tegak, aku putuskan untuk pakai cermin mata ni. Bila matahari dah turun sikit, aku letak cermin mata ni kat atas bumbung kereta Citra. Dengan menunjukkan skill seperti Dato' Lee Chong Wei masa lawan dengan adik aku, aku tak perasan yang ibu dengan ayah nak keluar. Aku pun tak ambik cermin mata tu.

So, nak dipendekkan cerita cermin mata aku tu terus lenyap tanpa khabar berita. Terima kasih sebab dah berbakti kat aku walaupun sekejap. I'll miss you sunglasses! T,T


kenangan bersama cermin mata. 



Suke? Meh Like sini :)

Friday, February 10, 2012

Pada Suatu Hari..

Masih aku ingat ketika hari pertama aku masuk sekolah. Masa tu aku darjah 1. Biasa la, budak tujuh tahun macam-macam la kerenah. Ada yang menangis, ada yang takut dan ada pulak yang dah dapat kawan. Aku masa tu takde kawan lagi. Sorang-sorang je duduk. Malu la nak tegur kawan sebelah walaupun sejenis.

Bila waktu rehat, loceng pun berbunyi. Aku ingat yang ibu kasi RM1 untuk belanja. Aku yang tak tau apa-apa pun terus pergi kantin. Sampai je kantin, tengok ramai budak beli nasi lemak, mee dengan bihun.Then, perlahan-lahan aku mencelah-celah nak beli makanan. 

Aku tanya kat mak cik tu, 'nasi lemak ni berapa ringgit?'
Dengan senang hati mak cik tu jawab, '50sen'

Hati aku gelisah. Macam mana nak beli makanan? Aku ada RM1 tapi makanan tu 50 sen. 

Lepas tu aku tanya kat akak yang jaga bahagian air, 'air segelas ni berapa?'
'30 sen dik', aku tu jawab sambil melemparkan senyuman ala-ala Nora Danish kepada ku.

Aku semakin gelisah. Air pulak 30 sen. Arhh, kensel! Tak nak makan. Aku takde 50 sen dengan 30 sen! Tak boleh makan. Maka, aku putuskan untuk tak makan hari tu. 

Waktu balik, ibu tanya aku makan apa rehat tadi. Aku dengan naifnya ceritakan apa yang jadi. Lepas tu, baru aku tau yang kita boleh dapat baki kalau bayar RM1. Fuhh, kenangan~

childhood!

Suke? Meh Like sini :)

Saturday, February 4, 2012

Hai.

Hai.

Pada mulanya, jari-jari ni rasa malas nak menaip. Bukan apa, tadi Juliana Evans ajak mesej. Terpaksa la aku tolak ajakan beliau disebabkan blog ni hampir seminggu tiada post baru yang dipublish.

Sekarang waktu sekolah dah agak berbeza. Sekarang dah ada program 1M1S. Aku yang masuk permainan bola baling kena duduk sekolah hari setiap hari Khamis sampai pukul 3.30 petang untuk perjumpaan.

Khamis petang minggu lepas, aku dengar ada pemilihan bola bawah 18. Aku dengan Khairul datang je. Ustaz Asyraf cakap kalau saja-saja nak main takpe. Kebetulan pulak aku ada bawak boot bola. Dengan seluar pendek berwarna hitam, kami (upper form students) diarahkan untuk lari keliling padang 3 kali. Tanpa segan silu, kami lari sedikit laju apabila melalui padang bola jaring. Maklumlah, malu nak tunjuk bulu kaki yang boleh diklasifikasikan sebagai hutan hujan tropika yang penuh dengan haiwan-haiwan liar. Agak ramai pelajar perempuan yang datang untuk latihan. Kalau tak silap, diorang punya tournament Khamis depan. Mimi, Azziera, Ecah! Buat elok-elok nanti!

Orait, sekarang dah masuk bulan Febuari! I'm gonna celebrate my birthday soon!

p/s; wish me good luck on football selection next week!
Suke? Meh Like sini :)