Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Saturday, September 26, 2009

Rumah Terbuka Keluarga Pak Ngah Sam....Kg Ulu Keru


Aku dan keluarga menghadiri majlis rumah terbuka pak ngah di Kg Ulu Keru, Padang Lebar, Negeri Sembilan. Sebelum pulang ke rumah, kami bergambar dengan pak ngah (YB Shamsul Kahar bin Mohd Deli)

Suke? Meh Like sini :)

Ziarah Kubur Atuk...




Kami ziarah kubur Atuk Ismail di tanah pekuburan Taman Pemarak Tanjung Ipoh..Atuk telah meninggal dunia ketika abang syukri berusia 2 bulan. Aku pn tak pernah tengok wajah Atuk.
Semoga tuhan ampunkan segala dosanya,masukkn kedalam golongan orang beriman, AMIN..

Suke? Meh Like sini :)

2 pupu


Ibuku adik beradik sepupu dengan Uncle Alan yang tinggal di Sungai Siput Perak. Maka pertalian aku dengan anak2nya adalah 2 pupu. Kami tak pernah jumpa pun sebelum nii. Kalau jumpa pun masa aku kecil dulu.

Suke? Meh Like sini :)

Enaknya...


Raya, raya. Cuti raya, tambah lak baru abis UPSR. Apa nak wat. Lapar makan, ngantuk tidur. Aku habiskan masa cuti aku kat umah main game, tengok tv, baca buku karton dan melepak kat umah jee. Adik2 pegi umah jiran2 berhari raya, aku malas laa.....


Sepupu kami, Tisya (Anak Mak Lang Diana) ikut kami balik ke rumah.
Same laa joint apa kami buat, dia pun ikut same....

Suke? Meh Like sini :)

Kak Ngah Dah Jadi Mak Ngah, Aku?........


Kalau Kak Ngah dah naik pangkat jadi Mak Ngah, maka aku lak jadi Pak Long.




Kak Ngah bersama anak Akak Shila. Anak kak shila adalah anak ketiga Mak Anjang (Intan, Serting Hilir 7). dan Apak (Mohd Nor). Mak Anjang nii akak sulung ayah. Mak saudara aku le tuu

Suke? Meh Like sini :)

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Seronoknya hari raya aidilfitri. Hari kemenanganku dan seluruh umat islam di dunia.
Kita bersama-sama menunaikan puasa di bulan ramadhan.


Ibu dan ayah.

Aku bersama adindaku Najihah dan Najibah.


Bergambar bersama keluarga dan uwan Ramlah di Tanjung Ipoh.










Terbayang dalam benak fikiranku aku akan bertemu sanak saudara suku sakat, berhari raya di rumah jiran2, dapat duit raya, main mercun, tolong ibu kemas rumah, tunggu tetamu tiba kat rumah, pakai baju baru. Ish....cam macam lagi leee........








Tapi risau gak tunggu result upsr nii....


Suke? Meh Like sini :)

Wednesday, September 16, 2009

Hari Raya Aidilfitri / RAYA PUASA

Hari Raya Aidilfitri (b.Arab: عيد الفطر 'Ayd al-Fiṭr "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.


Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
Suke? Meh Like sini :)

Friday, September 11, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Berbuka Puasa YB Tuan Shamsul Kahar bin Mohd Deli(ADUN Serting)

Tarikh :11 September 2009
Masa :7 malam
Tempat:Taman Dato' Muda,Batu Kikir,Negeri Sembilan














Suke? Meh Like sini :)

Thursday, September 10, 2009

Lepak jee kat umah


X de aktiviti ari nii.....

Suke? Meh Like sini :)

Syarat Kemasukan Ting 1 ke MRSM

Syarat-Syarat Kemasukan Ke MRSM

1. SYARAT KELAYAKAN
1.1 Warganegara Malaysia
1.2 Permohonan ini terbuka kepada pelajar
1.3 Mendapat 5A dalam Ujian penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Suke? Meh Like sini :)

Takut.....

Takut......gak mata pelajaran sains.





Suke? Meh Like sini :)

Hari akhir UPSR

Khamis 10 September, 2009


Hari nii....tadi Upsr, macam2 hal. Ibu lambat lak gerak nak ke sekolah. Aduh.......Alhamdulillah kami selamat sampai ke sekolah.

8.00 pg kami sume masuk ke dalam dewan

8.15 pagi - Sains (1jam 15 minit)

10.15-11.05 pagi - Bahasa Inggeris 1 (50 minit) Objektif

11.45-1.00 petang - Bahasa Inggeris 2 (1 jam 15 minit) Subjektif

2.15-3.45 petang - Ujian Aptitud (1 jam 30 minit) Objektif



Punye laa seronoknya bila peperiksaan dah selesai. Alhamdulilah, syukur aku telah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan. Terimakasih yang tidak terhingga kepada ibu, ayah dan semua guru2ku. Tidak dilupakan sahabat, semua ibubapa dan acik2 jaga, acik2 tukang kebun sume....
Suke? Meh Like sini :)

Wednesday, September 9, 2009

Hari ke 2 UPSR

9.9.09
8.00 pagi Mathematic kertas 1





Rasa ok sikit dari semalam...Tapi rasa masih gabra (comeh gak). Aku telah cuba buat yang terbaik. Bila sampai jee kat sekolah, aduh mak........aku sorang je yang pakai pakaian unit uniform. Kengkawan lain semua pakai uniform sekolah. Aku buat tak paham jee....tapi dalam hati nii...tuhan jee yang tau perasaan aku.
Suke? Meh Like sini :)

UPSR

iNILAH PENGALAMAN PERTAMA AKU MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

pelbagai yang terlintas dalam fikiran aku. Takut, berdebar pun ada.

Jam semakin hampir........

Pada 8 September, 2009
Mula 8.00 pagi BM 1


pas tuu.... BM 2


ketiga Mathematic 1
Suke? Meh Like sini :)

Monday, September 7, 2009

aku dan peperiksaan upsr

Esok aku akan menduduki Peperiksaan UPSR. Pelbagai perasaan yang terjelma dalam diriku; takut, risau, penat, letih. Mujurlah ayah, ibu dan adik2 berada disamping aku.




Berbuka puasa;


  1. Jumaat, kami sekeluarga sempat berbuka puasa umah Amo, Udo Ajin kek kg Tengkek.

  2. Sabtu, kami sekeluarga berbuka puasa dan mohon doa restu Uwan Tanjong, pak Adi dan keluarga.

  3. Hari nii......rasa tak berapa selesa. Mungkin aku risau ke.

Mudah-mudahan aku akan dapat jawab soalan peperiksaan yang bermula jam 8 pagi esok dengan tenang dan diberi kelapangan serta kesihatan yang baik, amin....


Suke? Meh Like sini :)

Friday, September 4, 2009

Petua Bijak Menjelang Peperiksaan UPSR

Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan
Persediaan menjelang peperiksaan lebih merupakan persediaan minda. Kaedah pembelajaran bukan lagi menjadi persoalan utama. Pelajar yang telah lama bersedia adalah pelajar yang beruntung manakala pelajar yang lalai hingga ke saat akhir adalah pelajar yang merugi.

Persediaan mental menjelang peperiksaan juga amat penting kerana turut mempengaruhi prestasi semasa peperiksaan. Persediaan mental ini tetap merupakan perjuangan para pelajar ke arah mengejar kejayaan cemerlang.


Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan ini.
1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.
2.Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.
3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.
4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.
5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga dan melembapkan minda.
6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.
7.Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat.
8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.
9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.
11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.
12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.
13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
16.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.
17.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.
18.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
19.Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.
20.Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.
21.Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini amatlah penting.
22.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
23.Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
24.Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
25.Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.
26.Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!
27.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.
28.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.
29.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
30.Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.
Suke? Meh Like sini :)

TERIMA KASIH CIKGU......2

Pelajar Tahun 6 bersalaman dengan guru2 memohon ampun salah silap dan mohon izin ilmu yang disampaikan selama ini.
En Razak (berbaju Hijau) Yang Di Pertua PIBG SKSF dan Cikgu Sofe, Guru Pen Kanan.

Suke? Meh Like sini :)

TERIMA KASIH CIKGU......

GaMBAR DIRAKAM SEPANJANG PROGRAM MAJLIS IZIN ILMU CALON UPSR SKSF 2009


Aku sedang menyampaikan ucapan wakil pelajar dan ketua murid.
Sebahagian dari ibubapa yang sempat hadir ke majlis tersebut.

Antara guru2ku; cikgu Latif, cikgu Adnan, Pak cik Fairuz, Cikgu Kamaruzaman


Aku dan sahabat karibku.




Pelajar tahun 6/2009


Suke? Meh Like sini :)

AKU....Majlis Bacaan Yassin dan Izin Ilmu UPSR SK Serting Felda 2009

Tarikh: 4 September, 2009
Hari: Jumaat\
Tempat: Dewan Tahun 6 SK Serting Felda

Objektif Program

Semoga murid tahun 6 yangk akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini akan;
  • menghargai jasa dan pengorbanan guru dan ibubaa terhadap mereka
  • Dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan hati yang tenang dan fikiran yang lapang ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan, berkat restu dan izin ilmu yang telah diberikan oleh guru-guru dan ibubapa

TERIMA KASIH GURUKU.....


Suke? Meh Like sini :)

Aku, Majlis Bacaan Yasin, Berbuka Puasa, Solat Hajat & Solat Terawih Sek. Keb Serting Felda 2009

Program tersebut dirancang bagi mencapai objektif;

  1. sebagai satu usaha dan ikhtiar untuk memohon hajat dan bantuan daripada Allah s.w.t. agar dianugerahkan kemudahan, kesihatan yang baik dan kelapangan jiwa nurani kepada calon-calon UPSR untuk menempuh peperiksaan yang bakal menjelang.
  2. Mengeratkan silaturrahim di kalangan warga sekolah khasnya dan antara pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga di sekolah ini khususnya.

Tarikh: 3 September, 2009

Hari: Khamis

Masa: 6.30 ptg

Tempat: Dewan Tahun 6 SK Serting Felda

Ucapan terimakasih yang terhingga dariku kepada;

  • Tuan Pengurus Raja Alias 2
  • Ustaz Abd Hamid (Imam Masjid Jamek Bandar Seri Jempol)
  • Guru Besar SKSF
  • Guru Penolong Kanan
  • Guru-guruku
  • Kakitangan SKSF
  • AJK PIBG
  • Semua ibu bapa penjaga tahun 6
  • Dermawan


Suke? Meh Like sini :)