Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Saturday, December 31, 2011

Tata Cuti~

Hai.

Disebabkan cuti hampir habis, perasaan berdebar-debar nak ke sekolah tu memang ada kat dalam diri aku walaupun dah 2 tahun masuk sekolah menengah. Tak tau sama ada berdebar nak jumpa kawan-kawan atau nak menghadap buku 7 jam. Tapi yang penting, PJ! Memang tak boleh ditahan lagi kesabaran untuk menyepak bola. Bagi aku, dapat sepak bola dapat hilangkan stress.

Masa lapang, aku akan baca balik post-post aku. Oh my card! Ayat aku totally berubah. Punca? Maybe sebab menghadap komputer 6jam untuk siapkan karangan. Mungkin ayat aku tidak menyentap jiwa, tapi aku berjaya siapkan jugak.

Oh, Aleeza. Hope you can find friends in Sabah! Chill ok!
Suke? Meh Like sini :)

Monday, December 26, 2011

Last Week Of Holiday

Ok. Seperti semua sedia maklum, sekarang cuti dah hampir ke penghujungnya dan 2011 akan menutup tirai lebih kurang seminggu. Dan aku mendapat kejutan yang tak sangka-sangka, ibu beli Samsung Galaxy Tab dan ni post pertama aku guna tab yang semakinmenjadi kegilaan para peminat barang elektronik.

Sebelum tu takziah kepada keluarga Muaz sebab ayahnya telah meninggal. Al-fatihah.

Minggu last ni bukannya ada aktiviti menarik seperti menangkap belalang atau menghalau lalat, namun masa lapang diisi dengan membaca buku teks. Iyalah kan, buku teks dah dapat awal. Dah takde kerja sangat, baca buku la. Ada juga faedahnya.

Semalam pergi sekolah sebab ada mesyuarat pengawas untuk tahun 2012. Cikgu cakap tak nak macam tahun ni, lambat buat perlantikan. Dalam pukul 10 pagi habis, aku pergi kelas lama untuk ambik buku-buku tulis yang tertinggal, hari tu tak sempat ambik. Punyalah hampa sebab buku semua kena buang. Sayonara buku~

Kedudukan kelas pun dah bertukar. Sepatutnya Form 3 duduk kat dewan tapi bertukar, kami kena belajar kat tingkat 2, tempat Form 2 dulu. Haish. Kelas kitorang punyalah 'unik'. Kipas macam kipas pembunuh. Bahaya!
Suke? Meh Like sini :)

Thursday, December 22, 2011

Result PMR 2011

Hula! Ha, sesiapa yang selalu tengok perkembangan blog aku mesti dah perasan yang blog aku ada perubahan contohnya aku dah pasang lagu ( maaf, lagu korea sahaja. lagu lain tak dapat menawan hati ) dan wallpaper belakang yang hanya 10% yang dapat dilihat. Hampeh!

Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah satu peperiksaan besar yang wajib untuk pelajar Tingkatan 3. Dan apabila mencecah umur 15 tahun, mulalah mengeluh, risau, tiba-tiba terasa tekun dan macam-macam lagi perasaan lebih-lebih lagi kepada kelas depan. Terasa sedikit beban yang dipikul memandangkan kelas depan ialah kelas harapan guru-guru untuk mendapat keputusan yang 'kaw-kaw'.


Dan tahun depan, 1 Januari 2012 secara rasminya aku menjadi pelajar Tingkatan 3 ataupun dengan bahasa yang selalu budak-budak pakai : PMR Victim. Walaupun aku masih berumur 14tahun sehingga 20 Febuari, aku akan cuba untuk tekun, rajin dan akan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru walaupun terpaksa menempuh duri ranjau yang boleh melemahkan mental mahupun fizikal. Itu azam aku!

SMKSJ, berapa orang agaknya 8A?
Suke? Meh Like sini :)

Friday, December 16, 2011

Having Fun In Port Dickson!


Pada mulanya, kami berhasrat untuk ke Perak tahun ini. Tetapi akibat ekonomi dunia yang meleset tempoh hari, kami hanya ke Port Dickson. Gila. Gegar keting dengar bila nak ke PD. Tak sabar-sabar rasanya. Iyalah kan, holiday ini aku pergi dengan sepupu. Punyalah ramai!

Malam, aktiviti biasa bagi seorang belia yang sihat ialah ke lobby hotel dengan membawa RM3 untuk ditukarkan kepada token. Bukan nak main game, tapi snooker. Dah lama gila tak main sampai nak pukul bola pun tak betul.

Bergambar adalah satu benda yang penting. Setiap saat, mesti ada kamera yang ada untuk merakamkan detik-detik manis. Bawah ni ada la sikit gambar-gambar kami.









Suke? Meh Like sini :)