Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Friday, June 29, 2012

Pelanduk Dua Serupa 2

Hai. Hari tu dah tengok Pelanduk Dua Serupa kan? Ha, ada lagi. Kali ni aku nak tunjukkan lagi muka yang serupa. Dan kali ni muka cikgu aku sendiri.

Walla!

Serupa tak? Sebelah kiri tu Kaunselor sekolah aku dulu. Dia ni kalau bab-bab buat pelajar menangis, sekejap je. Pandai ustaz ni psiko budak. Namanya Ustaz Asri. Pelajar biasanya panggil dia ustaz dan cikgu ni antara guru feveret pelajar dulu. Dia amat la sporting dengan pelajar. Tapi sekarang dia dah pindah. Ke sekolah mana entah. Aku lupa la.

Yang sebelah kanan tu penyanyi Black Eyed Peas. Namanya Taboo. Kalau dia nyanyi, memang best la. First time aku perasan muka diorang serupa masa aku aku tengok MV Can't Get Enough - Black Eyed Peas. Dah tengok? Serupakan? Note, MV ni dibuat kat Jepun seminggu sebelum negara matahari terbit tu dilanda tsunami.

Ok. Cukup tu. Nanti aku post lagi. Jangan risau. Banyak lagi menanti

p/s; Aku post benda ni untuk suka-suka. Maaf kepada yang tersinggung
Suke? Meh Like sini :)

Wednesday, June 27, 2012

Bencana Alam; Ribut

Hai. Sekarang aku dalam minggu peperiksaan. Agak sibuk la sebab baca buku je memanjang. Result mid year aku dah la turun, so memang aku mesti dapatkan A sebanyak yang boleh. Eh, aku ambik 8 subjek je. Tak lebih dari tu. Hehe

Petang tadi sekolah aku ada sukantara. Rumah sukan kaler biru dengan kaler kuning pergi acara lompat jauh dan lontar peluru. Kaler merah dengan kaler biru lari 100meter. Bila ada sukan ni, aku rasa hilang sikit tension ni. Lagipun, esok ada 3 lagi paper yang tinggal. Ahh, tak sabar. Haha, macam orang dah nak habis PMR. Tapi aku main lompat jauh je. Then, aku dengan Zahir........ fly~

Lepas semua orang dah balik, aku ingat nak main bola dengan adik aku. Baru 10 minit aku main, ada angin tiup. Best betul bila ada angin petang. Sejuk je. Tapi tiba-tiba angin tu jadi makin kuat. Bola yang sepak boleh datang balik kat aku. Bayangkanlah macam mana kuatnya angin tu. Lepas tu, angin jadi makin kuat. Aku tak pernah expect akan ada angin kuat macam tu. Adik aku 100% takut dan macam tak boleh nak bangun pergi lari. Aku cepat-cepat dapatkan adik aku, bawak dia masuk bengkel.


Sebelum aku sampai kat adik aku, aku ada perasan yang ada benda jatuh kat dataran perhimpunan. Memang banyak la. Masa aku bawak adik aku pergi ke bengkel, kaki aku terkena pasu bunga yang nak jatuh. Aku tak rasa apa-apa pun masa tu. Yang aku tau, bawak adik aku ke tempat selamat. Pasu bunga yang lain tak payah cakap la, jatuh jugak.

Bila aku dah bawak adik aku masuk bengkel, aku keluar balik ambik bola. Then, angin pun perlahan-lahan berhenti. Aku ambik bola dah tengok dataran perhimpunan. Wallaa! Bersepah! Tong sampah, campur pulak dengan daun kering. Semuanya bersepah dengan sempurna dan harmoni.

Aku nampak budak drama keluar dari bilik utiliti. Diorang tunjuk kat aku atap sekolah. Sekali aku tengok, macam sekolah terbiar je. Tiba-tiba, Is perasan cermin kat belakang kereta Teacher Syeida pecah akibat terkena atap yang melayang. Teacher pergi alih kereta, parking kat tempat cikgu parking kereta. Paling kelakar, 2 orang pergi jumpa pak cik jaga on duty, cakap tadi ada ribut. Pak cik tu cakap yang dia tak tau pun ada ribut. Haha. AKu rasa pak cik tu tidur kot.

Memang aku tak pernah tengok bencana alam macam ni depan mata aku. Pelik betul bila kat Negeri Sembilan terjadi ribut. Tapi tu semua kuasa tuhan. Aku rasa 5% dari bangunan sekolah rosak. Atap banyak dah hilang. Apa la reaksi cikgu esok. ~,~

p/s; Sis, aku tak marah kau. Chill okay? :D
Suke? Meh Like sini :)

Friday, June 22, 2012

Haaai

Hai. Mungkin sekarang ni ramai tengah tengok Tooth Fairy, tapi aku tak nak tengok. Dah muak pulak aku tengok cerita tu berulang-ulang. Lagipun, The Rock tak comel la pakai kepak tipu tu. Kalau dia pakai baju fit tu, okay. Haha

Sebenarnya banyak benda nak cerita. Berita baik dulu.
Satu. Kerja kursus Sejarah aku dah hantar kat cikgu walaupun lambat sehari. Mula-mula ingat nak tukar sikit folio tu tapi aku kekalkan rupa bentuk fizikal asal supaya sama konsep dengan Hakim; blank.
Dua. Ayat hafazan aku dah berjaya habis. Yaay!

Berita buruk,
Satu. Kerja kursus Geografi kena hantar jugak. Hari key-in markah sama dengan hari key-in markah kerja kursus Sejarah. But, aku belum habis buat lagi.
Dua. Walaupun hafazan dah habis, tilawah ada lagi.
Tiga. Minggu depan ada pra-trial PMR untuk kelas aku saja
Empat. Khamis minggu depan, aku akan dihadapkan depan cikgu dan kasi reason apa sebab markah-markah.
Lima. Minggu ni antara minggu yang tak best. *sigh*

Nampakkan? Banyak yang buruk daripada baik. Ahh, layan lagu Ramli Sarip lagi best.


Suke? Meh Like sini :)

Tuesday, June 12, 2012

Malaysia vs Singapore 2-0 [12 June 2012]

Hai. So, macam mana dengan sekolah korang? Harap-harap korang okay kat sekolah. Kalau boeh jauhkan daripada benda yang negatif seperti buli cikgu, buang sampah korek pensel di lantai kelas mahupun mencarut kepada acik kantin yang masak tak sedap langsung. Entah-entah, acik tu lupa letak garam.

Okay, kita fokus kat perlawanan friendly antara Malaysia menentang Singapura. Sekali lagi taman perumahan Desa Permai Serting Tengah menjadi bising dengan suara penyokong Harimau Malaya yang turun ke Stadium Shah Alam dengan misi membalas dendam setelah seri 2-2 dengan Singapura pada Jumaat lalu. Tapi aku rasa, bukan taman perumahan aku je yang bising tapi di seluruh negeri turut bersemangat menyokong Malaysia.

Pasal game tadi memang gempak la. Aku pun teruja tengok sampai terangkat-angkat kaki aku. Haha. Malaysia kali ni ada kelebihan sebab main kat tempat sendiri dan aku tengok penyokong pun ramai yang datang kasi sokongan. Gol pertama dari Shakir Ali tadi memang aku tak jangka langsung. Aku ingat dia tanduk tak masuk. Bangga weh aku, Shakir tu player Negeri Sembilan. Haha

Gol dari Shafiq Rahim tadi memang cantik, world class gitu. Kalau korang perasan bila Malaysia dapat free kick, automatik Singapura macam dah resah. Mana tak resah, Malaysia ada dua orang pakar free kick;Shafiq Rahim dengan Aidil Zafuan.

Singapura pun beberapa kali buat serangan bahaya tapi diselamatkan oleh barisan pertahanan dan penjaga gawang, Khairul Fahmi. Dan aku rasa kagum kat player Duric, walaupun umur dia 41 tahun tapi dia masih cergas dan boleh lagi mewakili Singapura. Bukan benda yang senang untuk mewakili negara sebab sekarang makin ramai pemain muda yang berbakat.



Gol cantik dari kapten Malaysia

Keseluruhan permainan, Malaysia lebih banyak menyerang daripada Singapura lebih-lebih lagi apabila sorang player Singapura dapat kad merah. Memang kalau tengok kat replay tu, Bunjamin memang tolak player tu tapi aku pun pelik kenapa player tu yang dapat kad merah. Pengulas tu cakap, dia dapat kad merah mungkin sebab buat simulasi. Aku pun sebenarnya tak berapa faham apa binatang simulasi tu.

Masa kena kad merah tu, ramai jugak player Singapura datang buat bantahan termasuk jugak coach Singapura. Memang nampak ketidakpuashatian kat muka diorang lagi-lagi coach Singapura. Heh, teringat aku Jumaat lepas masa Singapura dapat penalti kontroversi dan free kick dalam kotak penati. Well, situasi agak berlainan berbeza tapi reaksi lebih kurang sama. Hidup ni macam roda, kadang-kadang kita kat atas kadang-kadang kita kat bawah. Memang adat la tu.

Maaf kalau aku tulis ni menyinggung perasaan penyokong Singapura. Memang ramai pengkritik hebat-hebat yang ternama di luar sana tapi aku cuma tulis ikut pandangan aku. Perlu ingat jugak tujuan sebenar friendly ni. Bola sepak bukan medium untuk cari musuh tapi ianya medium untuk kita tingkatkan kelemahan, cari ramai kenalan dan rapatkan hubungan sesebuah negara. 

So, congrats to Harimau Malaya yang berjaya menang kali ni. Singapura, team korang pun main baik tapi aku rasa maybe no luck.

Keep it up Harimau Malaya! Aauummmm!! Malaysia boleh!

Suke? Meh Like sini :)

Friday, June 8, 2012

Singapore vs Malaysia [Friendly 8 June 2012]

Hai.

Maaflah, cuti ni aku tak pun update post. Aku sibuk, kelas kelas kelas. Orang cakap, susah dulu, senang kemudian. Tapi aku rasa aku ni dah terbalik, senang dulu, susah aku elakkan. Tapi aku baca buku jugak kay? Lagi 2 bulan nak trial PMR. ~.~

Besempena cuti dua minggu, FAM telah buat friendly dengan negara jiran. Baru tadi Malaysia habis friendly dengan Singapura. Kalau aku tengok memang terjerit-jerit la. Pernah sekali aku hilang suara sebab jerit-jerit sokong Malaysia. Well, aku antara Ultras Malaya tapi kat rumah je. Stadium Shah Alam dengan Stadium Bukit Jalil aku tak pernah pergi. STAR Paroi pernah la pergi.

Okay, aku nak cakap sikit pasal game tadi. Aku tengok player Malaysia dan Singapura masing-masing main dengan sungguh-sungguh. Memang game tadi menarik la untuk ditonton. Paling menarik, suara Ultras Malaya yang tak berapa ramai tu jelas kedengaran. Diorang pun non-stop 90 minit kasi sokongan kat Harimau Malaya. (Maaf, kumpulan penyokong Singapura aku tak tau nama)




Gol dari kapten Malaysia, Safiq Rahim

Yang aku pelik, kenapa ref tadi boleh kasi penalti kat Singapura sedangkan player Singapura sendiri yang pergi langgar Khairul Fahmi.aka Apek. Memang ramai la yang datang kat ref dan bantah keputusan ref. Sepatutnya ref merujuk kepada penolong ref 1 atau penjaga garisan sebab dia yang lebih nampak. Then, Apek dapat tahan penalti tu. Tiba-tiba, Singapura dapat free kick DALAM KOTAK PENALTI! ...THE FISH?! Okay, aku pun dah tak puas hati dengan keputusan ref. Dah penalti kan? Kenapa nak kasi free kick pulak.

Lagi satu, kepada siapa yang tengok bola, perasan tak bila Malaysia gol takde muzik tapi bila Singapura gol tiba-tiba ada muzik. Aku sebenarnya tak kisah ada muzik ke tidak tapi provoke tu. Lagi satu, bila Safee cedera, player Singapura terus main tanpa hiraukan Safee yang dah terbaring. Malaysia marah la kenapa tak buang bola keluar? (Malaysia main cara fair play)

Aku tulis ni bukan nak cari gaduh. Aku tau aku bukan pengulas pro tapi aku tulis ikut pendapat aku. But, dua-dua main dengan baik. Malaysia mungkin takde luck. Takpe, kekalahan mengajar kita untuk menang kemudian hari. Keep it up Harimau Malaya!
Suke? Meh Like sini :)

Friday, June 1, 2012

SMK Seri Jempol's Camping at Bentong

Hai.

25-27 Mei 2012. Aku pergi perkhemahan perdana SMK Seri Jempol.

Seriously, ni camping kedua yang paling best bagi aku lepas Jambori.

25 Mei, Jumaat.
Mid year exam ada lagi tapi tinggal paper Muzik dengan Pendidikan Jasmani je. Aku tak ada mood sebenarnya nak pergi camping. Lepas rehat, peserta perkhemahan tunggu kat dewan. Dalam pukul 12.30 tengah hari, bas untuk budak lelaki dan beberapa orang budak perempuan sampai. Malas nak tunggu basa lagi satu, pak cik driver terus memecut laju menuju ke destinasi kami, Bentong, Pahang.

Dalam pukul 3.30 petang, bas kami sampai kat Karak. Sembahyang jamak, makan-makan, sambung perjalanan. Masa sampai situ, dah nampak KFC. Nak makan, tapi kena save bajet.

Pukul 5.00 petang, sampai kat luar. Nak masuk kena naik kenderaan yang dia sediakan sebab camp site tu di kai bukit. Masa naik lori tu, rasa modd camping tu datang. Berkobar-kobar. Tak sabar nak rileks kat dalam hutan. Then, welcom to Dusun Eco Resort , Bentong, Pahang! Kami tinggal dalam satu bilik @ khemah A-shape. Satu bilik boleh sumbat 4-5 orang, ikut keselesaan. Aku dapat bilik nombor 2, dan dilantik jadi ketua bilik. Ketua bilik kena jaga kunci tu dengan sepenuh jiwa dan raga. Siapa hilang kunci, kena bayar denda RM100; cikgu Muhazir cakap. Aiseyyy!. Roommates aku, Habil, Hakim dengan Iwan.

Ni lah bentuk 'khemah' kitorang-A-shape

Macam ni lah keadaan dalam A-shape. Selesa la untuk 4-5 orang

Surau

Kedai yang ada bukak. Hakim sempat la melabur kat sini, beli berus gigi

Lepas solat dan makan, kami siap-siap dan beratur ikut kumpulan.  Aku ketua kumpulan 7. Malam tu kitorang ada aktiviti pertama, Night Walk. Korang mungkin ingat macam Burung Hantu. Tapi sebenarnya aktiviti kami lagi mencabar. Disebabkan kem tu dekat sangat denagn hutan, so kami meredah hutan malam tu. Dengan hanya berbekalkan sebatang lilin untuk satu kumpulan, kami berkerjasama untuk meredah hutan malam tu. Abang guide tu cakap yang kumpulan sekolah kitorang bagus sebab hanya ambik 1jam 20minit untuk keluar hutan dengan bilangan 80 peserta. Dia cakap, ada yang ambik masa 3 jam nak sampai tapi peserta 40 orang je.

Tu aku yang pakai baju kaler biru. Nampak?

Then, masuk A-shape, tukar baju terus tidur. Tak tau pulak malam tu sejuk sangat. Aku pulak pakai seluar pendek. Pukul 4am aku bangun, teman Hakim pergi tandas. Dah tu, masuk A-shape, pakai seluar panjang, tidur balik.

26 Mei, Sabtu.
5.30 pagi, kitorang bangun pergi mandi. Air dia tak payah cakap la. Sejuk gila! Tapi nak buat macam mana, buat tak tau je la. Dengan berbekalkan buih dari syampoo Rejoice kat kepala aku, aku pergi basuh kepala dan lap badan sambil tahan sejuk. Bukan nak tunjuk lagak tapi untuk motivasi kawan-kawan jugak kan?

Lepas makan, kami pergi Jungle Trekking. Kami terpaksa ikut laluan malam semalam sebab cikgu takut kitorang penat sangat. Kalau ikut laluan sebenar, 3-4jam beru keluar rasanya. Mungkin malam semalam dah lalu, kitorang macam dah expert dengan jalan tu, boleh tau mana lubang, mana akar. Haha.

Senaman pagi

Wajah penat. Baru lepas keluar dari hutan

Then, cikgu kasi mandi kolam. Wahh! Aku super excited! Dah lama gila tak berenang! Sebelum masuk, Ustaz Hirma jadi leader, buat warm up. Then, kami masuk. Air dia memang sejuk. So kepada sesiapa yang tak biasa mandi lama-lama dalam air sejuk, kaki tu mudah sangat la krem.


Ustaz Hirma jadi leader untuk warm up



Sebelum terjun dalam kolam

Lepas break sekejap, kitorang ada aktiviti lagi; berakit. Pak cik tu cakap yang kitorang kena siapkan rakit tu dalam masa 30 minit. Siap tak siap, mesti campak rakit dalam kolam. Setiap kumpulan diberi 2 batang buluh kecik, 7 buluh panjang, 10 tong dan 25 tali. Aku jadi ketua gak kali ni. Kumpulan 7 dan 8(PPKI) bergabung jadi satu kumpulan. Aku dengan yang lain main peranan masing. Ikat tali sekemas yang mungkin, seketat yang boleh. Nanti tak memasal terbarai buluh tu kat kolam. Walaupun pak cik tu cakap masa dah habis, aku dengan group aku bantai je ikat. Asalkan selamat.

Pak cik yang on duty pasal rakit ni

Dah sudah tu, mandi kolam balik. Cikgu kasi mandi sampai pukul 6.00 petang tapi kena berkumpul kat luar dulu. Buat warm up. Tapi ramai yang tak ada, so kena denda masuk kolam. Eh, ok la kan? Nanti mandi kejap je. PPKI cukup orang so diorang bebas mandi kat tengah kolam. Kitorang kena pusing kolam 4 kali. Disebabkan semua pusing, kadi macam dah ada pusaran kat kolam tu. So, aku tak jalan. Aku terapung je la, nanti dia bergerak sendiri. Hakim pun join. Best!

Malam, dah siap-siap solat, cikgu kasi 15 minit untuk buat preparation Denai Malam @ Malam Kebudayaan. *skip 15 minit* Masuk dewan, duduk dalam kumpulan. Lepas tu, cikgu suruh cabut undi. Tengok aku giliran ke berapa. Bukak je kertas tu, tengok dapat giliran ke-6. Kira ok la kan? Maaf la, aku tak ingat la orang lain buat apa. Tapi ada satu kumpulan tu buat persembahan nyanyian, lirik sendiri tapi ikut rentak Cinta Muka Buku. Smart sey. Memang aku tabik sebab dia boleh fikirkan lirik dalam masa yang singkat. Nanti aku masukkan lirik. Kumpulan aku buat benda simple, buat macam pemberita.

Show time!
  • Aku-Karam Singh Wala-Wala - Aduan Tell Me What
  • Hakim-Laloy - Wartawan Sukan
  • Ayu dengan siapa entah(sorry lupa nama)-pembaca berita
  • Kak Faezah-gossip
Malam tu aku memang puas sebab walaupun kejap, tapi dapat buat semua orang terhibur. Dan aku tau kumpulan aku dah buat habis baik. Yang paling best masa segmen sukan, aku suruh Hakim cakap "Negeri Sembilan membantai Kelantan 12-0 dalam saingan Liga Super" Haa, yang part, bersorak semua orang kecuali Ustaz Asyraf sebab dia orang Kelantan. Sorry ustaz. Ni untuk suka-suka je. 

27 Mei, Ahad
Aku bangun pukul 6am, aku gosok gigi dengan Hakim. Malam tadi hujan. Habil dengan budak PPKI je yang berani mandi pagi tu. Bukan aku takut air sejuk tapi cuaca sejuk betul pagi tu sampai boleh nampak asap keluar kat mulut bila bernafas. (Bukan merokok okay?) Terasa macam kat Eropah. Hehe. Then, aku tidur sekejap. Aku suruh Hakim kejut aku pukul 6.15am. Bangun-bangun dah pukul 6.40am. Hakim pun tidur sekali. Adoii. Bangun je terus pergi solat

Lepas breakfast, kami siap-siap untuk Rentas Halangan. Bila abang yang guide kitorang tu buat briefing sikit, kami mula la buat. Memang adat lelaki bila suruh perempuan jalan dulu.Kononnya nak gentleman. Last-last, kena beratur tunggu budak perempuan habis giliran kat tempat-tempat lain. Punyalah lama kena tunggu.

Dengar taklimat Ustaz Asri sebelum break fast



Finally, habis semua halangan kami buat. Dalam keadaan yang kotor, cikgu suruh kami terus makan. Aku sempat jugak lari, tukar selipar. Tak selesa la, kasut basah. Sampai-sampai je, bawah tudung saji kosong lagi. Orang tu belum habis masak lagi. So, kitorang ambik peluang la borak-borak sambil tengok lori yang tak henti-henti naik bawak orang cina. Hari tu kira sikit yang sampai. Hari Sabtu, lagi banyak.Kebanyakannya orang cina.

Masa aku tergelak-gelak dengar lawak yang diceritakan oleh kawan-kawan, Ustaz Asri sampai dengan baju  T-shirt. Lepas aku dapat t-shirt tu, aku simpan dulu. Nanti boleh try, sekarang ni perut dah lapar.

Masuk khemah, tukar seluar, terus menuju ke tempat mandi. Disebabkan hari tu last aku mandi kat situ, aku decide nak mandi lama-lama sikit. Nak lepas rindu. Lebih kurang 10minit aku mandi, aku masuk khemah pack barang. Then, baru try baju. Aisey, kacak gila aku bila pakai baju t-shirt kaler oren tu.

From left;Cikgu Fariza, aku, Iwan, Ijam, CIkgu CheqCheq

Majlis penutup, aku pergi ambik hadiah sebab aku ketua kumpulan. To be fair, cikgu kasi semua kumpulan satu hadiah. Tak adil la kalau kumpulan aku je yang rembat semua hadiah. Lepas tu, snap time!


Aku sebelah Hakim. Try la cari aku kat mana 


 Stunt atas kereta Hilux

 Aku secara officialnya menjejakkan kaki kat rumah pukul 7.00pm.

Nak tengok gambar lagi/ Tengok kat Album INI.

Suke? Meh Like sini :)