Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Friday, November 30, 2012

Bakat Terpendam Ku Serlahkan.

Pada satu hari lepas PMR yang cerah, Cikgu Masri panggil aku, Zahir, Wan dengan Fara. Tanpa banyak tanya, kitorang jumpa cikgu. Cikgu suruh kitorang masuk pertandingan syair. Aku dengan Zahir terus cakap okay sebab pagi tu budak lelaki ada main bola. Memang aku tak tentu arah dah kalau macam tu. Haha

Beberapa hari lepas tu, cikgu panggil aku dengan Zahir. Cikgu cakap pertandingan dah tukar, syair takde, Yang ada menyanyi, azan, nasyid dan sajak. Menyanyi pulak, kena nyanyi lagu yang melambangkan Malaysia. Masa tu budak tengah main sepak takraw, aku takde la fikir-fikir sangat. Aku terus on, masuk menyanyi. Haha. Sebelum balik, cikgu kasi aku tajuk lagu. Aku dapat lagu SM Salim - Selamat Tinggal Bungaku. Bila aku dapat, aku puas fikir lagu apa ni? Tak pernah pulak dengar tajuk dia.

Balik rumah, aku bukak YouTube search tajuk lagu tu. Bila dengar, aku cakap "Klasik gila lagu ni." Serius, aku memang tak pernah dengar. Ini bukan gurauan. Haha. Aku masuk bilik, aku kunci pintu dengar banyak kali. Masa aku dengar tu baru aku fikir balik, betul ke apa aku buat ni?

Lepas tu, skip 4 hari tak datang sekolah sebab pergi Langkawi. Kat sana aku practice dua tiga kali je walaupun notebook aku ada bawak. Haha. Campur hari Isnin aku tak datang sekolah. Pertandingan pulak hari Rabu - 7 November 2012 bertempat di dewan SMK Bandar Baru Serting (BBS). Aku ingat lagi tarikh dan tempat aku debut sebagai penyanyi klasik peringkat daerah. Haha.


 Masa practice. Hewhew




Sekolah aku hantar ramai jugak budak untuk masuk pertandingan tu. Ni ha list budak yang masuk

  • Menyanyi solo - Aku, Zahir, Fara, Syahleen
  • Nasyid - 3 kumpulan ( 1 kumpulan lelaki, 2 kumpulan perempuan )
  • Sajak - Habil, Aishah, Wan, Mimi
  • Azan - Aidil, Hider, Khairul, Ikram
 Team nasyid budak perempuan. 


This is Aidil. Dia masuk 2 pertandingan, azan dengan nasyid. 
Dua-dua dia menang.

Masa nak cabut undi angka giliran, aku kena panggil budak sajak. Bila aku datang balik, tengok tinggal satu je. Masa aku ambik, aku dah boleh nampak nombor berapa. Aku dapat nombor 1. Ceet! Tak payah ambik pun takpe dah. -,-

Aku cuba untuk positifkan diri aku. Macam-macam aku buat dah, tapi tetap berdebar-debar. And, it's my turn. Masa aku pegang mikrofon tu, aku tak perasan yang tangan aku menggigil. Aku tukar pegang mikrofon tangan kiri pulak. And well, sama je. Takde perubahan langsung. Dah tu, aku pegang mikrofon tu dua-dua tangan. Hehe.

Masa ni memang menggigil. Terketaq-ketaq. Haha

Time aku dah ready nak nyanyi, orang yang jaga lagu tu boleh pulak dia play lagu sajak. Aku pergi kat dia, aku tunjukkan lagu yang mana satu. And then, I sang! Tengah feeling nyanyi, orang tu boleh pulak TERSTOP kan muzik tu. Haih, nak buat macam mana. Sabar je la. -,-

Masa dah habis tu, aku perasan Aishah dengan Mimi suruh aku buat pergerakan. Haha. And yess, aku memang tak terfikir langsung nak bergerak. Lagu tu pulak slow, so tak tau nak buat movement apa. Nak menari Zapin, tak kena pulak. Nak menari Sorry Sorry-Super Junior, tak reti pulak. Haha


Dah turun tu, aku buat tak tau terus on notebook aku dengar lagu yang boleh tenangkan aku. Langsung tak berkesan! Haha. Lantak la, yang penting aku dah buat habis baik. Good job, Azhan!



Then, sajak. And lastly, nasyid. Diorang semua hebat-hebat. Aku tengok pun jeles. 

Zahir ; Zapin Budi


 Fara ; Awallah Dondang


 Syahleen ; Bahtera Merdeka


Habil terpaksa jadi bidan terjun sebab ada budak tarik diri.


This was our winner, Wan!


 Nasyid SMKBBS


 Team nasyid yang lain







"Mesti diorang semua menang Aku mesti tak menang."
And like I said, aku tak menang. Haha. Pertandingan lain semua sekolah aku yang pegang nombor satu. Menyanyi je terlepas. Budak SMKBBS  yang menang. And this were the result:-
  • Azan - 1st, Aidil. 2nd, 3rd aku tak ingat siapa. Budak BBS rasanya
  • Nasyid - 1st, kumpulan budak lelaki sekolah aku. 
  • Sajak - 1st, Wan. 2nd, Aishah. 3rd, Mimi.
  • Menyanyi - 1st, budak BBS. 2nd, Zahir. 3rd, Fara.
 Saguhati je. Haha


 That's Fara. Mula-mula dia cakap kat aku dia tak nak masuk. Macam-macam dia cakap.
Aku cakap, kau boleh buat. Terus dapat nombor 3. 





Wakil nasyid (saguhati)


 Wakil nasyid (tempat ketiga, rasanya la. tak ingat la.) -,-

wakil nasyid (first place)







Congrats to all of you. Korang dah buat habis baik. Mungkin aku takde rezeki. At least, aku dapat pengalaman baru dan dah debut sebagai penyanyi klasik. Haha. Sebenarnya, dua buah sekolah je yang menang. Shhh, jangan bagi tau orang lain tau. Haha

p/s; Sepatutnya post ni dipublish dah lama, tapi asyik tertangguh je. -,-

Suke? Meh Like sini :)

No comments:

Post a Comment

komen ?