Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Saturday, October 29, 2011

Congrats Negeri Sembilan!


'Apa? Terengganu dah dapat gol?! Cis!'

Ini reaksi aku bila tengok bola msuk ke dalam gol Negeri Sembilan. Ingin saja aku mencarut dengan kuat tapi dibatalkan niat memandang masih ada 30 minit sebelum masa tamat. Penyokong Terengganu pun memekak sambil bersorak keriangan. Aku hanya terdiam kaku melihat jaringan tadi. Tiada apa yang dapat dikatakan lagi.


Dan secara tidak bersedia untuk menjerit, Kunalan yang berniat untuk menghantar bola kepada Hai-O terus menyepak dan secara tiba-tiba, GOL! Wah! Ajaib ni! Penyokong-penyokong Negeri Sembilan kembali memekak-mekak tanda gembira. Aku yang berada di rumah menghempas-hempas kusyen beberapa kali kerana terlalu gembira sehingga ibu marah. Mujur ibu ada, kalau tidak kusyen tadi mungkin tinggal sejarah.


Pemain Negeri Sembilan kembali bersemangat untuk mencari gol kemenangan. Dan trimas kepada Hai-O yang menghasilkan jaringan cantik daripada cross Shukor Adan. Tergamam penyokong Terengganu. Masa untuk pasukan Penyu semakin suntuk. Dan akhirnya tiupan wisel penamat dibunyikan.

Aku pula menjerit kepuasan sehingga mengejutkan anak jiran sebelah yang sudah tidur. Maaf ya.







Tahniah!



Suke? Meh Like sini :)

No comments:

Post a Comment

komen ?