Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Wednesday, November 9, 2011

Bukit Merah Laketown Resort

Maaf, sepatutnya post ni dipublish dah lama tapi diebabkan faktor kemalasan dan kesihatan, sekarang baru habis ditaip.

Cuti hari Isnin dan Selasa aku diisi dengan trip dengan budak-budak form 3 ke Bukit Merah. Baru ingat nak stay kampung cuti ni, tak pun lepak kat rumah sambil mencuba game Fifa 2012 tapi bila difikir-fikir, best jugak kalau dapat ikut. Dah lama jugak aku tak main air.


First day

Kami berhenti di depan Istana Iskandariah dan bergambar sekejap dengan berlatar belakangkan pintu pagar yang besar dan pokok-pokok hijau.





Kemudian, kamu singgah di Muzium Diraja. Malang tidak berbau apabila muzium itu tak dibuka sebab kerja-kerja pemulihan. Kempunan kami.



Then, kami bergambar pula di masjid apa entah. Tapi masjid tu memang jadi tarikan pelancong asing sebab seni bina masjid yang memang, entah la. Tak tau nak cakap macam mana. Memang lawa la!




Lepas tu, kami gerak ke Kampung Sayung di mana Kilang Labu Sayung terletak dan kami dapat tengok sendiri macam mana proses nak buat labu sayung. Bila tengok macam senang, tapi bila dah try sendiri, hasilnya seperti hampas kelapa yang dihempas-hempas berulang kali ke tanah.


pak cik yang buat labu sayung ni serupa macam Shukor Adan(kapten n9) cuma badan pak cik ni berisi sikit.


pembikinan labu sayung.

Oh! Dah smapai tempat yang best. Tempat apa? Haa, jeng jeng jeng~ Kuala Kangsar. Apa yang specialnya dengan tempat ni ialah terdapat laksa dan cendol yang sedap-sedap. Kat sini la tempat aku isi perut dengan makanan puas-puas.



Dan tempat terakhir petang tu ialah melawat pokok getah tertua di Malaysia. Wah! Memang besarlah pokok tu. Kalau tak silap Residen Perak yang bawa masuk pokok tu kat Malaysia masa British jajah Tanah Melayu.


inilah pokok yang aku ceritakan tadi

Malam pun ada aktiviti lagi. Takkan nak rehat je kat hotel kot. Tak thrill la. Malam tu kami pergi Zoo Taiping untuk melawat sedara. Hehe. Mula-mula excited nak masuk tengok binatang, tapi semuanya bertukar tragedi(?). Bukanlah tragedi cuma kami sedikit kesal kerana samar-samar nak tengok haiwan waktu malam. Nasib baik pusing zoo naik kenderaan yang macam kereta api. Tak adalah penat sangat.


Apa? Dah penat nak baca? Sabar. Sikit lagi.

Second day


Perkara yang paling ditunggu-tunggu ialah MAIN AIR! Semua tak sabar nak main. Tapi mula-mula kami melawat Pulau Orang Utan. Ada pulak anak orang utan yang ditempatkan di tempat khas.



Tour Guide kami cakap, orang utan
  • Mengandung 9bulan seperti manusia
  • Betina juga haid
  • ada 98% genetik seperti manusia
geram aku tengok muka anak orang utan ni. COMEL!


Then, benda yang ditunggu-tunggu sampai. Apa lagi? Berendam la kami sampai tangan dah kecut Best!


Trimas kepada Kak Yun sbb gambar-gambar yang cun!

Suke? Meh Like sini :)

4 comments:

  1. Kak Yun ? Aku ke yg kau maksodkan tu ? Haha *perasan je =___='

    ReplyDelete
  2. Bukan. Ni yg form 3. Nur Khairunnisa aka Yun. Not you alone everybody call 'yun'. Haa, how my english? Power?

    ReplyDelete
  3. Haha yelah :P . Power-3 . But you're not my opponent :D . How's mine ?

    ReplyDelete

komen ?