Mungkin semua tak tahu yang aku pergi Jambori Malaysia Ke-12 dan Terengganu International Scout Jamboree 2011. Aku pergi ni bukan 2-3 hari tapi SEMINGGU! Dan aku pun mula fikir yang bukan-bukan. Nak tarik diri dah terlambat pulak sebab nama dah hantar, baju pun dah beli. Aku dengan sedikit perasaan risau, aku pun pergi. Opp, lupa nak bagitau yang pergi ni bukan sorang-sorang tapi berteman. Dari sekolah aku je dah 8 orang termasuk lah adik aku sendiri. Tu tak termasuk daerah. Tapi kalau tak silap kontinjen Negeri Sembilan ialah kontinjen kedua terbesar selepas Selangor(kot). Dan jambori kali ni international! Pengakap dari Indonesia, Thailand, Brunei, Kazahkstan, Singapura dan banyak lagi yang datang!
Sabtu-19 Nov 2011
Semua kontinjen Negeri Sembilan Daerah Jempol berkumpul di PPD Jempol kecuali SMK Palong 11 dengan SMK Seri Perpatih. Yang ada berkumpul kat situ ialah Smk Seri Jempol, SMK Batu Kikir dan SMK Dato' Mansor. Kami diberi taklimat oleh En Sulaiman, Pesuruhjaya Pengakap Jempol. Lepas tu kami bergerak ke Muadzam Shah untuk tunggu bas-bas daripada daerah lain. Sebelum tu kami singgah kat mana entah sebab nak ambik kawan kitorang dari SMKP11 dengan SMKSP.
Perjalanan nak pergi kem tu punyalah lama. Kalau tak silap 7-8jam baru sampai. Sampai-sampai je, ada abang tu suruh kitorang pasang khemah dulu. Aku, Syakir dengan Iskandar pun pilih tempat strategik. Tiba-tiba kena pindah sebab sebelah khemah kitorang kosong. Tak pelah sebab dekat dengan bilik air.
Malam tiada aktiviti. Cuma perlu berkumpul dan kami diberi tag nama dan pasport yang mempunyai 5warna berlainan. Setiap warna mempunyai berlainan jadual daripada yang lain. Aku dapat warna hijau.
Ahad-20 Nov 2011
Jadual agak padat sebab pagi petang ada aktiviti. Sebelah pagi warna hijau ada aktiviti air. Kami berkumpul kat 1 tempat dan pergi ke kawasan aktiviti(sungai). Lupa nak cakap yang kem kami sangat dekat dengan pantai dan kem tentera. Kalau nak pergi, kami perlu menaiki trak tentera. Trip pertama, budak negeri lain yang lepas dulu. Kami yang tinggal ni kena la tunggu dengan keadaan basah sebab hujan. Bila tiba time trip kedua, aku cepat-cepat naik sebab tempat duduk terhad. Yang lambat tu terpaksa berdiri sekejap. Dengan keadaan dalam tu gelap-gelita, tak memasal aku boleh terbayang macam perasaan orang nak pergi perang. Takut, berdebar-debar dan yang paling pasti kena sentiasa bersedia kalau diserang musuh.
Tak lama lepas tu, kitorang sampai. Rasanya memang jauh dari kem kami. Hujan pun berhenti sekejap. Aku dengan basah kuyup tu buatlah aktiviti yang ada. Dan disebabkan aku keseorangan, tiada orang nak jaga pasport. So, basahla buku kecik yang penting tu.Hujan pun turun balik. Aku dah siap buat 3 aktiviti, terus balik dengan trak tentera tadi. Sampai je aku terus mandi dan berehat kat dalam khemah. Oo, manyak penat!
Sebelah petang pulak, hijau ada aktiviti lasak. Aku buat la yang mana aku suka tapi aku tersalah pilih aktiviti. Aku pilih paintball yang terpaksa beratur panjang. Dan aku tak sempat nak habiskan. Aku pun balik dengan keadaan penat. Nak tidur!
Malam tu ada Malam 1Malaysia dimana setiap kontinjen harus membuat persembahan mengikut sub kem. Kebetulan pulak malam tu Negeri Sembilan ada jugak buat show. Aku pun berkobar-kobar la nak tengok. Sokong nogori! Entah kenapa, mungkin faktor kepenatan, aku rasa ngantuk dalam pukul 10.30pm. Aku ajak la Syakir balik kem. Bila aku sampai je kem, time Negeri Sembilan pulak buat show. Cis! Nak buat macam mana. Dah ngantok. Aku balik je la khemah. Tiba-tiba, kawan-kawan lain kejut. Diorang cakap ada kontinjen Negeri Sembilan kena berkumpul. Semua yang tengah tidur pun bangun balik. Aku dengan keadaan mamai terus beratur mengikut daerah. Ingat kan ada apa, rupa-rupanya kitorang semua dapat beg, baju hujan, lencana jambori, lencana kontinjen, baju jambori dengan baju kontinjen. Ha, kan bes macam ni!
Isnin-21 Nov 2011
Warna hijau pergi lawatan. Kitorang kena beratur dan tentukan mana tempat kitorang dapat pergi. Aku dapat badge no 14 dan ikut sorang akak ni. Nak pergi bas punyalah jauh. Bas parking dekat stadium. Sampai je kat bas, aku duduk sorang-sorang. Entah macam mana ada sorang perempuan dari Indonesia nak duduk sebelah aku. Nama dia Septi. Baik je dia. Aku pulak pemalu nak tegur dia. Then, akak yang iringi kitorang pun bagitau yang kitorang akan pergi ke Muzium Losong. Nasib baik pergi muzium. Kalau tak, basah la kitorang. (sebenarnya baju hujan yang kami dapat seperti tiada gunanya kerana pakai baju hujan pun boleh basah jugak).Dalam muzium, kami pun tengok la apa yang best. Bagi aku, tak ada apa yang best kecuali pasal haiwan-haiwan yang pihak muzium dah awet.
Malam, kitorang ada Forum Perdana-Cabaran Masa Kini Membentuk Keluarga Cemerlang. Ha, macam tu lah tajuk forum tu. Sebelum mula, Syakir ajak teman dia beli air mineral kat gerai. Aku terkejut beruk bila tengok ada tv kecik yang menyiarkan perlawanan siaran langsung antara Malaysia vs Indonesia, final Sukan Sea XXVI. Aku ingat nak pergi forum tapi disebabkan penceramah lambat sampai, aku pun pergi sokong Malysia. Yeah!
(p/s: budak Malaysia siap tengok bola sama-sama dengan budak Indonesia. kami kawan!)
Belum 10 minit tengok, hujan turun. Maklumlah, pantai timur. Hujung tahun biasanya hujan memanjang. Aku pun berlari-lari pergi ke khemah. Nak tukar seluar. Aku tengok kawasan kem macam tak de orang. Cuma guru dengan beberapa orang kelana. Lain semua keluar. Lepas tu, aku pergi sokong Malaysia balik tapi ada sorang pegawai tu cakap tak boleh tengok sebab takut budak-budak Malysia dengan Indonesia gaduh. Kempunan kami. Aku pun ingat nak pergi jalan-jalan. Tiba-tiba nampak 1 gerai ni penuh nak mampos. Rupa-rupanya budak-budak ni tengak bola lagi. Yang kesiannya ialah acik yang berniaga tu. Penuh sesak kedai dia. Aku try tengok sikit tapi habuk pun tak nampak. Entah macam mana aku ternampak pegawai tadi datang balik. Aku pun cuak dan senyap-senyap lari dari tumpuan penyokong bola tadi.
Habis forum, semua budak balik ke kem kontinjen masing-masing. Ingatkan dah habis pasal bola, tapi cikgu yang jaga kitorang sanggup call kawan dia sebab nak dengar pengulas sukan cakap masa penalti. Fullamak! Semangat bola!
Selasa-22 Nov 2011
Hijau ada permainan tradisional. Heh, aku bukan main sangat pun. Aku cuma hantar pasport dan terus cop. Tak main pun. Ehehe. Lepas tu aku terus habiskan cop untuk aktiviti lasak.
Selesai akhirnya. Aku pun bersihkan kasut, pakai selipar dan terus lepak kat dewan. Boring sangat, aku pergi warna batik sekejap. Tengah syok aku warna batik, datang 2orang budak perempuan dengan suka hati naik pentas dan karoeke. Memang tak dinafikan, suara diorang memang sedap. Macam penyanyi gitu! Bila aku tanya orang lain, baru aku tau yang diorang tu sebenarnya peserta Idola Kecil3. Patutlah sedap sangat suara!
Malam pulak diadakan Malam 1Malasyia ke-2. Kali ni memang happening sangat sebab peserta boleh buat wave. Memang cantik! Dan bila sampai masa nyanyi lagu 1Malaysia, semua nyanyi tanpa segan silu! Dan yang paling syok bila peserta semua sporting dan menyokong negeri-negeri lain yang membuat persembahan. Persembahan yang paling gempak malam tu ialah persembahan daripada kontinjen KL. Diorang nyanyi lagu Malaysian Boy! Semua enjoy!
Rabu-23 Nov 2011
Hijau ada kraf tradisional. Aku habiskan cepat-cepat dan duduk kat dewan. Memandangkan hari tu ada pertangdingan karoeke, aku hanya duduk situ and wait patiently. Mula-mula budak Sabah yang nyanyi. Best suara dia. Aku cuma tunggu wakil Negeri Sembilan. And finally, sampai turn budak Nogori! Dia nyanyi lagu Some One Like You. Nama dia aku lupa la tapi dia nyanyi ok. Tempo tak lari, pernafasan dia jaga. Bagi aku, perfect! Last-last, dia cuma dapat saguhati. Ok la tu. Siap dapat duit lagi. RM50 untuk saguhati tau!
Petang tu jugak, kontinjen Negeri Sembilan ada jamuan negeri. Setiap negeri mempunyai wakil untuk hadir ke jamuan tu. Setelah ada ucapan yang panjang lebar lagi berisi dan separuh daripada kami tak dengar langsung, kami pun makan dengan rakusnya memandangkan tak makan lagi.
Bila balik kem, aku terkejut sebab semakin ramai yang cedera. Hai, tu lah. Seronok sangat! Dan petang tu, 'kegembiraan' bermula! Kami diarah untuk membersihkan kawasan kem dan kutip segala sampah yang ada. Jika ada cikgu tu jumpa 5sampah, kami akan menyapu lumpur dimuka. Haish, kebetulan lumpur memang dekat tempat kami selalu berkumpul. Aku memang dah agak yang kitorang akan 'rasa' lumpur yang kemerah-merahan tu. Kami juga kena menunggu dengan cara menyangkung selama hampir 1jam. Dan kami letak lumpur tu kat muka ala-ala Fair and Lovely gitu. Hehe
Malam pulak, kami dapat peratuan baru. Siapa nak keluar kena isi nama dan tandatangan. Memandangkan ramai sangat yang beratur, aku pun membatalkan niat untuk keluar. Terus aku masuk khemah dan lepak-lepak bersama Iskandar dan Syakir. Kebetulan pulak aku masuk khemah, hujan terus je turun. Nasib baik la tak beratur, kalau tak 'mandi' lagi la aku nampaknya. Hujan kali ni bukan macam biasa sebab dah macam ribut. Khemah macam nak terbang sebab angin kuat. Dan sepanjang aku camping kat situ, malam tu je aku dengar guruh.
Macam biasa untuk setiap malam, kami kena beratur untuk kira jumlah semua pengakap kontinjen Negeri Sembilan. Dan, kami bernasib baik sebab hujan dah berhenti. Kalau tak memang kuyup la kitorang. Oh, dan kami hanya dengar ucapan untuk konsert terakhir dari tempat kami berkumpul.
Khamis-24 Nov 2011
Hari ni semua lepak-lepak. Semua dah start pack barang sikit-sikit. Ye lakan, esok nak balik. Bila fikir balik, rasa macam tak nak balik sebab kat sini kitorang ada konsert, jumpa kawan baru dan macam-macam lagi perkara yang tiada kat rumah.
Aku pun ingat nak pergi jalan-jalan untuk hari terakhir, tiba-tiba jumpa ayah kat kem Kontinjen. Lepas salam ayah, aku pergi jumpa Udo kat luar. Walaupun jauh, tapi ayah dengan udo datang jugak sebab nak jenguk aku dengan kngah.
Then, aku bersiap-siap untuk majlis penutupan. Kontinjen kami lambat sampai jadi yang lambat terpaksalah duduk atas lantai. Nasib baik tak hujan. Masa aku lepak-lepak dengan budak jempol, aku jumpa la 4orang sekawan dari STJ.
Carol(nickname), Hidayah, Husna dengan Sakinah. Aku ingat diorang semua Form2 tapi form4! Akak aku rupanya! Sorry sis. Oh, FYI Sakinah ni perangai dia sebijik macam Nafisah! Kat sana, kitorang panggil 'abg/kakak' untuk Kelana saja. Yang lain aku panggil 'bro/sis/aku/kau'. Diorang semua sporting!
Petang, aku dengan Iskandar, Syakir pergi jalan-jalan kat pantai. Ternampak pulak budak Jempol yang lain main baling selipar kat pantai. Woo, macam syok! Then, kitorang terserempak dengan Cikgu Lail dengan ladies-ladies dari SMKSJ. Alang-alang semua dah ada, cikgu belanja la!
Dan malam terakhir merupakan malam kami semua masih bersama-sama di tempat kami berkumpul aka lumpur. Aku dengar yang pemadam api dah hilang. Tak tau siapa yang ambil dan kami terpaksa mencangkung selama 1jam 30minit sementara abang n kakak kelana cari kat semua khemah kontinjen N9. Then, cikgu cakap yang pukul 7pagi, khemah dah turun dan bas dah tunggu.
Jumaat-30 Nov 2011
Aku bangun pukul 4pagi sebab nak pack lagi sikit barang yang tertinggal. 5.30 baru mandi. 6.15, khemah aku dah turun. 7pagi, berkumpul kat flying fox. Tiba-tiba, datang abang kelana suruh lelaki kemas campsite yang memang bersepah dengan sampah-sarap, sependa basah mahupun kasut yang kehilangan tapak. Bertolak balik pukul 8.30 pagi.
Perjalanan balik, rasa rilek je. Pukul berapa entah baru kitorang makan. Perut masa tu memang dah berbuny-bunyi. Dan perjalanan bas kami diteruskan selama 8jam dengan bas yang rosak aircond. Sampai kat bumi serting, pukul 2.30 kot.
But, jamboree is the best! Next year, I wanna go JAMNES in June! (hope that form3 don't have any activities in June)
No comments:
Post a Comment
komen ?