Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Sunday, July 15, 2012

Program Menggilap Permata 2012





Hai.


Permata? Terima kasih cikgu sebab panggil saya ni permata walaupun kulit saya tak secerah Nora Danish. Permata putih ke? Biarlah. Sebenarnya, ni program untuk 40 orang pelajar PMR dan SPM yang bertuah. Program ni hanya untuk yang terpilih sahaja. Alhamdulillah, 3KRK semua terpilih.

Ahad. 8 Julai 2012.
Semua berkumpul kat sekolah dalam pukul 9.30 pagi gitu.  Aku rasa macam malas nak ikut sebab adik-adik aku yang lain semua pergi Seremban, shopping baju raya. Disebabkan masih rasa penat sebab kemas rumah dari hari Sabtu, aku pun duduk dengan member dan terus borak-borak. Dalam bas, lagu Hattan dimainkan begitu rancak sekali. Walaupun kami yang lahir tahun 1997 ni tak minat Hattan, tapi kami layan. Siap karoeke lagi. Lirik salah belakang cerita, yang penting feeling.

Kitorang kat destinasi kami pukul 12tengah hari. Lupa nak bagi tau, tempat kami bermalam ni kat Kompleks Falak al-Khawarizmi. Lepas dapat kunci locker, kami masuk ke bangunan yang berasingan antara lelaki dengan perempuan. Kami tak tidur kat dalam bilik pun, budak laki-laki ni tidur kat dalam dorm. Wuhaa! Seronok rasanya bila dapat tidur ramai-ramai ni. Aku dengan Hakim tidur satu katil, dia kat atas, aku kat bawah.

Kemas-kemas kejap, kitorang turun kat dewan makan dan santap apa yang ada. Then, pergi solat Asar dah buat aktiviti yang best. Hari tu takde lagi slot untuk belajar, cuma slot untuk seronok-seronok je. Mula-mula, tengok tayangan kat kubah. Ceh, sakit tengkuk aku tengok kat atas lama-lama. Masa tayangan 3D, aku perasan Shaiqal, Alif dengan Naza dah tidur. Aku pun tertidur sekejap. Lepas tu, ada kuiz untuk kitorang. Kumpulan aku, al-Ikhsan menang kuiz tu dan dapat hadiah penanda buku. Walaupun tak mahal, tapi cukup la untuk dijadikan kenangan. Hurm, aku punya dah hilang. -____________-''

having fun with 'cermin gila' 

team aku (al-Ikhsan) menang

err, Zahir kena buli.

Malam tu lepas makan, kitorang solat dan baca Yaasin. Zahir, Hider dan aku dipertanggungjawabkan untuk baca kat depan. Last-last, aku yang kena baca. Balik je dorm, aku borak sikit dan terus tidur.

Isnin. 9 Julai 2012.
Bermulah slot untuk menggunakan otak. Dalam satu hari tu, kami belajar sekali 6 subjek ( BI, SJ, KH, PI, MT,SN). 5.30-6.30 petang, kami dapat rehat. Sejam nampak macam lama tapi tolak naik turun tangga, pergi makan, solat, mandi. Tengok-tengok berapa minit je.

Lepas sembahyang Maghrib, ustaz baca doa. Masa tengah tadah tangan, aku dah rasa macam tak sedap hati. Then, dengar kecoh-kecoh budak perempuan panggil ustaz. Ingatkan kenapa, rupanya ada budak kena kacau. Agak bising la kat belakang tu. Tak lama lepas tu, cikgu lain pun sampai. Budak-budak lain kena naik atas, sambung belajar. Masa on the way naik, dapat arahan daripada Ustazah Basimah untuk baca Yaasin kat atas. Lepas edar yaasin, sekali lagi aku diamanahkan untuk ketuai bacaan Yaasin. Lepas 20 minit, aku, Shaiqal, Hider dengan Khairul turun untuk simpan yaasin kat surau. Aku tengok keadaan dah ok sikit.

Sampai dorm, kitorang cadang nak tidur lewat malam tu. Then mulalah aktiviti kami; ada yang turun ke bilik CIkgu Masri mintak air panas, gossip pasal artis la, bukak YouTube layan lagu jiwang. Ada jugak yang tidur awal. Tapi, malam tu Cikgu Masri sempat naik dan lepak sekejap kat dorm kitorang. Ada gambar tapi entahlah, Nazmi tak upload lagi. Takpe takpe, nanti aku mintak kat dia. Form 5 masih belum naik dorm lagi. Entah pukul berapa baru diorang naik dorm. Cikgu Masri cakap diorang pergi snap, makan maggi kat bawah. Kitorang punyalah syok borak sampai tak perasan dah pukul 2pagi. Untuk mengelakkan bangun lambat, kitorang decide nak tidur terus.


Selasa. 10 Julai 2012.
Pukul 5pagi, kitorang bangun siap-siap untuk solat subuh. Masa ni paling tak best, rasa macam tak nak bangun je. Tapi aku gagahkan jugak pergi surau. Sampai surau, aku tengok ustaz dah selesai solat. Selipar budak perempuan pun tak banyak. Aiseh, kitorang dah lambat! Nak buat macam mana, kitorang solat je la.







Dah tidur lambat, mestilah ngantuk je. Masa belajar aku tak dapat fokus betul-betul. Ahh, sorry cikgu.

Dalam bas, abang driver bukak cerita Horee Horee! Ramai yang tengok separuh, lepas tu tidur. Aku jadi penonton setia, tengok sampai habis cerita tu. Kalau tak tengok sekarang, bila lagi aku nak tengok. Sampai rumah, aku terus mandi, tidur. zzzzz
Suke? Meh Like sini :)

No comments:

Post a Comment

komen ?