Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Sunday, December 2, 2012

Konsert Jalinan Budi


Hai.

Aku ingat lagi masa aku baru balik dari pertandingan Bakat Terpendam Ku Serlahkan, aku tak sengaja terjumpa Aisyah dengan Mimi kat dewan terbuka masa diorang nak balik. So, Aisyah bagi tau pasal konsert okestra yang Cikgu Rosli cakap.

"Konsert tu hari Jumaat, 9 November 2012 kat Auditorium RTM di Sungai Gadut, Seremban. Pergi petang, balik malam dalam pukul 10pm. Free je."

Woahh! Masa aku dengar tu, aku excited gila sebab Cikgu Rosli dah cakap pasal konsert ni masa aku form 1 lagi tapi takde apa-apa pun. Haha. Tanpa memikirkan soal ekonomi dunia yang dikhabarkan merudum, terus aku isi nama aku. Haha

Pagi Jumaat tu, ada penyampaian hadiah untuk budak form 3 yang dah masuk pertandingan yang pihak sekolah anjurkan. Sepatutnya aku banyak kali kena pergi naik ambik hadiah tapi aku malas, lagipun aku duduk kat belakang susun hadiah. Hehe. Lepas rehat, Cikgu Muhazir nak jumpa semua budak yang nak pergi konsert tu. Cikgu cakap
"Sekolah kita dijemput untuk menghantar 40 orang pelajar ke konsert ni untuk memeriahkan lagi konsert tu."

Aku naik bas kat Melang. *Tau Melang? Melang tu kat area Kuala Pilah. Kalau tak tau jugak, Google la. Sekarang ni macam-macam kemudahan dah ada. Hehe.* Kitorang berhenti solat maghrib kat Giant Senawang. Berhenti pun sekejap je. Memang sempat untuk solat je. Malam tu, kitorang kebulur. -_____________-"

Dah sampai sana, Cikgu Rosli dah tunggu kat luar. Kitorang semua masuk ikut pintu belakang or backstage. Kat belakang tu boleh nampak la budak-budak yang akan buat persembahan. *Ohh lupa nak bagi tau, semua yang persembahan tu budak sekolah lagi. Yang paling senior pun form 4 sebab masa tu SPM.* Masa nak keluar dari backstage tu, aku perasan ada Hafizi kat situ. Eh? Dia main apa?

Kitorang cari tempat duduk kat atas, betul sebelah VIP. Tapi kitorang terpaksa tukar tempat duduk sebab takut mengganggu VIP. Masa tengah cari tempat duduk, aku perasan ada Ayun, Aina dengan adik-adik dia. Aku terus duduk sebelah diorang. diorang pun duduk line kedua depan. Memang seronok la tempat tu. Haha.

And the show begins!


*bawah ni ada satu video yang aku jumpa kat YouTube. Enjoy!*


Ni list lagu yang diorang nyanyi malam tu :-

  • Drumline Overture ( ni show je, takde orang nyanyi. kebanyakan main gendang. And Hafizi terlibat dalam show ni )
  • Anak
  • Terukir Di Bintang
  • That Thing You Do
  • The Moon Represent My Heart
  • Ombak Rindu
  • Seiring Sejalan
  • Bila Cinta
  • Kisah Hati
  • Kanavellam Neethane
  • Cubit-cubitan
  • Sangkar CInta
  • Ingatan Manis Di Bulan September
  • Nour El Syam
  • Karma
  • Bunga-bunga Cinta
  • Rindu Lukisan
  • Kenangan Terindah
  • Medley In Cinta
  • Seluhur Budi Melunas Bakti
Wallaa! Banyakkan? Haha. Tapi malam tu kitorang enjoy sangat. Kat sana jugak telah menyatukan dua insan. Cheewaah! Haha. Maaf, aku terlupa nak bawak kamera tapi ada dah ada orang yang upload kat FB. Tengok kat SINI. Tapi, jangan macam-macam dengan budak perempuan tu. Dia dah berpunya. Diulangi. DIA DAH BERPUNYA. Haha. Harap maklum. Sekian.


p/s : Harap-harap tahun depan ada lagi. Nak pergi. Haha
Suke? Meh Like sini :)

No comments:

Post a Comment

komen ?