Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Friday, February 8, 2013

Cross Country

Assalamualaikum and hi. :)

Aku tak ingat berapa hari bulan dan sememangnya aku nak melupakan tarikh tu haha. Pagi tu lepas diedarkan nombor mengikut kategori masing-masing, kitorang bergerak ke padang. Disebabkan trek Lelaki kelas 1 ( form 4-5) sejauh 8km, cikgu lepaskan kitorang dulu. Masa mula-mula tu aku memang la semangat. Punyalah berkobar-kobar sampai masa dah nak lari tu aku rasa nak terbuang air. Haha



2km pertama aku dapat lari tanpa henti. Punyalah gila aku lari sebab nak kejar masa. Kalau L1 sampai sekolah sebelum 45 minit, dia dapat menyumbang mata. Entah sampai mana, kaki aku krem. Ceh, masa pertandingan la kaki aku krem. Masa latihan okay je aku pecut, siap dapat top 20 lagi cewaah haha.

Lepas berapa minit, kaki aku dah okay tapi tetap tak boleh lari. Keadaan memaksa aku berjalan sampai ke garisan penamat. Then, Pali pun sampai. Dia cakap,

 " Fuh, dapat pun aku kejar kau. Dari car wash tadi aku kejar kau. Laju betul kau lari." 

Haha, pengesahan dari senior yang mengatakan aku lari laju. Muahahaha! Sampai kat Sekolah Serting 3, aku tengok ada air kat simpang tu. Aku pun terus mintak air, minum 2 cawan air ribena dengan Pali. Dah tu, baru aku tau yang air tu nenek Yun yang buat sebab kebetulan trek kitorang lalu depan rumah dia haha. Terima kasih!

Trek Merentas Desa
Sorry for the hand writing.
Blue - Latihan 1st, 2nd and 5th day (2km)
Green - Latihan 3rd and 4th day (3.5km)
Red - Trek pertandingan, L1(8km), L2,P1,P2(6km)

Haus dah hilang. Aku tengok jam, tempoh 45 minit dah nak habis. So, aku dengan Pali jalan je la sambil cerita pasal tu, pasal ni. Sedar tak sedar (cewaah), aku dah sampai sekolah. Sampai terus isi kehadiran, letak nombor dan terus cari air balik. Air semua dah siap untuk rumah sukan masing-masing tapi aku bedal je  air siapa pun. Dah haus dah pun, cikgu pun tak kisah. 

Masa penyampaian hadiah tu, semua excited. Banyak keputusan yang mengejutkan, contohnya; Yun dapat nombor 2, Ijam pun dapat nombor 2. Banyak lagi tapi aku dah lupa la hehe. Tapi ada sorang brader ni annoying gila seyh. Kalau ada je budak dari team dia menang, dia je yang paling seronok. Siap kibar bendera lagi. Orang semua 'booo' kat dia haha. Nak je aku baling cawan kat dia tapi dibatalkan niat tu memandangkan pengetua baru aku tu askar wataniah pangkat mejar. 

Suke? Meh Like sini :)

3 comments:

  1. hahaha ~ Nak balik cawan tuh tak tertahan hekehek ! Lawak entry ko . tergelak2 aku hahaahaha

    ReplyDelete

komen ?