Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Saturday, May 4, 2013

Bola Sepak!

Assalamualaikum and hi. :)

Hehe pekabo stalkers? :D Maaf la, bulan lepas aku sibuk betul. Bulan ni? Haiii, tak payah cakap la, sama je haha. Baru ingat nak rileks sikit. Tapi takpe la, tahun ni la aku nak masuk itu ini. Tahun depan dah kena kurangkan aktiviti koko. Mana taknya, tahun depan aku SPM oii haha.

Okay, post kali pasal bola. Haha kenapa bola? Sebab aku minat la haha. Okay gurau gurau. Sebenarnya pertandingan ni bulan lepas, 19-21 March 2013.

19 March 2013
Pagi tu macam biasa datang sekolah dengan semangat berkobar-kobar nak menang. Aku tengok budak bola masa tu bersepah, ada yang lepak kat pondok basikal, ada yang masuk perhimpunan. Mentang-mentanglah ada baju team bola kan, saja nak jeleskan aku haha. Sebenarnya aku ada tempah baju tu tapi lambat hantar nama, haa terus melepas. Dan macam biasa, sebelum budak keluar pergi aktiviti koko, pengetua akan panggil bagi taklimat. Dengar cerita, dia suka naikkan motivasi budak yang nak keluar main ni. Taktau la macam mana dia nak cakap nanti haha = ="

Lepas sesi menaikkan semangat (?), kitorang berkumpul balik kat pondok basikal. Betul kitorang sampai je, van yang bawak U18 sampai. Aku ingat nak naik situ, tapi budak ni berebut nak naik. Ada yang sampai tolak-tolak kepala semata-mata nak naik haha. Aku pun malas nak berebut sama, nanti tak memasal kepala aku pun kena tolak haha. Sebelum kitorang bertolak, kitorang ada snap sikit haha.

From left, back; Belanda, Izam, Rusdi, Ajit, Ikram, ***, Kerol, Fizy, Teng, Ustaz Asyraf
From left, front; Zahir, Shamsul, Pali, Aidil, Shahril, Syafiq

Here! Skuad U18. 
Aku kat mana? Haha cuba cari. Kalau dah jumpa, abaikan muka aku.
Fokus kat baju diorang, pinky maa haha

Ahh lupa nak bagitau, venue U15 kat SMK Dato Mansor. Kitorang kat SMK Palong Sebelas. Then, diorang pun gerak la kat venue masing-masing. Aku dengan budak yang naik dengan Ustaz Faiz, dah tu kena pulak tunggu makanan siap packing dulu haha = =" 

Dah siap packing, terus gerak. Kitorang masa tu dah memang lambat gila. Masa dalam perjalanan tu aku rasa berdebar-debar betul, taktau la kenapa haha. Mungkin semangat nak jadi juara kot haha. Lepas 30 minit perjalanan, kitorang sampai. Tengok-tengok game dah mula. Yang baru sampai ni terkedek-kedek la bawak makanan, tukar seluar. Orang lain dah berpeluh-peluh dah -___-"

Baru warm up 5 minit, Ustaz Asyraf dah panggil semua. Mula-mula, ustaz sebutkan balik nombor jersi masing-masing. Ingatkan boleh main cop-cop cenggitu je haha. Tup-tup aku dapat nombor 16. Aku nak sangat nombor 13. Kenapa? Sebab ni.. :D


Haa sebab dia ni. Walaupun dia bukanlah star dalam team MU, tapi aku minat cara dia main. Rajin gila! Dia ni boleh berlari kejar bola dalam tempoh yang lama. Peminat MU beri dia gelaran "Three-Lung Park". Kadang-kadang tu, dia boleh mainkan 3-4 peranan dalam satu game. Stamina tinggi kot dia ni haha.

Okay berbalik kepada cerita asal. Ustaz kasi taklimat sikit, then dia umumkan 1st eleven untuk game pertama. Hmm, aku tak tersenarai jadi 1st eleven. Tapi chill, baru game pertama kan? :D


1st game. SMK Seri Jempol vs SMK Lui Barat
Kitorang memang dah aim untuk menang dalam game ni, so semua semangat dah nak dapat 3 mata!

Fisrt eleven untuk game pertama. Ahh, kapten kitorang tu haaa sebelah nombor 3 tu, Pais. Nampak?

Masa game dah nak start, Ustaz Asri pun sampai dengan motor besar. Budak ni kemain bersorak lagi haha. Bila ada Ustaz Asri, baru semangat! No Ustaz Asri, no party haha.

Then, wisel 1st half pun bunyi. Main main main main main main. Ustaz Asri masa tu menjerit-jerit bagi arahan tak berhenti-henti haha. Lepas 15 minit kot, rehat halftime. Nasib tak baik, kitorang kena 1 gol masa 1st half. = = Masa tu memang agak huru-hara la, dengan budak tolong bukak air, coach bercakap haha. Memang aku excited masa tu. Aku sorang je excited kot, budak yang main dah penat gila haha. Lepas dah coach dah kasi arahan, ref panggil balik player masuk padang. Tak lama lepas tu, 2nd half start! Budak ni semangat nak cari gol penyamaan, kalau boleh dapatkan 1 mata pun jadilah. Yang penting, jangan kalah! Alhamdulillah, kitorang dapat gol! Time tu, yang duduk kat bangku simpanan ni menjerit-jerit macam orang gila sebab meraikan gol haha.

Result: SMK Seri Jempol 1 - 1 SMK Lui Barat


Resting. Maaf banyak sangat gambar seksi haha

Kemudian, kitorang rileks kejap makan nasi. Game kedua tu yang paling takut, kitorang lawan dengan team feveret, SMK Palong 11. Ong tak berapa baik la, dah la lawan tuan rumah, dah tu diorang ni sekolah projek untuk sukan bola sepak! So, peluang nak menang tu tipis. Nak menang tu boleh, tapi satu perkara yang sukar, tapi tak mustahil. Lepas solat Zuhur berjemaah, kitorang siap-siap.

Untuk game penting ni, aku dapat masuk 1st eleven! Perasaan aku masa tu bercampur, gembira + teruja + risau + berdebar! Kenapa aku dipilih masa game penting? Kalau team kitorang kalah, harapan nak masuk suku akhir tu boleh la dilupakan. So, memang kitorang akan berhabis-habisan untuk game ni!

2nd game; SMK Seri Jempol vs SMK Palong 11
Kitorang beratur masuk padang, salam player lawan. Memang nampak la fizikal diorang tu macam atlet, besar-besar kot. Badan kitorang, kecik kecik je haha. Then, kitorang ambik tempat masing-masing. Aku main kat defend sebelah kiri, diantara Pais dengan Rusdi. Dah tu, kapten bagi aku job jaga player nombor 9 diorang. Dia jadi sub-striker, so memang laju. Kalau diikutkan, memang aku kena tinggal dah dengan dia tapi aku kejar jugak sampai dapat. Janji jumlah gol yang bolos sikit. Formasi kitorang masa tu memang agak pelik, 6-3-1. Bila coach lawan nampak, dia psycho kitorang. Kapten diorang pun sama, memang tertekan gila la. Kitorang main kat kawasan sendiri je. Coach cakap biar dia datang dekat, jangan tinggalkan kawasan masing-masing. Dia dari tadi tak berhenti jerit, "Challenge!" Dalam tak sedar, formasi kitorang berjaya. Diorang susah nak pecahkan defend kitorang. Memang nampak la yang diorang tertekan sangat, tertekan nak cari gol!

Entah macam mana, diorang dapat gol berpunca dari cross kat kawasan aku dengan Rusdi. Aku rasa bersalah pulak sebab aku tak kejar dia sampai habis. Hmm :/ Coach cakap, takpe, ada masa lagi! Then, halftime. Aku pulak takdapat main sampai habis sebab kaki aku sakit. Memang rasa bersalah sebab tak dapat tolong lagi. -____-"

2nd half. Macam biasa diorang menyerang habis-habisan. Kitorang pun dapat peluang nak menyerang jugak tapi back up lambat sampai, so tak dapat nak jaringkan gol. Memang rezeki kitorang agaknya, Ajit skor gol! Haha masa tu, defend clear bola. Defend lawan pulak macam tak boleh agak bola jatuh kat mana, so Ajit yang sorang-sorang kat atas tu elok je dia gelecek sikit lepas 2 orang. Sampai kat depan gol, dia dengan tenang sepak bola. Masa tu budak ni celebrate macam gila! Serius! Tak sangka kot dapat skor gol lawan Palong 11.Budak sekolah lain semua terdiam, terkejut, terpaku dan 'ter..' lain yang menggambarkan betapa terkejutnya dengan kitorang punya aksi haha. Then, sepak mula balik. Diorang serang habis-habisan, dan player kitorang tak cepat mengaku kalah. And finally, we won!

Result: SMK Seri Jempol 1 - 1 SMK Palong 11


Kitorang rasa puas sangat sebab dapat seri dengan pasukan handalan. Nampak kepuasan bila dah bersaing habis-habisan. Bila tengok coach Palong 11, kemain berkerut dia. Haha dan team lain pun rasa macam "Wau, ini Seri Jempol bukan main main"


20 March 2013
Macam biasa, yang naik dengan Ustaz Faiz kena datang lambat lagi sebab nak tunggu makanan siap packing. = = Bila dah siap, Ustaz Asyraf kasi briefing sikit. Kitorang masa tu memang kena menang, wajib! Kalau kalah, jangan harap nak masuk suku akhir. Mula-mula, aku takdapat masuk lagi 1st eleven. Okayy takpe.

3rd game; SMK Seri Jempol vs SMK Seri Perpatih
Masa game nak mula, Ustaz Asri baru datang. Hari ni dia datang naik motor macam Kamen Rider tu, semalam naik motor macam Awie haha. Kitorang yang jadi simpanan rileks je gelak-gelak haha. Sebelum half time, kitorang dah dapat bekalan 2 gol! Haha cayalah. Then, aku dapat peluang main 2nd half. Memang rasa agak gementar la kena jaga defend haha. Tapi alhamdulillah, evertyhing went well. Dalam 5-10 minit nak habis, Pais injured. Okay, aku dah takut. Dia last man kot, laju gila dia kejar orang. Aku? Belum sampai tahap dia lagi. Nasib baik coach masukkan Ikram. Haha Zahir pun main gak. Ehh, lupa nak cakap yang Zahir pun terpilih tapi aku tak sebut pun nama dia dalam ni haha. Buat apa nak sebut, dia pun lebih kurang je dengan aku, duduk kat simpanan haha. Kitorang menang! 2 gol dari Pali, 1 gol Syafiq yeah!

Result: SMK Seri Jempol 3 - 1 SMK Seri Perpatih


Haa senyuuuum haha
From left, back; Aidil, Anip, Pais, Syafiq, Zahir, Sam
front; Shahril, Belanda, Pali, Rusdi

Kitorang masuk suku akhir! Tapi lawan SMK Batu Kikir. -___-" Kuat kot diorang, tapi budak Palong 11 kasi semangat kat kitorang,
"Boleh makan la Batu Kikir tu, senang je. Kau dengar je arahan coach kau. 
Menang tau! Nanti kita repeat kat semi final!"
Budak ni semua kemain semangat lagi bila dengar! Diorang dah dapat masuk semi final, menang dah lawan SMK Bandar Baru Serting.  Diorang pun ada kasi player kitorang minum air glukos, kasi tenaga. Walaupun entah apa rasanya, tapi terima kasih sebab kasi kitorang tenaga untuk petang tu! Haa aku ingat lagi, masa game Palong 11 dengan BBS, budak ni sempat guna padang bola tampar main takraw. Haha gilo weyh, haruk betul. Aku tengok takde pun team lain buat macam tu haha.

Quater Final; SMK Seri Jempol vs SMK Batu Kikir
Nak dipendekkan cerita, kitorang kalah. Yess, kalah. Diorang punya hantaran kemas, serangan tersusun. Memang susah nak lawan balik. Dengan keadaan Fizy yang injured. Okayy, lupa nak cakap yang Fizy injured masa lawan Seri Perpatih. Bengkak siot jari kelingking dia, tapi aku tabik dia. Walaupun injured, dia main gak sampai nak habis game. 

Walaupun kalah, bila snap mesti senyum haha.
From left; Syafiq, Pais, Rusdi

Result; SMK Seri Jempol 1 - 3 SMK Batu Kikir


So, setakat tu je game kitorang. Target kitorang untuk masuk semi final tak kesampaian. Tapi takpe, tahun depan ada lagi, boleh cuba lagi. :D

p/s: Ni gambar lain

p/s II: Chelsea's new kit teaser!
Suke? Meh Like sini :)

No comments:

Post a Comment

komen ?