Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Saturday, May 4, 2013

Koir Peringkat Daerah

Assalamualaikum and hi

Act, aku hampir tak masuk dah pertandingan ni sebab esoknya (24 April 2013), aku ada pertandingan English Drama tapi Cikgu Rosli cakap "Takpe, kau masuk je. Kita berlatih sikit je sebab kita dah berlatih sebelum ni. Saya nak kasi power sikit je lagi. Latihan tak banyak sangat, jangan risau." Lepas cikgu dah cakap cenggitu, aku pun terus la tulis nama. And ohh, bukan aku sorang je yang terlibat dalam dua-dua program tu. Ada lagi orang lain yang sama macam aku, contohnya Ecah, Zahir, Ijam, Shira, Tirah dengan adik aku. Haa tu je la. And so, kitorang terus berlatih tapi terpaksa imbangkan dengan latihan drama.

23 April 2013.
Pagi tu, kitorang terus bertolak ke venue pertandingan, SK Serting Hilir Kompleks. Aku rasa macam tak berapa yakin nak menang sebab kitorang berlatih tak banyak pun. Tapi dengan semangat berkobar-kobar, cehhh haha kitorang pun pergi lawan.

Sampai kat venue, kitorang ditempatkan kat satu kelas. Bila masuk je, aku rasa macam suka sebab dapat tengok kerusi meja yang kecik je. Dah tu, ada pulak budak-budak lalu tepi tu. Lahai comel je muka masing-masing. Tapi tu masa sekolah rendah je. Bila dah masuk sekolah menengah, kebanyakan lelaki yang jadi buas haha. Okay tolak ketepi pasal buas. Kembali ke topik asal, koir.

Lepas tu, cikgu panggil kitorang suruh check stage. Dah ambik tempat, kitorang warm up sikit. Aku perasan masa kitorang warm up, audience yang kebanyakannya budak sekolah semuanya senyap nak dengar kitorang nyanyi. Dah sudah tu, nyanyi sikit lagu The Show haha. Dewan yang tadi bising dah senyap, semua kasi perhatian kat kitorang haha, Tapi kitorang tak la nyanyi sampai habis, nyanyi sikit je. Saja nak kasi gimik haha.

Selesai warm up, kitorang melantak dulu nasi goreng yang acik kantin buat. Entah kenapa sedap pulak nasi goreng pagi tu haha. Hafizy sampai habis la dua bungkus (?) tu dia makan sorang haha. Kenyang perut, layan kejap Kung Fu Hustle haha.

Senior aka SuSe haha.
SuSe tu apa? Tanya diorang haha :p

Sepintas lalu Kung Fu Hustle haha

Keadaan dalam kelas tu haha. 

Tak sampai 15 minit tengok, cikgu dah panggil untuk prepare. Pertandingan dah nak mula!

Turn kitorang yang ketiga! So kitorang agak kelam kabut la masa tu, dengan peserta sekolah lain lagi. Punyalah sesak kat luar tu, sampai nak tengok pun kena berjimpit. Oh myyy. Dan sampai la giliran kitorang. Entah kenapa, aku rasa macam berdebar semacam. Bila start lagu kitorang, aku nyanyi sungguh sungguh. Serius. Aku tak main-main dah. Tapi ada spoil masa show tu. Aku mengaku yang aku ada buat salah. Masa part "..inilah sumpah pendekar kita.." , patutnya angkat tangan sampai nak masuk korus tapi aku TERTURUNKAN tangan sebab perasan Syakawi pun buat macam tu. Haha maskudnya, ada dua orang buat salah haha. MAAF MAAF!

Bila keluar tu, aku mintak maaf kat member yang lain. Rasa macam bersalah pulak buat macam tu kan. Boleh potong markah kot. = ="

Dah tu, terus gerak ke venue lain, SMK Serting Hilir Kompleks. Kat sini la tempat penutupan majlis. Masa kitorang sampai, tengah berlangsung pertandingan tarian. Comel je aku tengok budak-budak tu menari haha. Aku tengok kejap je, lepas tu layan Johnny English Reborn haha. Walaupun suara tak dengar langsung, tapi aku layan jugak. By time, makin ramai yang nak join sekali haha. Layanlah, baru seronok tengok ramai-ramai haha. Walaupun lepas tu pertandingan untuk sekolah menengah, kitorang langsung tak berhenti tengok. Ehhh aku berhenti tau, dah boring tengok cerita tu haha.

Tak lama lepas tu, Teacher Syeida pun sampai untuk jemput kitorang balik sekolah. Kenapa? Untuk berlatih drama la oii. Esok tu dah nak lawan dah haha.

Sampai je sekolah, kitorang makan dulu. Lapar kot lepas nyanyi tadi haha. Lepas kenyang, kitorang pun tolong siapkan prop sikit. Bukan semua, ada yang borak-borak, ada yang snap gambar, ada jugak yang menghabiskan bateri laptop teacher dengan main game! Err aku la tu haha.

Then, sesi latihan dah nak mula. Dsekat tengah hari macam tu, Ijam telefon Faiz tanya keputusan. Aisyah cakap kitorang menang nombor 3 je. Aku pun macam ..


Tapi bila Ijam dapat telefon Faiz, dan dah confirm kitorang MENANG nombor satu! Muahahaha! Dan masa tu la budak koir mengade-ngade pergi celebrate depan budak drama haha. Saja nak suka-suka buat diorang jeles haha.

Lepas tu, kitorang fokus kat latihan drama pulak. Buat habis baik, kalau boleh nak menang nombor 1 jugak!

Tak payah cari aku, muka aku memang takde. -___-
Okayy jelesssss

p/s: Bila dapat tengok gambar diorang kat pentas ramai-ramai, rasa jeles pulak haha. Ni ha gambar yang lain.

p/s II: Koir untuk peringkat negeri, 12/6 aku tak dapat follow la. Aku ada hal lagi masa tu. Nanti kat sana aku doakan korang menang!
Suke? Meh Like sini :)

1 comment:

komen ?