Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Thursday, December 22, 2011

Result PMR 2011

Hula! Ha, sesiapa yang selalu tengok perkembangan blog aku mesti dah perasan yang blog aku ada perubahan contohnya aku dah pasang lagu ( maaf, lagu korea sahaja. lagu lain tak dapat menawan hati ) dan wallpaper belakang yang hanya 10% yang dapat dilihat. Hampeh!

Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah satu peperiksaan besar yang wajib untuk pelajar Tingkatan 3. Dan apabila mencecah umur 15 tahun, mulalah mengeluh, risau, tiba-tiba terasa tekun dan macam-macam lagi perasaan lebih-lebih lagi kepada kelas depan. Terasa sedikit beban yang dipikul memandangkan kelas depan ialah kelas harapan guru-guru untuk mendapat keputusan yang 'kaw-kaw'.


Dan tahun depan, 1 Januari 2012 secara rasminya aku menjadi pelajar Tingkatan 3 ataupun dengan bahasa yang selalu budak-budak pakai : PMR Victim. Walaupun aku masih berumur 14tahun sehingga 20 Febuari, aku akan cuba untuk tekun, rajin dan akan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru walaupun terpaksa menempuh duri ranjau yang boleh melemahkan mental mahupun fizikal. Itu azam aku!

SMKSJ, berapa orang agaknya 8A?
Suke? Meh Like sini :)

No comments:

Post a Comment

komen ?