Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Monday, December 26, 2011

Last Week Of Holiday

Ok. Seperti semua sedia maklum, sekarang cuti dah hampir ke penghujungnya dan 2011 akan menutup tirai lebih kurang seminggu. Dan aku mendapat kejutan yang tak sangka-sangka, ibu beli Samsung Galaxy Tab dan ni post pertama aku guna tab yang semakinmenjadi kegilaan para peminat barang elektronik.

Sebelum tu takziah kepada keluarga Muaz sebab ayahnya telah meninggal. Al-fatihah.

Minggu last ni bukannya ada aktiviti menarik seperti menangkap belalang atau menghalau lalat, namun masa lapang diisi dengan membaca buku teks. Iyalah kan, buku teks dah dapat awal. Dah takde kerja sangat, baca buku la. Ada juga faedahnya.

Semalam pergi sekolah sebab ada mesyuarat pengawas untuk tahun 2012. Cikgu cakap tak nak macam tahun ni, lambat buat perlantikan. Dalam pukul 10 pagi habis, aku pergi kelas lama untuk ambik buku-buku tulis yang tertinggal, hari tu tak sempat ambik. Punyalah hampa sebab buku semua kena buang. Sayonara buku~

Kedudukan kelas pun dah bertukar. Sepatutnya Form 3 duduk kat dewan tapi bertukar, kami kena belajar kat tingkat 2, tempat Form 2 dulu. Haish. Kelas kitorang punyalah 'unik'. Kipas macam kipas pembunuh. Bahaya!
Suke? Meh Like sini :)

No comments:

Post a Comment

komen ?