Compare to 2010's celebration, 2011's celebration is the worst.
Sebelum jamuan makan bermula, antara pukul 7.50pagi-11pagi murid-murid belajar. Ni kira pengalaman baru la sebab belajar pakai baju melayu dan baju kurung. Walaupun berbaju lawa-lawa, kami tak dapat menawan hati cikgu supaya tidak memberikan kami kerja sekolah. Sebelum ke Makmal Komputer, datang cikgu suruh serahkan phone. Dan kebetulan aku bawa phone. Aiseyy. Cikgu cakap, kalau tak mengaku cikgu check sorang-sorang dan kalau cikgu jumpa, cikgu akan hempas phone. OMG! Aku yang terlalu baik pun menyerahkan phone kt cikgu. Baik tak aku? Dan ada beberapa orang kawan sekelas aku jugak yang serahkan phone diorang. Cikgu cakap akan pulangkan pada pukul 1.30 petang. Aku ingat tu.
Waktu rehat, aku tak makan sebab nak kosongkan perut. Dengar-dengar, kelas aku order makanan sedap-sedap. Uihh, makin difikirkan, makin lapar. Tapi aku tahan jugak. Finally, time to eat! Aku makan nasi ayam dan soto. Berbaloi jugak aku bayar duit jamuan ni. Tak mahal pun, RM3 je.
Before 1.30 pm, murid-murid yang phone mereka dirampas berpakat untuk mogok. Cheewahh! Ramai-ramai datang kat cikgu mintak phone. Tup-tup, cikgu suruh ambik besok dengan ibu bapa atau penjaga atau salah seorang. Hai, memang aku tak dapat balik la phone aku. Selamat tinggal phone.
1.30 pm now! Murid-murid diarahkan membersihkan dewan terbuka setelah jamuan diadakan. Well, semua dengar arahan.
2pm, murid-murid mogok balik sementara aku ingatkan balik lagu Hands Up-2pm. Takut-takut terlupa. Hehe. Biasalah, budak-budak memang degil. Seorang pun tak nak tinggalkan depan pejabat. Tapi semua balik bila dengar suara ustazah. Yang dasyatnya, ada pulak yang nak buat benda bahaya seperti bakar sekolah. Tapi bila aku tanya betul-betul, beliau hanya nak bakar dalam mimpi.
Begitulah ending hari ni. Semua tak puas hati. Dan Sambutan Hari Raya tahun ni, kurang best berbanding tahun 2011.
bebanding 2011??
ReplyDeleteOpps, typo la. Hehe
Delete