Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Saturday, January 14, 2012

Antara Pendidikan Jasmani, Merentas Desa dan Pemilihan Badminton

Lepas perhimpunan Jumaat, ada pengumuman ;

"Kepada sesiapa yang berminat untuk mewakili sekolah dalam pertandingan badminton peringkat daerah, sila beri nama kepada Puan Suhana untuk permilihan hari Selasa petang di Kompleks Rakan Muda. Merentas desa kepada yang menyertai pemilihan dikecualikan"

Omo! Nak masuk! Try nasib, mana la tau terpilih kan? Siapa sangka, ramai dari kelas aku nak masuk pemilihan. So, kena practice awal-awal. Lagipun, no running activies!

Lepas rehat, jadual baru dah dapat. Aku mestilah kanak-kanak yang paling tak sabar untuk tengok bila waktu Pendidikan Jasmani (PJ). Ya, walaupun bulu roma semakin menebal dan menyerupai misai, masih aku anggap aku sebagai kanak-kanak riang yang sihat akal.

Damn! PJ kelas aku dengan 3A hari Selasa! Adoi, macam mana ni. Sekarang aku dalam dilema, nak main bola betul-betul masa PJ atau nak terpilih dalam badminton.

"Setakat main bola masa PJ, main ala kadar je."

Memang la PJ biasa-biasa je, tapi kelas aku dah kalah dengan 3A hari tu. 3-1 lagi. Tak nak la kalah lagi. Maruah tu. Ececeh. Haha.

Petang Jumaat lepas kelas Matematik, laki-laki pergi buat latihan sendiri kat tapak perhimpunan sampai 6.30petang. Kerja keras tu! Oh, kalau nak tengok gambar, tengok kat blog Syamimi. Dia ada sikit gambar kitorang kat post '2nd Week'. 

And congrats to the girls of 3KRK because of the beautiful decoration. Keep it up. I will help what I can. 




Suke? Meh Like sini :)

No comments:

Post a Comment

komen ?