Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Saturday, April 21, 2012

Hello Class!

Hai.

Hari ni sekolah aku buat sekolah ganti. Hari Sabtu pulak tu. Duh. Urm, sekolah lain pun buat kot. Aktiviti untuk hari ni, masih lagi satu; belajar. Iya lah, kata nak dapat PMR 8A.

But, the problem is my mood. Ya. Mood aku sekarang agak lari sebab dah lebih kurang 2 bulan tak masuk sekolah sebab sibuk masuk pertandingan itu, pertandingan ini. Entah kenapa, tahun ni pulak aku bersemangat nak masuk pertandingan, wakil sekolah. Tahun lepas aku masuk juga, tapi takde la banyak sangat macam ni. Tahun ni sibuk betul. -,-
pelot. :)




Baru hari Khamis lepas, pertandingan Choral Speaking kat SMK Datuk Mansor. Giliran sekolah kami yang ke-9 daripada 11 sekolah. Persaingan tu memang agak sengit. Masing-masing buat yang terbaik. Sampai turn kitorang, kami buat habis baik. Ada satu part aku, aku kena jerit kuat-kuat macam commentor bola.

Safee Sali passes the ball to Syahrul Azuari and he passes to Baddrol Bahktiar andddd... GOAL!

Aku jerit kuat-kuat. Lagi kuat daripada yang aku berlatih selama ni. Then, tiba-tiba kat tulang rusuk belah kiri aku rasa sakit sangat. Macam krem kat kaki. Ha, macam tu lah sakit dia. Rasa macam ada benda tarik kuat sangat kat situ. Adeh! Then, slow-slow sakit tu hilang. Aku pulak tiba-tiba rasa nak tumbang ke belakang. Nasib baik tak jatuh. Kalau tak, mesti dah cacat show kitorang.
ni deh rupa orang yang nak pengsan tak jadi tu. hehe

before our show. :)

the show!

Nak tunggu penyampaian hadiah lambat lagi. Dalam pukul 2petang, ada pertandingan debat final kat atas pentas antara SMK BBS dengan SMK DM(tuan rumah). Disebabkan aku dah ngantuk sangat, aku ajak Shaiqal dengan Zahir tidur kat surau. Maaf ye, kami bukan tak nak dengar tapi dah ngantuk sangat.

Dan, sekolah kami menang nombor 5. Alhamdulillah. Walaupun ada yang kecewa, tapi kami dah buat sungguh-sungguh. Takpe, tahun depan boleh cuba lagi. :)

Suke? Meh Like sini :)

2 comments:

komen ?