Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Sunday, December 30, 2012

20/12/2012


Hai.

"Weh korang, esok pengetua ajak makan kat pizza, pukul 10am. Datang tau sebab esok last jamuan kita dengan cikgu. Tahun depan cikgu bertugas kat sekolah lain. Kau tolong inform budak lelaki yang lain"
Petikan msg yang aku dapat dari Ecah, bertarikh 19 December 2012.  *dah macam kes jenayah pulak. haha*

A day after we got the result. (20/12/2012)
Pagi tu aku bangun awal dari yang biasa sebab kena hantar ibu pergi mesyuarat kat sekolah. Lepas tu aku gerak pergi sekolah, ambik result. Orang lain ambik semalam, aku ambik lambat sikit. Hehe. Aku tengok kat mak cik kerani tu, ada banyak lagi slip. Woah, gila budak-budak ni. Tak nak ambik ke slip diorang? Haha. Lepas tu, beli buku tulis untuk adik-adik aku. (Tahun depan ada lagi sorang adik aku naik sekolah menengah. Habislah aku, kena bahan dengan budak ni nanti. Haha) Then, dapat msg dari Qila. Katanya datang pukul 11am. Huh? Adoi, lama lagi. = ='  So, aku pun lepak la kat tempat jual buku tu dengan Shaiqal, Syafiq, akak koperasi dan beberapa budak junior yang akan jaga koperasi untuk rehat menengah rendah tahun depan. Hehe. Masa tengah lepak tu, Syakir call aku tanya aku kat mana. Dia cakap dia sorang je kat sana, budak lain belum sampai. Haha, betul semangat nak makan pizza. Dah dekat pukul 11am, aku gerak pergi Bahau.

Dah sampai sana, kitorang lepak dulu sambil tunggu pengetua sampai. Masa nak menunggu tu, aku dengan Hakim pergi kedai topap sebab ada hal sikit. Kesian dia, rugi besar dia petang tu. Haha.






Ini kerja gila. Haha

Bila aku naik je, classmates aku dah ramai sampai. And so, aku terus cari tempat duduk sambil menanti pizza yang diorder dengan penuh kesabaran. Honestly, aku lapar sangat masa tu. Dari malam sebelum tu aku tak makan. Haha. Bila roti bawang putih tu datang, aku ambik sikit sebab dah tak tahan. Lepas tu, waiter tu hantar la menu yang dah di'order' sikit-sikit. Bila dah cukup semua, aku pulak kena baca doa. Haha, takpe lah. Tanpa melengahkan masa yang berharga, aku terus baca doa and nyum nyum. Hehe


Sebelum nak balik tu, kelas kitorang ada la kasi cenderamata kat cikgu. 
Barang tak mahal pun, murah je tapi nak buat macam mana. Itu je yang termampu. Hehe. 
Tapi pengetua cakap, "Bukan dilihat pada nilainya. Tapi keikhlasan hati yang utama" T^T

And after that, sesi fotografi beramai-ramai. Yeah! Haha

The girls.
From left (depan); Wana, Murni, Teha, Athirah, Sushahira
From left (belakang); Fara, Wan, Qila, ex-principal, Mimi, Yun, Syahleen, Sarihah, Ecah


Laki-laki
From left (depan); Syakir, ex-principal, Habil
From left (belakang); Qimie, Hakim, Amirul, Shaiqal, Khairul, aku, Syafiq


And all of us. :) 
Gambar ni aku tak nak bagi tau itu siapa, ini siapa. Kalau nak tau, tengok gambar tadi. Hehe

Aku ingat lagi ayat-ayat cikgu; 'Shame on you!' and 'Sit with your backbone straight'. Ayat ni la mengingatkan kitorang kalau kitorang ni leka. Teacher, terima kasih sebab dah 3 tahun ajar dan sabar dengan kerenah kitorang. Terima kasih terima kasih terima kasih atas segala-galanya!

p/s; kalau nak tengok lagi gambar, klik SINI
Suke? Meh Like sini :)

No comments:

Post a Comment

komen ?