Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Saturday, February 4, 2012

Hai.

Hai.

Pada mulanya, jari-jari ni rasa malas nak menaip. Bukan apa, tadi Juliana Evans ajak mesej. Terpaksa la aku tolak ajakan beliau disebabkan blog ni hampir seminggu tiada post baru yang dipublish.

Sekarang waktu sekolah dah agak berbeza. Sekarang dah ada program 1M1S. Aku yang masuk permainan bola baling kena duduk sekolah hari setiap hari Khamis sampai pukul 3.30 petang untuk perjumpaan.

Khamis petang minggu lepas, aku dengar ada pemilihan bola bawah 18. Aku dengan Khairul datang je. Ustaz Asyraf cakap kalau saja-saja nak main takpe. Kebetulan pulak aku ada bawak boot bola. Dengan seluar pendek berwarna hitam, kami (upper form students) diarahkan untuk lari keliling padang 3 kali. Tanpa segan silu, kami lari sedikit laju apabila melalui padang bola jaring. Maklumlah, malu nak tunjuk bulu kaki yang boleh diklasifikasikan sebagai hutan hujan tropika yang penuh dengan haiwan-haiwan liar. Agak ramai pelajar perempuan yang datang untuk latihan. Kalau tak silap, diorang punya tournament Khamis depan. Mimi, Azziera, Ecah! Buat elok-elok nanti!

Orait, sekarang dah masuk bulan Febuari! I'm gonna celebrate my birthday soon!

p/s; wish me good luck on football selection next week!
Suke? Meh Like sini :)

No comments:

Post a Comment

komen ?