Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Saturday, February 11, 2012

Farewell Ray Ban!


Tahun lepas, aku beli Ray Ban atas ni. Apabila aku dapat tahu yang sunglasses ni harga RM20 je, aku terus merembat tanpa berfikir dua tiga kali. Pada mulanya aku tak minat nak berkaca mata hitam ni tapi bila dapat tahu yang Bruno Mars ambik Anugerah Grammy pakai cermin mata ni, terus disentap jiwa ini untuk membeli satu untuk aku. Bila pakai, rasa macam artis sikit pun ada.


Kisah tragik ni berlaku pada petang Jumaat yang cerah dimana aku lapang. Tiada kelas pada petang tu. Dalam pukul 6 petang, aku ajak adik aku main badminton. Disebabkan matahari masih tegak, aku putuskan untuk pakai cermin mata ni. Bila matahari dah turun sikit, aku letak cermin mata ni kat atas bumbung kereta Citra. Dengan menunjukkan skill seperti Dato' Lee Chong Wei masa lawan dengan adik aku, aku tak perasan yang ibu dengan ayah nak keluar. Aku pun tak ambik cermin mata tu.

So, nak dipendekkan cerita cermin mata aku tu terus lenyap tanpa khabar berita. Terima kasih sebab dah berbakti kat aku walaupun sekejap. I'll miss you sunglasses! T,T


kenangan bersama cermin mata. 



Suke? Meh Like sini :)

No comments:

Post a Comment

komen ?