Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Friday, June 1, 2012

SMK Seri Jempol's Camping at Bentong

Hai.

25-27 Mei 2012. Aku pergi perkhemahan perdana SMK Seri Jempol.

Seriously, ni camping kedua yang paling best bagi aku lepas Jambori.

25 Mei, Jumaat.
Mid year exam ada lagi tapi tinggal paper Muzik dengan Pendidikan Jasmani je. Aku tak ada mood sebenarnya nak pergi camping. Lepas rehat, peserta perkhemahan tunggu kat dewan. Dalam pukul 12.30 tengah hari, bas untuk budak lelaki dan beberapa orang budak perempuan sampai. Malas nak tunggu basa lagi satu, pak cik driver terus memecut laju menuju ke destinasi kami, Bentong, Pahang.

Dalam pukul 3.30 petang, bas kami sampai kat Karak. Sembahyang jamak, makan-makan, sambung perjalanan. Masa sampai situ, dah nampak KFC. Nak makan, tapi kena save bajet.

Pukul 5.00 petang, sampai kat luar. Nak masuk kena naik kenderaan yang dia sediakan sebab camp site tu di kai bukit. Masa naik lori tu, rasa modd camping tu datang. Berkobar-kobar. Tak sabar nak rileks kat dalam hutan. Then, welcom to Dusun Eco Resort , Bentong, Pahang! Kami tinggal dalam satu bilik @ khemah A-shape. Satu bilik boleh sumbat 4-5 orang, ikut keselesaan. Aku dapat bilik nombor 2, dan dilantik jadi ketua bilik. Ketua bilik kena jaga kunci tu dengan sepenuh jiwa dan raga. Siapa hilang kunci, kena bayar denda RM100; cikgu Muhazir cakap. Aiseyyy!. Roommates aku, Habil, Hakim dengan Iwan.

Ni lah bentuk 'khemah' kitorang-A-shape

Macam ni lah keadaan dalam A-shape. Selesa la untuk 4-5 orang

Surau

Kedai yang ada bukak. Hakim sempat la melabur kat sini, beli berus gigi

Lepas solat dan makan, kami siap-siap dan beratur ikut kumpulan.  Aku ketua kumpulan 7. Malam tu kitorang ada aktiviti pertama, Night Walk. Korang mungkin ingat macam Burung Hantu. Tapi sebenarnya aktiviti kami lagi mencabar. Disebabkan kem tu dekat sangat denagn hutan, so kami meredah hutan malam tu. Dengan hanya berbekalkan sebatang lilin untuk satu kumpulan, kami berkerjasama untuk meredah hutan malam tu. Abang guide tu cakap yang kumpulan sekolah kitorang bagus sebab hanya ambik 1jam 20minit untuk keluar hutan dengan bilangan 80 peserta. Dia cakap, ada yang ambik masa 3 jam nak sampai tapi peserta 40 orang je.

Tu aku yang pakai baju kaler biru. Nampak?

Then, masuk A-shape, tukar baju terus tidur. Tak tau pulak malam tu sejuk sangat. Aku pulak pakai seluar pendek. Pukul 4am aku bangun, teman Hakim pergi tandas. Dah tu, masuk A-shape, pakai seluar panjang, tidur balik.

26 Mei, Sabtu.
5.30 pagi, kitorang bangun pergi mandi. Air dia tak payah cakap la. Sejuk gila! Tapi nak buat macam mana, buat tak tau je la. Dengan berbekalkan buih dari syampoo Rejoice kat kepala aku, aku pergi basuh kepala dan lap badan sambil tahan sejuk. Bukan nak tunjuk lagak tapi untuk motivasi kawan-kawan jugak kan?

Lepas makan, kami pergi Jungle Trekking. Kami terpaksa ikut laluan malam semalam sebab cikgu takut kitorang penat sangat. Kalau ikut laluan sebenar, 3-4jam beru keluar rasanya. Mungkin malam semalam dah lalu, kitorang macam dah expert dengan jalan tu, boleh tau mana lubang, mana akar. Haha.

Senaman pagi

Wajah penat. Baru lepas keluar dari hutan

Then, cikgu kasi mandi kolam. Wahh! Aku super excited! Dah lama gila tak berenang! Sebelum masuk, Ustaz Hirma jadi leader, buat warm up. Then, kami masuk. Air dia memang sejuk. So kepada sesiapa yang tak biasa mandi lama-lama dalam air sejuk, kaki tu mudah sangat la krem.


Ustaz Hirma jadi leader untuk warm up



Sebelum terjun dalam kolam

Lepas break sekejap, kitorang ada aktiviti lagi; berakit. Pak cik tu cakap yang kitorang kena siapkan rakit tu dalam masa 30 minit. Siap tak siap, mesti campak rakit dalam kolam. Setiap kumpulan diberi 2 batang buluh kecik, 7 buluh panjang, 10 tong dan 25 tali. Aku jadi ketua gak kali ni. Kumpulan 7 dan 8(PPKI) bergabung jadi satu kumpulan. Aku dengan yang lain main peranan masing. Ikat tali sekemas yang mungkin, seketat yang boleh. Nanti tak memasal terbarai buluh tu kat kolam. Walaupun pak cik tu cakap masa dah habis, aku dengan group aku bantai je ikat. Asalkan selamat.

Pak cik yang on duty pasal rakit ni

Dah sudah tu, mandi kolam balik. Cikgu kasi mandi sampai pukul 6.00 petang tapi kena berkumpul kat luar dulu. Buat warm up. Tapi ramai yang tak ada, so kena denda masuk kolam. Eh, ok la kan? Nanti mandi kejap je. PPKI cukup orang so diorang bebas mandi kat tengah kolam. Kitorang kena pusing kolam 4 kali. Disebabkan semua pusing, kadi macam dah ada pusaran kat kolam tu. So, aku tak jalan. Aku terapung je la, nanti dia bergerak sendiri. Hakim pun join. Best!

Malam, dah siap-siap solat, cikgu kasi 15 minit untuk buat preparation Denai Malam @ Malam Kebudayaan. *skip 15 minit* Masuk dewan, duduk dalam kumpulan. Lepas tu, cikgu suruh cabut undi. Tengok aku giliran ke berapa. Bukak je kertas tu, tengok dapat giliran ke-6. Kira ok la kan? Maaf la, aku tak ingat la orang lain buat apa. Tapi ada satu kumpulan tu buat persembahan nyanyian, lirik sendiri tapi ikut rentak Cinta Muka Buku. Smart sey. Memang aku tabik sebab dia boleh fikirkan lirik dalam masa yang singkat. Nanti aku masukkan lirik. Kumpulan aku buat benda simple, buat macam pemberita.

Show time!
  • Aku-Karam Singh Wala-Wala - Aduan Tell Me What
  • Hakim-Laloy - Wartawan Sukan
  • Ayu dengan siapa entah(sorry lupa nama)-pembaca berita
  • Kak Faezah-gossip
Malam tu aku memang puas sebab walaupun kejap, tapi dapat buat semua orang terhibur. Dan aku tau kumpulan aku dah buat habis baik. Yang paling best masa segmen sukan, aku suruh Hakim cakap "Negeri Sembilan membantai Kelantan 12-0 dalam saingan Liga Super" Haa, yang part, bersorak semua orang kecuali Ustaz Asyraf sebab dia orang Kelantan. Sorry ustaz. Ni untuk suka-suka je. 

27 Mei, Ahad
Aku bangun pukul 6am, aku gosok gigi dengan Hakim. Malam tadi hujan. Habil dengan budak PPKI je yang berani mandi pagi tu. Bukan aku takut air sejuk tapi cuaca sejuk betul pagi tu sampai boleh nampak asap keluar kat mulut bila bernafas. (Bukan merokok okay?) Terasa macam kat Eropah. Hehe. Then, aku tidur sekejap. Aku suruh Hakim kejut aku pukul 6.15am. Bangun-bangun dah pukul 6.40am. Hakim pun tidur sekali. Adoii. Bangun je terus pergi solat

Lepas breakfast, kami siap-siap untuk Rentas Halangan. Bila abang yang guide kitorang tu buat briefing sikit, kami mula la buat. Memang adat lelaki bila suruh perempuan jalan dulu.Kononnya nak gentleman. Last-last, kena beratur tunggu budak perempuan habis giliran kat tempat-tempat lain. Punyalah lama kena tunggu.

Dengar taklimat Ustaz Asri sebelum break fast



Finally, habis semua halangan kami buat. Dalam keadaan yang kotor, cikgu suruh kami terus makan. Aku sempat jugak lari, tukar selipar. Tak selesa la, kasut basah. Sampai-sampai je, bawah tudung saji kosong lagi. Orang tu belum habis masak lagi. So, kitorang ambik peluang la borak-borak sambil tengok lori yang tak henti-henti naik bawak orang cina. Hari tu kira sikit yang sampai. Hari Sabtu, lagi banyak.Kebanyakannya orang cina.

Masa aku tergelak-gelak dengar lawak yang diceritakan oleh kawan-kawan, Ustaz Asri sampai dengan baju  T-shirt. Lepas aku dapat t-shirt tu, aku simpan dulu. Nanti boleh try, sekarang ni perut dah lapar.

Masuk khemah, tukar seluar, terus menuju ke tempat mandi. Disebabkan hari tu last aku mandi kat situ, aku decide nak mandi lama-lama sikit. Nak lepas rindu. Lebih kurang 10minit aku mandi, aku masuk khemah pack barang. Then, baru try baju. Aisey, kacak gila aku bila pakai baju t-shirt kaler oren tu.

From left;Cikgu Fariza, aku, Iwan, Ijam, CIkgu CheqCheq

Majlis penutup, aku pergi ambik hadiah sebab aku ketua kumpulan. To be fair, cikgu kasi semua kumpulan satu hadiah. Tak adil la kalau kumpulan aku je yang rembat semua hadiah. Lepas tu, snap time!


Aku sebelah Hakim. Try la cari aku kat mana 


 Stunt atas kereta Hilux

 Aku secara officialnya menjejakkan kaki kat rumah pukul 7.00pm.

Nak tengok gambar lagi/ Tengok kat Album INI.

Suke? Meh Like sini :)

No comments:

Post a Comment

komen ?