Hai. Firstly, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni haha. Jangan lupa follow ea? :D

Tuesday, June 12, 2012

Malaysia vs Singapore 2-0 [12 June 2012]

Hai. So, macam mana dengan sekolah korang? Harap-harap korang okay kat sekolah. Kalau boeh jauhkan daripada benda yang negatif seperti buli cikgu, buang sampah korek pensel di lantai kelas mahupun mencarut kepada acik kantin yang masak tak sedap langsung. Entah-entah, acik tu lupa letak garam.

Okay, kita fokus kat perlawanan friendly antara Malaysia menentang Singapura. Sekali lagi taman perumahan Desa Permai Serting Tengah menjadi bising dengan suara penyokong Harimau Malaya yang turun ke Stadium Shah Alam dengan misi membalas dendam setelah seri 2-2 dengan Singapura pada Jumaat lalu. Tapi aku rasa, bukan taman perumahan aku je yang bising tapi di seluruh negeri turut bersemangat menyokong Malaysia.

Pasal game tadi memang gempak la. Aku pun teruja tengok sampai terangkat-angkat kaki aku. Haha. Malaysia kali ni ada kelebihan sebab main kat tempat sendiri dan aku tengok penyokong pun ramai yang datang kasi sokongan. Gol pertama dari Shakir Ali tadi memang aku tak jangka langsung. Aku ingat dia tanduk tak masuk. Bangga weh aku, Shakir tu player Negeri Sembilan. Haha

Gol dari Shafiq Rahim tadi memang cantik, world class gitu. Kalau korang perasan bila Malaysia dapat free kick, automatik Singapura macam dah resah. Mana tak resah, Malaysia ada dua orang pakar free kick;Shafiq Rahim dengan Aidil Zafuan.

Singapura pun beberapa kali buat serangan bahaya tapi diselamatkan oleh barisan pertahanan dan penjaga gawang, Khairul Fahmi. Dan aku rasa kagum kat player Duric, walaupun umur dia 41 tahun tapi dia masih cergas dan boleh lagi mewakili Singapura. Bukan benda yang senang untuk mewakili negara sebab sekarang makin ramai pemain muda yang berbakat.



Gol cantik dari kapten Malaysia

Keseluruhan permainan, Malaysia lebih banyak menyerang daripada Singapura lebih-lebih lagi apabila sorang player Singapura dapat kad merah. Memang kalau tengok kat replay tu, Bunjamin memang tolak player tu tapi aku pun pelik kenapa player tu yang dapat kad merah. Pengulas tu cakap, dia dapat kad merah mungkin sebab buat simulasi. Aku pun sebenarnya tak berapa faham apa binatang simulasi tu.

Masa kena kad merah tu, ramai jugak player Singapura datang buat bantahan termasuk jugak coach Singapura. Memang nampak ketidakpuashatian kat muka diorang lagi-lagi coach Singapura. Heh, teringat aku Jumaat lepas masa Singapura dapat penalti kontroversi dan free kick dalam kotak penati. Well, situasi agak berlainan berbeza tapi reaksi lebih kurang sama. Hidup ni macam roda, kadang-kadang kita kat atas kadang-kadang kita kat bawah. Memang adat la tu.

Maaf kalau aku tulis ni menyinggung perasaan penyokong Singapura. Memang ramai pengkritik hebat-hebat yang ternama di luar sana tapi aku cuma tulis ikut pandangan aku. Perlu ingat jugak tujuan sebenar friendly ni. Bola sepak bukan medium untuk cari musuh tapi ianya medium untuk kita tingkatkan kelemahan, cari ramai kenalan dan rapatkan hubungan sesebuah negara. 

So, congrats to Harimau Malaya yang berjaya menang kali ni. Singapura, team korang pun main baik tapi aku rasa maybe no luck.

Keep it up Harimau Malaya! Aauummmm!! Malaysia boleh!

Suke? Meh Like sini :)

No comments:

Post a Comment

komen ?